Ya, bila kita gagal kita perlu bangkit dan terus berusaha. Jangan mudah mengalah kerana orang yang mudah mengalah pasti tidak akan berjaya buat selama-lamanya. Kita sewajarnya prihatin dengan orang sekitar kita. Jangan bergaul dengan orang yang negatif dan orang yang suka mengata orang lain. Lebih baik buat hal sendiri kerana kita perlu fikir dosa dan pahala. Di akhirat kelak pasti kita akan menerima buku catatan kita samaada di tangan kanan atau di tangan kiri.