Ada beberapa faktor kenapa trader susah buat profit. Pertama, trader tersebut tidak menggunakan teknik yang betul. Ada sahaja teknik baru mulalah lompat teknik dan belum sempat habis belajar teknik A, mulalah jump kepada teknik B. Kedua, trader tersebut tiada perancangan kewangan yang betul. Trade tanpa trading plan membuatkan kita tidak tahu apa hendak buat. Saya percaya ramai trader disini yang ada perancangan kewangan. Ketiga, trader tersebut suka tamak dan tidak sabar. Faktor emosi memainkan peranan penting dalam membuat profit.