Kanye West, Yeezy Dan Pemasaran Kasut Ekslusif
Malaysia Forex Forum | Forex Community Place
Malaysia Forex Forum
Results 1 to 1 of 1

Thread: Kanye West, Yeezy Dan Pemasaran Kasut Ekslusif

  1. #1 You can automatically minimize the read posts in your account in the 'General Settings'
    Member
    Join Date
    Jun 2020
    Posts
    52
    Thanks
    0
    Thanked 179 Times in 52 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0

    Kanye West, Yeezy Dan Pemasaran Kasut Ekslusif

    Tidak mengejutkan kalau anda pernah terdengar perkataan Yeezy sebelum ini.Lahir dari kolaborasi antara Adidas dan bintang terkenal Amerika Syarikat Kanye West. Perkataan Yeezy ini sudah pun telah menjadi sebuah nama terkenal di dalam industri fesyen.Sebelum kolaborasi dengan Adidas. Kanye West sendiri telah pun meningkatkan prestij tersendirinya dengan pelbagai kolaborasi lain dengan kompeni besar seperti Louis Vuitton, A Bathing Ape dan Nike.Tetapi pengakhiran hubungan Nike dengan Kanye yang telah berlanjut selama 5 tahun datang mengejut. Penyebab perpisahan ini adalah kerana Nike enggan membayar royalti atak penjualan kasut keluaran Kanye. Walaubagaimanapun, kejadian ini memberi publisiti yang luas kepada Kanye dan kerjayanya, yang telahpun dibuktikan dengan keluaran Yeezy pertama dia bersama Adidas iaitu kasut Yeezy Boost 750 Light Brown. Walaupun, kasutnya tidak dikeluarkan dari kedai atau butik, kasut itu masih habis dijual dalam masa 10 minit melalui aplikasi Adidas dengan harga 350 Dolar AS pada 14th Februari 2015.Pada tahun 2015 juga, 4 bulan selepas pelancaran kasut Yeezy pertamanya bersama Adidas, beliau terus menunjukkan model baru untuk koleksi Yeezynya iaitu Yeezy Boost 350. Tetapi masa ini perbezaan yang besar merupakan keluaran kasut ini adalah untuk seluruh dunia. Dan kali ini ia juga habis dijual dalam masa yang suntuk. Pada harga 200 Dolar AS. Kerana keinginan ramai untuk memiliki kasut ini dan kuantiti yang kurang, harganya mencecah 1600 AS Dolar di pasaran.Dengan nombor yang menakjubkan di dalam satu tahun. Ia tidak menghairankan kolaborasi Kanye dengan Adidas akan meninggalkan tanda dalam sejarah fesyen. Ia juga tidak menghairankan dengan pencapaian beliau kerana kolerasi hip hop dengan "streetwear" adalah seperti isi dengan kuku. Kanye sendiri juga merupakan seorang yang kontroversi di Amerika Syarikat.Sebagai contoh, insiden beliau dengan Taylor Swift telah menjadi paparan utama surat khabar sedunia beberapa tahun dulu. Beliau juga merupakan seorang penyokong Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump. Walaubagaimanapun ini tidak menghalang beliau daripada menjadi salah seorang artis yang paling terkenal dengan lebih daripada 20 Anugerah Grammy.Dua dekad sebelum ini tiada pun sebuah kedai yang menjual barang-barang yang ada kait dengan "streetwear". Halangan yang pelbagai seperti risiko yang tinggi dan kurang dedahan merupakan penyebabnya. Sesiapapun boleh memulakan sebuah syarikat pakaian tetapi memulakan syarikat dengan perhatian dari orang awam adalah sangat sukar kerana tiada media sosial seperti facebook ataupun instagram pada masa itu.Dari pandangan pemasaran, Yeezy's kejayaan adalah kerana publisiti dan juga ekslusiviti kasut tersebut. Bukan sembarangan orang awam boleh masuk ke kedai Adidas dan membeli sepasang. Kepada kebanyakan, untuk mendapatkan sepasang mereka kena membelinya dari penjualan semula pada harga yang lebih tinggi. Orang yang mempunyai hubungan dengan pengurus atau memiliki bot dapat meningkatkan peluang mendapatkan kasut pada harga asal.Margin keuntungan kasut adalah berbeza mengikut model,saiz dan warna. Keuntungan dari 0 US Dolars sehingga setinggi 5800 US Dolars sepasang pada tahun 