Mengapa dagangan forex menjadi pilihan
Hari ini saya amat tertatik untuk berkongsi dengan rakan-rakan, mengapa forex ini menjadi pilihan ramai sebagai langkah menjana wang tambahan.
Salah satu sebabnya adalah Pelaburan Forex membenarkan palaburan secara 24 jam sehari, di seluruh dunia. Setiap permulaan hari bermula dengan pembukaan pasaran Sydney. Kemudian pasaran mata wang akan bergerak ke seluruh dunia mengikut urutan Tokyo, London, dan kemudian akhirnya New York. Anda tidak akan mendengar atau melihat lonceng atau penutupan apabila pasaran forex dibuka, dan ia juga tidak mempunyai pusat pasaran kerana ia merangkumi pergerakan pasaran seluruh dunia. Pelabur boleh mengasaskan pembukaan dan penutupan pegangan mereka berdasarkan makro-ekonomi, isu-isu politik dan juga isu-isu sosial pada masa ia berlaku tak kira siang mahupun malam. Ia adalah pasaran yang sangat sesuai kepada mereka yang mahu melabur secara sambilan kerana anda mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas masa dan bila anda ingin melakukan pelaburan.