Pending Order
Pending order juga di panggil PO oleh para trader apabila mereka memberi isyarat sama ada untuk membeli atau menjual sebagai contoh PO sell pada 1.xxx
Terdapat beberapa jenis PO iaitu
-Buy Limit dan Sell Limit
-Buy Stop dan Sell Stop
Limit order adalah pesanan yang mana trader jangkakan graf akan bergerak kepada harga yang di ingini dan berpatah balik.
1)Buy Limit hanya boleh di letakkan di bawah harga semasa.
2)Sell Limit hanya boleh di letakkan di atas harga semasa.
Stop order pula adalah order yang mana trader jangkakan graf akan bergerak kepada harga yang di ingini dan menyambung pergerakan tersebut agar peroleh keuntungan.
1-Buy stop hanya boleh di letakkan di atas harga semasa.
2-Sell stop hanya boleh di letakkan di bawah harga semasa