10 Kereta Terpantas Di Dunia
Malaysia Forex Forum | Forex Community Place
Malaysia Forex Forum
Results 1 to 4 of 4

Thread: 10 Kereta Terpantas Di Dunia

  1. #4 You can automatically minimize the read posts in your account in the 'General Settings'
    Junior Member
    Join Date
    Jul 2020
    Location
    Rusia
    Posts
    1
    Thanks
    0
    Thanked 4 Times in 1 Post
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0

    10 Kereta Terpantas Di Dunia

    OK...aku pun nak tanya soklan pada mekanik kita niMasa aku servis awal2 dulu...aku ada request untuk guna fully synthetic oil Pusat Servis ToyotaTp technician kat Toyota tu bgtau...kalo untuk penggunaan biasa x perlu guna fully syntheticGuna mineral oil pun dah cukup...& diaorang claim mineral oil diaorang boleh tahan sampai 10,000kmMengikut pengalaman aku guna kereta ni > 3 tahun, x der lagi masalah ngan enjinApa pendapat mekanik Kakaroct

  2. The Following 3 Users Say Thank You to FraRot For This Useful Post:

    Unregistered (3)

  3. #3 You can automatically minimize the read posts in your account in the 'General Settings'
    Senior Member
    Join Date
    Mar 2019
    Posts
    3,440
    Thanks
    185
    Thanked 12,469 Times in 2,492 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 1
    2. Mercedes-AMG Project One: 349km/j



    Mercedes-AMG adalah kereta hypercar yang boleh mencapai kelajuan “sekurang-kurangnya” 349km/j. Biarpun enjinnya diinspirasi oleh unit kuasa hibrid F1 sekarang, ini semua hanya spekulasi. Bintang F1, Lewis Hamilton, membantu dalam pembangunan Project One dan juga memandu model pertama yang ditunjukkan pada dunia di Frankfurt Auto Show pada September 2017. Model enjin-belakang, pacuan empat roda ini mempunyai V6 1.6 liter yang dibantu oleh sistem hibrid ‘plug-in‘ dan empat motor elektrik yang menurut mereka, akan memecut dari 0-180km/j dalam hanya 6 saat.

    1. Bugatti Chiron Sport: 420km/j



    Jentera ini berada di tangga pertama dengan Kelajuan sebanyak 420km/j pastinya menenggelamkan setiap kenderaan yang tersenarai disini. Chiron Sport menggunakan enjin yang sama seperti Chiron yang biasa iaitu enjin W16 empat-turbo yang menghasilkan 1479 kuasa kuda. Namun beratnya kurang 18kg dan itu cukup untuk membuatkannya lebih laju dari Chiron yang biasa. Bugatti menggunakan komponen-komponen ‘carbon fibre‘ dan bahan-bahan yang lebih ringan dan teguh untuk suspensi dan rim.

    Though trading on financial markets involves high risk, it can still generate extra income in case you apply the right approach. By choosing a reliable broker such as InstaForex you get access to the international financial markets and open your way towards financial independence. You can sign up here.


  4. The Following 4 Users Say Thank You to Fareez For This Useful Post:

    Unregistered (4)

  5. #2 You can automatically minimize the read posts in your account in the 'General Settings'
    Senior Member
    Join Date
    Mar 2019
    Posts
    3,440
    Thanks
    185
    Thanked 12,469 Times in 2,492 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 1
    6. Aston Martin DBS Superleggera: 339km/j



    DBS Superleggera ini boleh mencapai kelajuan tertinggi 339km/j dan memecut dari 0-100km/j dalam 3.2 saat. Kelajuan itu adalah daripada 715 kuasa kuda yang dihasilkan oleh enjin V12 dwi-turbo 5.2 liter. Malah, hanya tiga model Aston Martin yang lain telah mencapai lebih 700 kuasa kuda iaitu: Aston Martin Valkyrie yang berharga RM12 juta, Aston Martin One-77 edisi terhad dan model litar-sahaja Aston Martin Vulcan. Pada harga RM1.5 juta, ia adalah model paling berkuasa Aston Martin yang berharga lebih murah banding model-model mereka yang lain.

    5. Chevrolet Corvette ZR1: 341km/j



    Corvette ZR1 atau nama gelarannya "The King" mempunyai kelajuan 341km/j ini meneruskan tradisi Amerika Syarikat membina kereta berprestasi tinggi dengan kos rendah berbanding pembuat kereta Eropah. Dengan harga RM500,000, anda dapat enjin V8 ‘supercharged‘ 6.2 liter yang menghasilkan 755 kuasa kuda dan 969Nm tork. Angka-angka tersebut membolehkan Corvette ZR1 melepasi litar Virginia International Raceway 1.3 saat lebih laju berbanding Ford GT, yang mengalahkan Corvette ZR1 dari segi kelajuan tertinggi sebanyak 6km/j.

