Saya melihat tidak kira lelaki dan perempuan kini semakin meminati aktiviti permotoran seperti superbike. Merujuk kepada Majalah Labur yang baru dibaca kini ia adalah satu bentuk trend dan gaya. “LIVE TO RIDE, RIDE TO LIVE” itu merupakan di antara motto bagi sebuah kelab motosikal berkuasa besar.
Keunikan deruman enjin sudah memberi satu impak berbeza berbanding motosikal biasa. Apatah lagi kuasa enjinnya yang mencecah lebih 600cc. Menunggang motosikal kuasa besar di lebuh raya Karak Bentong merupakan antara aktiviti popular kegemaran geng-geng motor buat masa ini. Antara superbike yang popular dikalangan peminatnya adalah Ducati,Kawasaki dan lain-lain.