Stop loss sebagai salah satu cara kurangkan risiko
Stop loss amat penting dalam mengurangkan kerugian di platform. Ia adalah satu nilai dan had yang ditetapkan untuk meminimumkan kerugian. Apabila pergerakan menyentuh nilai tertentu, sistem akan secara automatik menutup order dan posisi tersebut.
Adakalanya sesetengah pedagang berpandangan stop loss hanya akan meminimumkan keuntungan dan kurang menyenangkan. Oleh itu, mereka terpaksa terima apa sahaja kerugian yang bakal terjadi. Setiap pedagang perlu membuat keputusan untuk memilih yang mana satu cara dagangan yang paling sesuai untuk diri sendiri, baik dengan menggunakan stop loss atau pun melupakannya.
Pesanan stop loss dan take profit amat penting
Pelbagai teknik boleh digunakan dalam dagangan forex ini. Pada pendapat saya sendiri, isu rugi bukan perkara baru dan luar biasa. Maka untuk mengurangkan hal ini, cara main forex yang mudah boleh diaplikasikan oleh semua pedagang termasuklah dengan tetapan stop loss dan take profit. Ia turut dibincangkan oleh teman-teman sebelum ini seperti yang diatas. Ia begitu popular dikalangan para pedagang. Uniknya, tetapan ini mampu mengurangkan risiko loss saya dari bertambah tanpa dijangka. Tanpa tetapan ini berkemungkinan saya akan kehilangan modal dan dana dalam akaun nyata saya. Sehingga hari ini, ia masih diaplikasikan dalam setiap sasaran dagangan saya.