    4. Ford GT: 347km/j



    Diilhamkan oleh model Ford yang memenangi perlumbaan Le Mans menentang Ferrari pada 70-an, Ford GT adalah contoh sempurna sebuah syarikat yang idea-idea paling bijak. Projek tersebut terdiri dari pereka, jurutera dan ahli aerodinamis yang mencipta kereta yang sememangnya menakjubkan. Jentera ini menggunakan enjin EcoBoost 3.5 liter yang terdapat dalam trak pikap Ford F-150 yang diubahsuai untuk menghasilkan 647 kuasa kuda dan 745Nm tork membolehkan ia untuk memecut dari 0-100 dalam hanya 3 saat.

    3. Lamborghini Aventador SVJ: 349km/j



    Lamborghini Aventador SVJ yang di beri nama “Jota” mengambil inspirasi dari model Miura P400 Jota dari 70-an oleh pembuat kereta Itali. Menambah lebih prestasi dari Aventador SV, enjin V12 6.5 liter menghasilkan 759 kuasa kuda, yang melonjakkan yang dari 0-100km/j dalam 2.8 saat dan mencapai kelajuan maksimum 349km/j. Ia juga mampu melepasi litar lagenda Nurburgring Nordschleife dalam masa 6:44.97 minit.

    Though trading on financial markets involves high risk, it can still generate extra income in case you apply the right approach. By choosing a reliable broker such as InstaForex you get access to the international financial markets and open your way towards financial independence. You can sign up here.


  6. The Following 4 Users Say Thank You to Fareez For This Useful Post:

    Unregistered (4)

  7. #1 You can automatically minimize the read posts in your account in the 'General Settings'
    Senior Member
    Join Date
    Mar 2019
    Posts
    3,440
    Thanks
    185
    Thanked 12,469 Times in 2,492 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 1

    10 Kereta Terpantas Di Dunia

    10 Kereta Terpantas Di Dunia

    Teknologi kereta semakin lama semakin maju dengan inovasi dan penggunaan bahan binaan yang eksotik. berikut adalah senarai kereta terpantas di dunia pada awal tahun 2019.

    10. Dodge Challenger SRT Hellcat RedEye: 326km/j



    Challenger SRT Hellcat RedEye berada di tangga ke 10 kereta terpantas di dunia yang mana ia telah diperkenalkan baru-baru ini sebagai varian terhebat dari model Challenger Hellcat yang dibuat oleh Dodge. Challenger SRT Hellcat RedEye menggunakan enjin V8 6.4 liter ‘supercharge‘ yang menghasilkan 797 kuasa kuda serta 958Nm tork. Walaupun berat kereta tersebut adalah 2 tan, ia mampu memecut dari 0-100km/j dalam 3.4 saat dan dapat mencapai kelajuan tertingginya iaitu 326km/j.

    9. Bentley Continental GT: 333km/j



    Continental GT generasi ketiga ini mampu memecut dari 0-100 km/j dengan hanya 3.6 saat lalu mencapai kelajuan tertingginya 333km/j . Biarpun lebih 202kg berbanding Challenger Hellcat RedEye di atas, ia 7km/j lebih laju. Enjin W12 TSI nya adalah varian yang diperbaharui dari SUV Bentayga mereka, menghasilkan 626 kuasa kuda dan 900Nm tork pada kesemua empat roda.

    8. McLaren Senna: 334km/j



    Berdasarkan nama mendiang pelumba F1 dari Brazil, Ayrton Senna, Mclaren mengejutkan jangkaan orang dengan menghasilkan kereta ini yang berkelajuan 334km/j. Bahan binaan untuk Badan kereta ini diperbuat sepenuhnya dengan ‘carbon fibre‘ yang mengambil lebih 1000 jam untuk dipasang dengan tangan. Kenderaan yang berharga RM3.5 juta ini mempunyai enjin V8 dwi-turbo 4.0 liter yang menghasilkan 789 kuasa kuda. Pecutan 0-100 hanya dalam 2.7 saat.

    7. Porsche 911 GT2 RS: 339km/j



    Jentera ini Digelar sebagai ‘widowmaker‘ oleh peminat Porsche, GT2 RS adalah kemuncak teknologi kejuruteraan, kepantasan dan kuasa bagi model 911 mereka. Enjin enam lejang ‘boxer‘ dwi-turbo 3.8 liter di belakangnya menghasilkan 700 kuasa kuda dan 749Nm tork. Ditambah dengan transmisi ‘dual-clutch‘ tujuh kelajuannya yang pantas, GT2 RS ini mampu memecut 0-100km/j dalam 2.7 saat serta mempunyai kelajuan 339km/j.

    Though trading on financial markets involves high risk, it can still generate extra income in case you apply the right approach. By choosing a reliable broker such as InstaForex you get access to the international financial markets and open your way towards financial independence. You can sign up here.


  8. The Following 4 Users Say Thank You to Fareez For This Useful Post:

    Unregistered (4)

Subscribe to this thread: 1

Open

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •