Menurut OnLeaks di laman Digit.in, iPhone ini masih dalam peringkat Ujian Perakuan Kejuruteraan (Engineering Validation Test, EVT). Jadi reka bentuk sebenar berkemungkinan akan berbeza dari gambar ini, apabila dilancarkan sekitar bulan September nanti. Apple dijangka akan melancarkan tiga model iPhone tahun ini. Agak pelik jika rekaan ini diluluskan kerana Apple diketahui sangat mementingkan rupa dan rekaan produk mereka. Apatah lagi rekaan ini saling tak tumpah seperti Huawei Mate 20, dengan modul kameranya dialihkan ke tepi. Jadi. sama-sama la kita nantikan produk terbaru apple yang akan keluar tidak lama lagi.