1) Reuters melaporkan bahawa pihak berkuasa dari Mexico kini sedang dalam soal siasat bahawa terdapat kes seorang doktor wanita yang berusia 32 tahun dimasukkan ke hospital selepas menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19. Doktor terbabit telah dimasukkan ke unit rawatan intensif di sebuah hospital awam yang terletak di utara Neuvo Leon berikutan selepas menerima suntikan vaksin, tubuhnya bertindak balas dengan mengalami sawan, sukar untuk bernafas dan terdapat ruam pada kulit. Kementerian Kesihatan Mexico telah menjalankan diagnos dan didapati doktor terbabit mengalami encephalomyelitis dalam satu kenyataan yang dikeluarkan. Encephalomyelitis adalah penyakit yang berkait rapat dengan keradangan yang berlaku pada otak dan saraf tunjang.
2) Dalam pada itu juga Kementerian Kesihatan turut berkata ditambah pula doktor terbabit mengalami sejarah yang terdahulu iaitu berlaku tindak balas alergi dan tidak ada lagi bukti yang boleh disabitkan dengan ujian klinikal bahawa ada kaitan diantara puncanya berlaku disebabkan suntikan vaksin Covid-19. Pada masa yang sama pihak dari Pfizer dan BioNTech masih lagi tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan maklum balas.
3) Dianggarkan seramai 126,500 orang yang telah terkorban akibat wabak ini di Mexico. Proses vaksinasi Covid-19 telah mula dijalankan pada peringkat pertama iaitu 24 Disember 2020 kepada pekerja kesihatan.