Bilakah waktu terbaik untuk berdagang Forex?
Pasaran Forex tidak pernah tidur tetapi bukan setiap masa sepanjang hari tersebut adalah sesuai untuk berdagang. Jadi, pilihan terbaik adalah berdagang semasa pasaran sangat aktif. Dan ini berlaku semasa pertindihan sesi perdagangan yang berbeza.
Ini adalah senarai petindihan sesi perdagangan:
A.S./London: 8 a.m. sehingga tengah hari. Ini merupakan tempoh yang paling optimum yang mempunyai kemeruapan tertinggi.
Sydney/Tokyo: 2 a.m. sehingga 4 a.m. Walaupun ia tidak semeruap seperti pertindihan A.S./London, rangka masa ini masih menyediakan peluang untuk berdagang dengan pasangan matawang yang ideal adalah EUR/JPY.
London/Tokyo: 3 a.m. sehingga 4 a.m. Ini pertindihan yang paling tidak menguntungkan dengan terlalu sedikit peluang perdagangan yang efisien.