1) London, Reuters melaporkan pada 3 Januari 2021, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson akan melaksanakan perintah kawalan pergerakan dengan lebih ketat susulan peningkatan kes Covid-19 yang begitu ketara tetapi dalam pada masa yang sama masih lagi bertegas bahawa institusi pendidikan terutamanya sekolah masih lagi selamat dan pihaknya akan membenarkan aktiviti persekolahan dijalankan seperti biasa. Kes Covid-19 di Britain merekodkan peningkatan secara mendadak ditambah pula dengan penemuan varian virus yang baru dan lebih mudah untuk merebak didalam komuniti.
2) Sebahagian besar di wilayah England sudah pun melaksanakan perintah kawalan pergerakan yang begitu ketat iaitu secara empat peringkat bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dan dalam usaha yang sama untuk melindungi sistem kesihatan kebangsaan. Dalam pada itu, dari pihak pembangkang iaitu Parti Buruh, Keir Starmer mendesak Johnson untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan ke seluruh wilayah sepenuhnya dalam tempoh 24 jam yang akan datang. Britain mencatatkan sebanyak 54.990 kes baru pada Ahad dan dianggarkan angka rasmi yang terkorban sebanyak 75,000 orang.
3) Tindak balas pihak kerajaan banyak dipertikaikan oleh umum. Tetapi berkemungkinan dalam tempoh yang terdekat proses vaksinasi akan mula dijalankan dengan ketibaan dos vaksin yang pertama berjumlah 530,000 dos telah pun diluluskan. Antara vaksin yang terlibat ialah Oxford/AstraZeneca yang sudah tersedia.