Berikut saya kongsikan tentang Forex Penta Scalper yang dirujuk melalui sebuah artikel atas talian. Menurut artikel tersebut,Forex Penta Scalper adalah penipuan robot forex baru oleh Rita Lasker. Oleh itu, perlu lebih berhati - hati dengan sistem tersebut dan tahu bagaimana sistem berfungsi sebelum menggunakannya. Terdapat pendapat mengesyorkan untuk menggunakan tempoh bayaran balik untuk menguji dengan teliti sekurang-kurangnya sebulan. Sekiranya keputusan telah dibuat, maka sebarang keputusan perlu diterima dengan minda terbuka. Saya fikir semua pedagang sedia maklum ea adalah expert advisor yang membantu mengawal dagangan forex diplatform. Berhati- hati dengan setiap perjanjian yang diberikan terutama dalam memperolehi forex profit seperti yang diidamkan setiap pedagang. Apa sekali pun, dagangan forex adalah tidak menentu. Pulangan profit yang tinggi tidak akan dijamin 100%.