strategi perdagangan adalah pelan untuk trader memasuki pasaran dengan lebih baik. bagaimana mereka untuk meramal pergerakan harga dan bagaimana mereka untuk meraih keuntungan dengan cara yang lebih sistematik. strategi dagangan perlu ada lebih dari satu kerana pasaran tidak selalunya sama. sekurang kurang nya perlu ada 2 atau 3 strategi. apabila pasaran tidak mengikut analisa trader perlu mengikuti pasaran dan pada ketika itu mereka perlu membuat keputusan untuk keluar dari pasaran buat seketika dan memasuki pasaran apabila mempunyai peluang kemasukan yang lebih selamat.