2 Cara Penggunaan Indikator MACD
Kebiasaanya indikator MACD mempunyai dua cara penggunaanya iaitu:
Belian Crossover
Menentukan Overbought/Oversold
Mari kita lihat kedua-dua cara penggunaannya.
Belian Dengan Cara MACD Crossover
Apabila garisan MACD bersilang dengan garisan signal daripada bawah, ianya menunjukkan isyarat belian atau buy signal. Isyarat ini lebih kuat sekiranya persilangan ini terjadi di bawah zero line.
Jika garisan signal yang bersilang dengan garisan MACD daripada atas pula, ianya merupakan isyarat jualan atau sell signal. Isyarat jualan ini lebih kuat jika sekiranya persilangan tersebut berlaku di atas paras zero line.
Penggunaan teknik ini adalah lagging kerana kita menantikan persilangan dua garisan seperti yang berlaku di dalam persilangan moving average.
Teknik ini sangat sesuai digunakan apabila saham tersebut berada di fasa kenaikan yang kuat.
Ianya tidak sesuai digunakan apabila pergerakan harga saham itu sedang berada di fasa sideways.
Menentukan Overbought Atau Oversold Sesuatu Saham
Sesuatu saham apabila ianya berada di paras terlalu tinggi biasanya akan jatuh ke paras normal.
Sama juga halnya sekiranya sesuatu saham itu jatuh dengan mendadak, ianya akan naik semula ke paras normalnya.
Dengan indikator MACD, kita dapat menentukan sama ada sesuatu saham itu adalah overbought apabila garisan MACD dan signal naik berada di keadaan terlalu tinggi berbanding paras zero line.
Keadaan oversold pula dapat ditunjukkan oleh indikator MACD ini apabila garisan MACD dan garisan signal berada terlalu jauh di bawah paras zero line.
Tidak seperti indikator oscillator lain, indikator MACD ini tidak mempunyai paras tertentu seperti indikator Relative Strength Indeks dalam menentukan overbought atau oversold sesuatu saham.
Oleh itu, kita perlu tengok kepada pembentukan carta sesuatu saham itu untuk tempoh tertentu bagi mengetahui keadaan pasaran secara menyeluruh.