Setiap benda memerlukan disiplin yang tinggi dan juga dedikasi untuk mencapai kejayaan. Ia tidak datang secara senang dan haruslah mempunyai proses satu persatu barulah akan membuahkan hasil pada hari kelak. Seperi dalam dagangan itu sendiri, ia amatlah penting seperti yang disebut kerana setiap manusia didorong oleh nafsu yang menjadi musuh dalam selimut. Keinginan yang cepat untuk mendapat kekayaan dalam masa singkat perlulah ditolak tepi sama sekali. Ia menjadi duri dalam daging bahkan racun kemusnahan kepada pedagang dan perlulah dikawal dengan secara berhemah bagi mengelakkan kerugian. Setiap pedagang tahu kelebihan dan kekurangannya sendiri, Manfaatkan sebaiknya untuk berdagang dalam pasaran.