Berdagang adalah sangat berisiko jikalau pedagang tidak tahu selok belok dalam dunia dagangan itu sendiri. Pengalaman yang akan mematangkan pedagang untuk mencari kelebihan sendiri dan mengenal pasti setiap tindak tanduk yang boleh mendatang kerugian. Seperti diketahui setiap minggu pasaran dagangan akan dibuka 24jam, 5 hari seminggu. Dalam masa itulah pedagang akan manfaatkan masa sebaik mungkin untuk peroleh keuntungan dan kebarangkalian untuk kerugian juga akan berlaku. Seperti sedia maklum amat begitu jarang untuk para pedagang bermula dengan sepenuh masa dalam dagangan kerana dagangan itu sendiri memerlukan masa yang tidak dapat diketahui bila untuk para pedagang menguasainya.
Jika diikutkan sudah ramai pedagang mula menonjolkan diri dengan kata-kata pujangga untuk menarik para pemula pedagang yang masiih baru didalam bidang dagangan ini. Ini kerana dengan hanya menunjukkan hasil keuntungan sudah dapat menangkap mata-mata yang dahagakan kemewahan. Pasaran kewangan tidaklah seindah rupa dan keuntungan tidak boleh dikaut sewenang-wenangnya. Masa yang diambil bergantung kepada keupayaan pedagang itu sendiri untuk menguasainya. Bermula dengan berdagang secara separuh masa, takkala bermodalkan hanya sedikit, tidak mustahil boleh berubah kepada sepenuh masa jika usaha dicurahkan dapat menampung hasil yang memberangsangkan. Tepuk dada tanya selera, jangan hanya terdesak mahukan wang, terjun kedalam bidang dagangan.