1) London (Reuters) melaporkan bahawa Perdana Menetri Britain Boris Johnson didalam landasan berkemungkinan bahawa akan kehilangan kerusinya didalam parlimen bahkan kedua parti politik dibawah pentadbirannya juga dijangka akan kehilangan majoriti pada pilihanraya yang akan datang dijadualkan berlangsung pada tahun 2024. Ini adalah kaji selidik yang pertama secara terperinci diadakan untuk mengetahui tanggapan umum terhadap pentadbiran Johnson, ditambah pula dengan isu yang hangat dibincangkan iaitu keluarnya Britain dari Kesatuan Eropah yang baru sahaja berlaku pada tahun baru dan juga penguatkuasaan larangan untuk mengadakan pertemuan dan meraikan sambutan perayaan Krismas dibeberapa kawasan selatan England susulan wabak Covid-19.
2) Kajian ini melibatkan responden seramai 22,000 orang dan diteliti secara terperinci yang mengambil masa selama sebulan pada Disember yang lepas. Ia dijalankan oleh syarikat data penyelidikan Focaldata dan data pula diterbitkan oleh Sunday Times. Kaji selidik yang diberi nama " Multilevel Regression & Post-Stratification (MRP) ", mendapati hasil dari selidik yang dijalankan Parti Konservatif yang berkuasa sekarang akan kehilangan sebanyak 81 kerusi, sekaligus akan kehilangan 80 kerusi majoriti. Dengan menjadikan jumlah terbabit, Parti Konservatif hanya berbaki 284 kerusi, sementara Parti Buruh iaitu pembangkang akan memenangi kerusi secara majoriti sebanyak 282 kerusi di dalam parlimen.
3) Johnson juga berkemungkinan akan kehilangan kerusi kawasannya sendiri yang dijawat sekarang iaitu Uxbridge, yang terletak di sebelah barat London.