GBP/USD, EUR/GBP: Pound Seri Paduka Baginda
Pound sterling Britain (GBP) adalah matawang rasmi United Kingdom. GBP adalah matawang yang ketiga paling banyak diperdagangkan selepas USD dan EUR. Fakta menarik: walaupun UK anggota rasmi Kesatuan Eropah untuk sekian waktu, UK tidak pernah beralih ke euro.
Seperti yang anda ketahui, GBP sangat terkesan dengan Brexit pada tahun 2020. Tempoh rundingan yang panjang dan penuh pancaroba antara UK dan EU menyebabkan perubahan yang besar ke atas GBP/USD dan EUR/GBP. Oleh kerana rundingan Brexit sudah pun selesai, GBP/USD kini berpeluang untuk naik ke paras tertinggi baharu.
USD/CAD: loonie yang bergantung pada minyak
Ciri utama dolar Kanada adalah ketergantungannya yang tinggi pada harga minyak kerana Kanada salah satu pengeksport minyak yang terbesar di dunia. CAD cenderung melonjak ketika harga minyak meningkat, dan sebaliknya penurunan harga minyak cenderung mendorong CAD turun. Dolar Kanada juga dipanggil dengan nama 'loonie' kerana adanya imej burung loon (sejenis burung di Amerika Utara) di belakang duit syiling dolar Kanada.
AUD/USD: aussie yang bersinar terang
Dolar Australia ini dianggap oleh ramai pedagang sebagai aset risiko. Ia biasanya meningkat naik bila sentimen keseluruhan pasaran adalah risk-on. Itulah sebabnya mengapa aussie (nama panggilan untuk AUD) berkorelasi positif dengan saham. Selain dari itu, Australia sangat terkait China justeru dari lokasi geografinya. Oleh itu, apabila China mengumumkan beberapa data ekonomi, bukan hanya yuan China sahaja yang terkesan, tetapi dolar Australia juga.