2019.Menurut anggaran Cowen & Co industri penjualan semula kasut mencecah 2 Bilion Dolar AS dan akan menumbuh sehingga 6 Bilion Dolar AS menjelang 2025.Pasaran dalam talian yang bernama StockX adalah salah satu daripada pelbagai yang ditubuhkan pada tahun 2015 telah mempunyai lebih daripada 1000 pekerja dalam masa yang kurang iaitu 5 tahun dan nilai kompeninya mencecah 1 Bilion Dolar ASDengan platform-platform seperti ini, ia membolehkan penjual kasut ekslusif menubuhkan kedai tersendiri dan memandu kereta mewah.Walaupun dengan banyak faedah, banyak pembeli mempunyai perasaan hina terhadap penjual kasut ekslusif kerana peningkatan harga yang ketara kepada kasut yang mereka ingin memiliki. Bukan itu sahaja, mereka juga merasakan peluang mereka untuk mendapatkan sepasang kasut sahaja pun terjejas akibat kuantiti penjual kasut ekslusif yang banyak. Tetapi ini boleh difahamkan kerana sebuah kasut Yeezy boost 350 yang harga asalnya 200 Dolar AS menjadi 1700 AS Dolar selepas dimiliki penjual kasut ekslusif.Di mata penjual kasut ekslusif, keburukan yang sikit ini tidak menjadi penghalang kerana penjual amatur kasut meningkat setiap hari. Penjual yang sebelum ini tidak mempunyai sebarang pengetahuan asas mengenai kasut akan yakin membeli secara pukal kalau diberikan peluang.Dengan covid-19 yang merbahayakan pada masa ini, ia tidak mempunyai kesan yang ketara terhadap pemasaran kasut. Oleh kerana kebanyakan penjualan semula berlaku secare online, dengan platform seperti instagram, twitter, dan facebook. Ia menggerakkan keinginan awam untuk memiliki kasut.Kebanyakan kompeni melakukan pemotongan gaji semasa covid-19 ini tetapi staf di Stockx pula dihadiahkan 200 Dolar AS dan kenaikan gaji sebanyak 25 peratus untuk bulan april untuk meneruskan kerja kerana permintaan yang tinggi dalam pemasaran kasut. Salah satu penyebab adalah kerana pembeli dan penjual membeli kasut sebagai satu cara untuk melupakan diri dari realiti. Selain itu keinginan untuk membeli selepas tersangkut di dalam rumah dalam masa yang lama turut menjadi faktor kepada ramai. Kejadian ini mengukuhkan ekonomi pemasaran kasut walau pada masa sebegini.Walaupun pandemik nampak serius, ia tidak menghalang Adidas dari melancarkan 5 kasut yeezy pada bulan Jun sahaja, di mata awam ia nampak seperti keputusan panik daripada pengurusan Adidas tetapi orang macam penjual kasut ekslusif tahu bahawa kasut ini akan habis dijual dalam masa beberapa minit. *Info Ekstra* Kanye West merupakan salah seorang artis muzik terlaris di dunia, dengan lebih daripada 140 juta rekod terjual di seluruh dunia. Dia memenangi sejumlah 21 Anugerah Grammy, menjadikannya salah seorang artis yang paling banyak mendapat penghargaan sepanjang masa. Antara anugerahnya yang lain termasuk Billboard Artist Achievement Award, tiga Anugerah Brit untuk Artis Solo Lelaki Antarabangsa Terbaik dan Anugerah Vanguard Video Michael Jackson. Tiga albumnya pun telah dimasukkan ke dalam senarai Rolling Stone 2012 dari 500 Album Paling Hebat Sepanjang Masa, dan penerbitan yang sama menamakannya sebagai salah satu daripada 100 Penulis Lagu Terhebat Sepanjang Masa. Majalah Time menamakannya sebagai antara 100 orang paling berpengaruh di dunia dalam tahun 2005 dan juga 2015.

    Though trading on financial markets involves high risk, it can still generate extra income in case you apply the right approach. By choosing a reliable broker such as InstaForex you get access to the international financial markets and open your way towards financial independence. You can sign up here.


  2. The Following 3 Users Say Thank You to h0shii For This Useful Post:

    Siwo (08-06-2020), Unregistered (2)

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •