Perbezaan ketara antara dagangan forex dan dagangan saham
-Untuk jual beli saham, pelabur harus membuka akaun dan mendaftar dengan Bursa Malaysia melalui syarikat broker, manakala bagi Forex, hanya perlu daftar melalui broker Forex secara online.
-Melabur saham melibatkan syarikat-syarikat yang terdapat di Bursa Malaysia. Bagi Forex pula, ia melibatkan semua mata wang asing dunia seperti USD, EUR,JPY, GPB, WON dan sebagainya.
-Waktu operasi transaksi saham adalah pada waktu bekerja sahaja di Malaysia dari jam 9.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Tetapi urusan transaksi Forex berlaku selama 24 jam kecuali hujung minggu.
-Transaksi keluar masuk duit ke akaun mempunyai dua cara iaitu menerusi online banking dan juga melalui remisier/dealer saham yang berdaftar. Manakala Forex perlulah deposit melalui broker-broker yang ada dan semua urusan deposit atau withdraw hanya melalui broker secara online.
-Keuntungan saham adalah dengan melalui prestasi kaunter/ syarikat yang dibeli disamping sedikit pengaruh terhadap ekonomi dan politik manakala Forex pula berdasarkan prestasi terhadap mata wang dunia. Ia selalu melibatkan beberapa faktor politik, ekonomi dunia, dan lain-lain.