Selepas Malaysia hampir berjaya menangani wabak covid-19 ini, dilihat sektor pelancongan dan penerbangan domestik kembali aktif semula. Diharap Malaysia terus terhindar dari musibah serta rakyat dapat menikmati kehidupan seperti sediakala. Pusat pelancongan dalam negara yang menjadi tarikan sebelum ini, seperti Cameron Highland, pantai-pantai peranginan Langkawi, Pulau Pinang sudah mula menerima kunjungan orang ramai. Hal ini, dapat membantu dalam membaik pulih ekonomi secara beransur-ansur. Diharap agar rakyat sentiasa patuh akan SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian agar kita dapat sama-sama mengekang wabak ini dari terus merebak bersama barisan hadapan yang telah berhempas pulas sebelum ini.