1) BioNTech dan Pfizer masing-masing telah bekerjasama dalam usaha meningkatkan pengeluaran vaksin bagi Covid-19 dan sudah memberikan amaran awal bahawa akan berlakunya pengurangan bekalan vaksin sehingga vaksin lain yang akan tersedia dalam tempoh yang tidak dapat dijangka. Percubaan firma dari Jerman itu telah memulakan persaingan untuk menghasilkan vaksin akan tetapi agak perlahan berlaku di Kesatuan Eropah kerana proses memakan masa untuk mendapat persetujuan dari pengawal selia blok kesihatan dan juga kadar permintaan yang begitu sedikit dari Brussels.
2) Pemberian vaksin yang cukup perlahan telah menimbulkan kegelisahan di Jerman, dimana sesetengah wilayah terpaksa menghentikan proses vaksinasi. Dalam masa yang sama pengasas BioNTech telah menyalahkan keputusan yang dibuat oleh Kesatuan Eropah kerana beranggapan bahawa lebih banyak lagi vaksin akan diluluskan dengan kadar segera. Ini akan membebankan pihak BioNTech sendiri, kerana ingin memenuhi permintaan dari negara-negara lain. Amerika Syarikat telah membuat tempahan sebanyak 800 million dos suntikan dari BioNTech/Pfizer pada July 2020, manakala Eropah akan terus menanti sehingga November untuk menempah separuh dari jumlah tersebut.
3) BioNTech telah menyatakan bahawa pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Brussels untuk meningkatan kadar pengeluaran sebanyak yang mungkin. Pada masa yang sama pengeluaran kumpulan baru vaksin yang bertempat di Marburg, Jerman dapat diawalkan yang dijadualkan pada Februari, yang berpotensi dianggarkan dapat menghasilkan sebanyak 250 million dos pada suku pertama tahun 2021.