Leverage forex untuk pemula
Leverage adalah nisbah margin terhadap dana yang dipinjamkan kepada pedagang. Seperti yang dikongsikan diatas Leverage membenarkan dagangan lebih dari kemampuan modal yang ada. Jika anda menggunakan leverage 1: 100 contohnya, maka seseorang itu boleh membuka transaksi 100 kali lebih besar dari modal yang sebenar yang beliau ada. Dalam contoh di atas, modal $500 boleh digunakan untuk membuka transaksi 1 lot atau $100,000.
Manakala jumlah margin pula bergantung pada jumlah leverage yang digunakan. Lebih besar leverage, semakin kecil margin yang perlu dibayar sebagai cagaran untuk urus niaga. Bersama broker ini, leverage yang disediakan antara yang tertinggi dipasaran iaitu 1:1000. Apa pun, pedagang harus lebih berhati-hati dan tidak terburu-buru dengan penggunaan leverage ini.