Cara memilih broker forex
Pelbagai tip dan panduan untuk membuat pilihan ini. Sebagai contoh, paling penting untuk tahu jika broker itu mempunyai pejabat sokongan yang benar-benar wujud. Lokasi dan maklumat untuk dihubungi perlulah jelas agar mudah untuk kita berkomunikasi dan ertanya apa sahaja soalan jika timbul apa sahaja permasalahan. Ia berkaitan deposit dan pengeluaran jadi perkara ini perlu diambil kira supaya tidak datang kesulitan.
Broker yang mempunyai regulasi juga mempunyai asbab kukuh untuk di[ilih sebagai broker pilihan. Regulasi yang bermaksud ia mendapat kebenaran dan lesen dari kewangan yang tertentu dan berkaitan dengannya. Broker yang mempunyai lesen termaktub dibawah peraturan kewangan dari mana negara broker itu beroperasi.
Selain itu, komitmen dari pegawai sokongan yang baik contohnya 5 hari seminggu perlu menjadi keutamaan terhadap pedagangnya. Ruang komunikasi yang jelas sperti chat, skype, e-mail, fax, dan telefon amat penting sekali supaya semua maklumat dapat disampaikan dengan jelas.