МТ4 Vs МТ5?
Walaupun MT5 tidak begitu popular di kalangan pedagang, tester di platform ini mempunyai komen yang lebih positif daripada tester MT4. Kebanyakannya kerana hasilnya lebih tepat. Saya igin bertanya kepada pembaca sama ada betul atau tidak. Saya hanya akan menekankan beberapa perkara penting.
Indicator dan Expert yang direka untuk MT4 tidak akan berfungsi pada MT5.
Kedua-dua tester mempunyai kaedah closed optimization. Optimization hanya dilakukan untuk parameter yang disertakan dalam MT4. Jika anda menambah baris dalam kod, anda boleh menambah parameter custom. Semasa proses optimization, parameter khusus akan dikira tetapi anda tidak dapat optimumkan expert berdasarkan ini. Contohnya, anda boleh menambah Recovery Factor (net profit/max drawdown), tetapi ia tidak akan dimasukkan ke dalam properties expert.
Pada MT5, terdapat hanya satu kaedah pemodelan harga, tick dihasilkan berdasarkan data sejarah masa M1.
MT5 menggunakan kapasiti sistem multi-core, manakala MT4 hanya boleh menggunakan core tunggal. Pertama sekali, ia mempengaruhi kelajuan ujian parameter dan optimization.
MT5 menyediakan ujian untuk pelbagai instrumen (ini adalah kelebihan untuk strategi pelbagai mata wang). Dalam tester MT4, anda boleh melakukan ujian hanya dengan satu instrumen pada satu masa.