1) Pedagang perlu memberi ruang untuk pasaran dagangan bergerak. Berapa lamakah seorang pedagang itu berdagang dan arah dagangan mengikut kehendak pedagang, tetapi dalam pada masa yang sama pedagang tidak dapat membuat sebarang keuntungan ( kebanyakan pedagang akan pernah melalui zaman tersebut ) dan ia adalah satu pengalaman yang sungguh memeritkan. Ia terjadi disebabkan pesanan hentian kerugian adalah terlalu dekat dengan arah pergerakan pasaran dan langsung tidak memberi ruang untuk ia bergerak.
2) Arah pergerakan pasaran dagangan bergerak dari masa ke semasa tanpa memberi sebarang amaran dan isyarat, justeru sebagai seorang pedagang kenalah bersiap sedia dari segi mental dan emosi terhadap perkara yang tidak dapat dijangkakan kerana pergerakan pasaran dagangan boleh naik dan turun bila-bila masa sahaja seolah-olah binatang liar yang sukar untuk dijinakkan dan pedagang tidak akan dapat mengetahui apa yang akan terjadi dan perlu mengambil kira di mana mahu meletakkan posisi untuk hentikan kerugian.
3) Pedagang tidak boleh sewenangnya meletakkan posisi hentian kerugian dalam satu jarak terlalu dekat semasa dagangan yang tidak tahu pun samada ia boleh mendatangkan kerugian mahu pun keuntungan. Pedagang perlu mempunyai strategi dan membenarkan ruang pasaran dagangan untuk bergeraik naik dan turun kerana ia adalah satu sifat nomal harian dalam bidang dagangan ini.