Ada sahaja berita tentang penipuan atau sindiket pelaburan bitcoin yang berlaku sekitar ibu kota kebelakangan ini. Hakikatnya, tiada salah atau masalah dengan mata wang digital itu, cuma punca ditipu adalah akibat terlalu teruja untuk cepat kaya atas pelaburan yang dijanjikan oleh pihak-pihak tertentu.
Mungkin sedikit nasihat saya cuma perlu lebih berhati-hati untuk membuat pelaburan. Biar lambat asalkan selamat. Tiada istilah bitcoin malaysia tipu ataupun hanya sekadar satu sindiket penipuan. Kerugian hanya berpunca dari diri sendiri. Elakkan dari mudah percaya dengan mana orang yang menjanjikan jalan pintas dan mudah dari pelaburan, lebih lagi dari orang yang tidak dikenali.