Ada beberapa ciri-ciri orang yang berjaya dalam bisnes Forex ini. Pertama, mereka tidak mudah putus asa walaupun mereka gagal sejuta kali. Kedua mereka bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu. Mereka tidak malas untuk upgrade ilmu mereka. Ketiga, mereka sentiasa positif dan hanya memikirkan perkara yang baik sahaja. Keempat, mereka selalu bergaul dengan orang yang berjaya. Jika berkawan dengan orang yang jual minyak wangi, sedikit sebanyak kita akan dapat wangian. Kelima, orang yang berjaya tidak mudah mengata. Dalam Islam, perbuatan mengata tidak wajar dilakukan kerana ia mengundang fitnah dan dosa.