Normal Baru Kesan Dari Wabak Pandemik Covid-19
Ramadan tahun ini akan memperlihatkan normal baru dalam kehidupan, untuk kaum muslimin yang sedang melalui fasa bulan Ramadan,konsep e-bazar kini menggantikan bazar Ramadan fizikal untuk memerangi penyebaran wabak COVID-19, dan walaupun tempoh MCO tidak dilanjutkan, keadaan tahun ini pasti akan tetap berbeza .
Di samping itu, tidak akan ada solat Tarawih berjemaah di surau atau masjid sepanjang bulan Ramadan kerana ini adalah salah satu langkah pencegahan untuk memutuskan rantai wabak COVID-19.
Umum tahu yang pematuhan masyarakat terhadap MCO sangat penting dalam membantu kerajaan mengurangkan jangkitan COVID-19 di negara ini
Walaupun trend jangkitan COVID-19 menurun di negara ini, masyarakat perlu peka dan sentiasa patuh akan perintah MCO.