Setiap urusan jual dan beli mesti akan ada keuntungan dan kerugian. Ia adalah asas kepada permulaan sesebuah dagangan antara permintaan dan juga penawaran. Tidak dinafikan memang para pedagang pemula akan mengalami kerugian pada tempoh permulaan namun itulah pahit yang harus ditelan kerana pasaran kewangan tidak mengenal erti belas kasihan kepada mana-mana pedagang sekalipun. Jadikan kerugian itu sebagai pemangkin kepada keuntungan adalah memerlukan dedikasi yang tinggi dari pedagang untuk mencapainya. Inilah proses yang harus dilalui oleh pedagang untuk mencapai sesebuah kejayaan kerana ia tidak boleh terus bergerak ke satu arah. Ianya memerlukan liku-liku dan mengenal pasti segala halangan untuk mencapai kepada angan-angan yang dikehendaki.