Saham Tenaga Menurun Berikutan OPEC Mempertimbangkan Peningkatan Pengeluaran
Indeks Tenaga S & P / ASX 200 turun sebanyak 2 peratus, merupakan antara tahap paling rendah sejak 26 April. Antara pengeluar besar, Beach Energy susut sebanyak 4.7 peratus, Woodside Petroleum turun sebanyak 2.7 peratus, Santos kehilangan sebanyak 2.4 peratus dan Origin Energy jatuh sebanyak 1.9 peratus. Penurunan dalam stok tenaga menurunkan indeks S & P / ASX 200 yang lebih luas dengan sebanyak 0.4 peratus.
Di awal sesi dagangan di Tokyo, sektor tenaga indeks Topix adalah antara peserta pasaran yang kurang berprestasi, jatuh sebanyak 3 peratus, mengimbangi keuntungan dari majoriti sektor lain dan menarik indeks ke wilayah negatif.
Tekanan ke atas stok tenaga datang selepas pasaran dagangan bagi sektor harga minyak mengakhiri catatan pada hari Jumaat, dengan minyak mentah Brent ditutup hampir kepada 3 peratus pada hari selepas pemimpin de facto OPEC, Arab Saudi, dan Rusia mengatakan bahawa mereka bercadang untuk mengurangkan sekatan ke atas jumlah pengeluaran minyak. Pilihan tersebut dibuat di tengah-tengah potensi risiko gangguan bekalan dari Venezuela dan Iran, yang berdepan ancaman oleh sekatan Amerika Syarikat (AS).
Pasaran dagangan bagi sektor harga minyak juga berterusan pada hari Isnin. Penanda aras antarabangsa Brent turun sebanyak 0.5 peratus pada apras harga dagangan sebanyak $ 76.04 setong dan WTI Amerika Syarikat (AS).,penanda aras AS, jatuh sebanyak 0.8 peratus kepada paras harga dagangan sebanyak $ 67.34. Dalam minggu-minggu kebelakangan ini, kedua-dua harga telah didagangkan menhampiri ke paras tertinggi sejak akhir tahun 2014 berikutan ketegangan terhadap Iran dan Venezuela, serta pengurangan pengeluaran yang dipimpin oleh OPEC, seterusnya dapat menaikkan harga pasaran minyak.
Sumber: https://www.instaforex.com/ms/forex-...tml?is_prime=1