isu semasa
Malaysia Forex Forum | Forex Community Place
Malaysia Forex Forum
Results 1 to 1 of 1

Thread: isu semasa

  1. #1 You can automatically minimize the read posts in your account in the 'General Settings'
    Senior Member
    Join Date
    Mar 2019
    Posts
    3,440
    Thanks
    185
    Thanked 12,504 Times in 2,495 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 1

    isu semasa

    Saham DRB-Hicom susut susulan pengambilan untung

    Beberapa firma penyelidikan kekal optimistik terhadap prospek syarikat automotif, DRB-Hicom ekoran saham syarikat itu muncul antara kaunter paling aktif hari ini ekoran aktiviti pengambilan untung. Pada pukul 12.06 tengah hari, saham DRB-Hicom susut 12.88% atau 38 sen kepada RM2.57 dengan 62.34 juta saham bertukar tangan. Kaunter itu melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 19 tahun kepada RM2.95 Jumaat lepas.

    RHB Research Institute Sdn. Bhd. dalam nota penyelidikannya berkata, peningkatan dalam bahagian automotif susulan hasil yang lebih tinggi oleh Proton mengangkat pendapatan DRB-Hicom dan mengimbangi prestasi lemah segmen lain. “Kami kekal positif terhadap prospek jangka panjang DRB. Pengenalan model berasaskan Geely yang seterusnya boleh menjadi pemangkin,” katanya. DRB-Hicom menguasai 50.1 peratus kepentingan dalam Proton Holdings Bhd. dengan 49.9 peratus lagi milik Zhejiang Geely Holding Group Co..

    Kenanga Investment Bank dalam nota berasingan berkata, Proton sedang dalam proses memuktamadkan pelan tindakan perniagaan 10 tahunnya yang menyasarkan 30 peratus penguasaan domestik dan 10 peratus pasaran serantau menerusi pengenalan model baharu. “Secara khusus, kumpulan itu membuat sasaran untuk mengembangkan portfolio produknya dalam segmen kecil A dan B serta segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) bagi pasaran eksport mereka,” katanya.

    Ia berkata, versi pertama Proton SUV, X70 pemasangan tempatan (CKD) akan direalisasikan pada November tahun ini manakala Proton X50 dijangka dilancarkan pada separuh kedua tahun depan. RHB Research mengekalkan penarafan ‘beli’ ke atas DRB-Hicom namun menyemak naik harga sasaran kepada RM3.35 daripada RM3.05.

    Sementara itu, Kenanga menurunkan saranan DRB-Hicom kepada ‘kurang berprestasi’ daripada ‘berprestasi pasaran’, namun menyemak naik harga sasaran kepada RM2.60 daripada RM2.20 sebelumnya. - BERNAMA

    Though trading on financial markets involves high risk, it can still generate extra income in case you apply the right approach. By choosing a reliable broker such as InstaForex you get access to the international financial markets and open your way towards financial independence. You can sign up here.


  2. The Following 8 Users Say Thank You to Fareez For This Useful Post:

    Ashraf (27-08-2019), Belum Berdaftar (2), Broc (27-08-2019), Kuven (27-08-2019), Liya (27-08-2019), Palti (27-08-2019), Siwo (27-08-2019)

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •