Analisa Forex Oleh Fxopen - Page 9
Malaysia Forex Forum | Forex Community Place
Malaysia Forex Forum
Page 9 of 41 FirstFirst ... 7 8 9 10 11 19 ... LastLast
Results 81 to 90 of 402

Thread: Analisa Forex Oleh Fxopen

  1. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,309 Times in 435 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Matawang Pound terus tidak melepaskan peluang terhidang untuk mengukuh pada dagangan minggu ini di kala matawang safe-haven termasuk Yen makin kurang mendapat permintaan pasaran ketika ini.

    Hal ini berlaku disebabkan sentimen pasaran yang kembali pulih (risk-on) angkara terdapat beberapa kenyataan dari pakar yang menjelaskan bahawa jangkitan varian Omicron tidak begitu menggusarkan.

    Impak daripada kenyataan Bank of England (BOE) yang membuat langkah kenaikan kadar faedah pada mesyuarat sebelum ini mungkin turut boleh diambil kira sebagai asbab kenapa Pound mampu kukuh.

    Pergerakan harga pada carta GBP/JPY tampaknya terus menonjolkan persembahan cemerlang setelah merekod lonjakan mingguan setakat ini melebihi 300 pips selepas susut pada penghujung minggu lalu.

    Lonjakan tersebut juga sama sekali telah kembali menguji paras ketinggian yang dicapai pada minggu lalu sekitar 152.600-152.000 yang mana ia turut dinilai sebagai zon SBR (support become resistance).

    Bukan itu sahaja, pelabur berkemungkinan bakal menilai reaksi lonjakan itu seakan sedang menunjuk isyarat perubahan trend selepas harga telah pun menembusi trendline resistance di timeframe harian.

    Keadaan ini tentunya akan menyokong pelabur dalam membuat sasaran terawal pada zon berikutnya 153.000 untuk kembali diterajui andai kata pergerakan harga terus cemerlang memapar trend bullish.

    Yakni trend bullish lebih jelas kelihatan berikutan harga terus bergerak di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) yang mungkin akan berupaya memacu lonjakan agresif untuk menuju zon 155.000.

    Namun demikian terdapat juga jangkaan bahawa pergerakan harga berkebarangkalian akan menjejaki semula zon RBS (resistance become support) pada 151.000 sekiranya harga kembali papar penurunan.

    Kecenderungan dalam membuat penurunan harga yang lebih rendah dijangka akan mendorong harga mencecah ke zon sokongan yang paling kukuh sepanjang 9 bulan yang diperhatikan pada zon 149.000.

    Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

  2. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,309 Times in 435 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Kelemahan dolar greenback didorong oleh tarikan yang makin berkurang akibat perkembangan varian Omicron yang sedikit menggembirakan daripada kajian oleh pakar mengenai beberapa vaksin Covid-19.

    Bertitik tolak daripada hal tersebut, dagangan emas terus mengambil ruang untuk menyinari pasaran setelah terima manfaat daripada kenaikan agresif pada data inflasi Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

    Namun pelabur juga dijangka akan mengambil langkah berwaspada berikutan dolar greenback dilihat masih mendapat sokongan daripada kenyataan hawkish yang dilontarkan oleh Federal Reserve (Fed).

    Pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD telah menyaksikan kenaikan setelah harga hanya membuat rebounce pada zon RBS (resistance become support) 1780.00.

    Kenaikan tersebut secara tidak langsung telah menyokong harga kembali menerajui zon 1800.00 pada penghujung sesi Rabu sebelum terus bergerak perlahan dan mendatar di sesi Eropah hari ini (Khamis).

    Harga kemungkinan mampu kekal melonjak setelah harga seakan membentuk corak bullish engulfing pada rangka masa mingguan yang dapat memberikan indikasi jelas kepada pengekalan corak uptrend.

    Disebabkan hal itu, pelabur dijangka mengeluarkan sasaran awal untuk harga emas kembali mencapai paras ketinggian yang direkod pada penghujung minggu lalu sekitar 1814.00 untuk sekali lagi diterajui.

    Intihanya zon SBR (support become resistance) 1830.00 kebarangkalian akan menjadi zon yang bakal dicapai andai kata harga terus utuh dalam memapar kenaikan sebelum menutup dagangan minggu ini.

    Dengan nada yang berbeza pula, zon RBS 1780.00 mungkin akan dicecah semula sekiranya pergerakan harga emas kembali peroleh tekanan daripada dolar greenback untuk sekali lagi meneruskan terjunan.

    Terjunan yang lebih drastik sama sekali akan mendorong harga menuju benteng sokongan yang paling kebal pada 1760.00 yang mana ia sering kali memacu kenaikan harga sejak pertengahan Oktober lalu.

    Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

  3. Senior Member
    Join Date
    Mar 2019
    Posts
    3,440
    Thanks
    185
    Thanked 12,532 Times in 2,495 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 1
    Quote Originally Posted by scalperfx View Post
    Pergerakan harga pada pasaran kewangan mula dilihat membuat ‘u-turn’ semula pada penghujung minggu.

    Namun, pelabur komoditi masih positif mengharapkan dagangan emas untuk kekal meneruskan kenaikan bersambung pada minggu ini.

    Pada minggu lalu, harga emas telah berjaya melonjak melepasi paras $1,800 per auns susulan reaksi pasaran selepas mesyuarat FOMC.

    Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan kenaikan sehingga $60 dari paras terendah 9 minggu pada $1,753 sehingga ke paras $1,814.00.

    Namun menutup dagangan penghujung minggu, harga susut semula ke paras sekitar $1,800 tersebut dan berlegar di sekitarnya pada dagangan yang bersambung pada awal minggu ini.

    Sejak sesi Asia hingga ke sesi Eropah hari ini, harga dilihat masih bergerak di paras $1,800 yang turut menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

    Kenaikan yang berjaya diteruskan bakal menguji kembali zon rintangan 1810.00 yang diuji minggu lalu sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi ke sasaran harga 1830.00.

    Walaupun begitu, pelabur harus berwaspada ekoran pengukuhan yang dipamerkan semula oleh US dolar boleh menekan semula harga emas untuk kembali susut.

    Untuk jangkaan corak penurunan harga, pergerakan di bawah paras 1800.00 akan mendorong harga menuju ke paras sekitar 1780.00 terlebih dahulu sebelum menyambung penurunan lebih rendah ke zon 1760.00.

    Perkembangan penularan varian Omicron akan terus dipantau pada minggu ini yang mempengaruhi pergerakan harga emas dalam pasaran.

    Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

    semoga gold fly

    Though trading on financial markets involves high risk, it can still generate extra income in case you apply the right approach. By choosing a reliable broker such as InstaForex you get access to the international financial markets and open your way towards financial independence. You can sign up here.

  4. Senior Member

  5. Senior Member
    Join Date
    Mar 2019
    Posts
    3,440
    Thanks
    185
    Thanked 12,532 Times in 2,495 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 1
    Quote Originally Posted by scalperfx View Post
    Pelabur kembali menarik nafas lega apabila harga emas berjaya ditutup di paras lebih tinggi semula pada penghujung sesi New York selepas pada mulanya membuat penurunan susulan reaksi terhadap keputusan mesyuarat FOMC.

    Seperti dijangkakan, penurunan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menguji zon support 1760.00, dengan paras terendah mencecah sekitar 1753.00 dengan pengukuhan awal US dolar.

    Namun, US dolar yang kemudiannya mengalami penyusutan nilai telah mendorong peningkatan harga sehingga 270 pips ke paras 1780.00.

    Walaupun situasi tersebut dilihat hanya sementara oleh pelabur, namun penyusutan US dolar tersebut telah memberi ruang untuk harga emas meningkat.

    Kebimbangan terhadap ancaman coronavirus Omicron yang masih berlegar dalam pasaran turut akan mempengaruhi pergerakan emas semasa.

    Selepas lonjakan harga melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD, kenaikan diteruskan pada dagangan hari ini namun pada kadar yang lebih perlahan.

    Zon tumpuan harga bagi kenaikan yang diteruskan bakal menuju ke paras 1800.00 dengan jangkaan reaksi menarik harga akan berlaku pada zon penting tersebut.

    Kenaikan lebih tinggi seterusnya akan menguji pula zon 1810.00 dan berpotensi untuk mencapai sehingga ke paras ketinggian 1830.00 untuk pergerakan trend bullish yang lebih jelas.

    Sebaliknya jika harga kembali papar pergerakan yang mengecewakan untuk pelabur, zon support pada 1760.00 dilihat bakal diuji semula untuk penurunan harga.

    Penurunan lebih rendah akan mencatatkan paras terendah terbaru 11 minggu buat emas dengan sasaran seterusnya adalah pada zon support utama 1700.00.

    Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

    rasa macam nak naik gold ni semalam pun naik lain macam

    Though trading on financial markets involves high risk, it can still generate extra income in case you apply the right approach. By choosing a reliable broker such as InstaForex you get access to the international financial markets and open your way towards financial independence. You can sign up here.

  6. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,309 Times in 435 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    ETHUSD: Corak Dua Bawah Melebihi $3,600
    Ethereum bermula minggu ini dengan nada kenaikan harga yang sederhana dengan menyentuh paras tertinggi $4,169 selepas itu penurunan mula menolak harganya di bawah pemegang $4,000.

    Kami melihat Ethereum mencecah paras terendah harian sebanyak $3,654 semalam, selepas itu pembelian baharu dalam pasaran melonjakkan harganya sehingga melebihi paras $4000. Pemulihan itu juga disokong oleh dana lindung nilai Three Arrows Capital yang membeli Ether bernilai $56 juta.

    ETHUSD perlahan-lahan menyediakan dirinya untuk langkah seterusnya berbanding dolar AS.

    Kita boleh melihat dengan jelas corak double bottom di atas $3,600, yang menandakan berakhirnya aliran menurun dan peralihan ke arah aliran menaik.

    ETH kini berdagang hanya di atas paras pangsi $3,998 dan bergerak dalam saluran menaik yang menaik. Harga ETHUSD hampir menembusi tahap rintangan klasik $4,048, tahap rintangan Fibonacci $4,035, dan kini menyasar ke arah pemegang $4,200 dalam sesi dagangan AS.

    Semua penunjuk teknikal utama memberikan isyarat BELI KUKUH.

    ETH kini berdagang di atas 100 setiap jam dan di bawah 200 purata pergerakan mudah setiap jamnya.

    Pembalikan arah aliran Ethereum dilihat melebihi $3,600
    Julat jangka pendek nampaknya menaik untuk ETHUSD
    Semua purata bergerak memberikan isyarat BELI
    Purata julat sebenar menunjukkan KURANG turun naik pasaran
    Eter: Pembalikan Bullish ke arah $4,200 Disahkan

    ETHUSD telah pulih daripada kerugiannya dan kini bergerak dalam fasa penyatuan di bawah pemegang $4,200 dalam sesi dagangan Eropah.

    Stoch dan perubahan arah purata menunjukkan pasaran NEUTRAL.

    Kita boleh melihat peningkatan 34.50% dalam volum dagangan berbanding semalam, kerana pasaran berada dalam fasa penyatuan, dan hari ini, pembeli baharu telah memasuki kerana corak kenaikan harga jelas kelihatan.

    ETH telah memperoleh +4.58% dengan perubahan harga sebanyak +176.90$ dalam 24 jam yang lalu dan mempunyai volum dagangan sebanyak 26.810 bilion USD.

    Minggu Hadapan

    Ether kini sedang menunggu langkah seterusnya berbanding dolar AS. Kita dapat melihat bahawa harga terus bertahan di atas paras sokongan psikologi yang penting iaitu $4,000.

    Tinjauan jangka sederhana hingga panjang untuk Ether kekal yakin dengan sasaran $4,500 hingga $5,000 pada Januari 2022.

    Ini juga merupakan masa apabila pelabur jangka panjang cenderung untuk mencairkan pegangan mereka dan mengeluarkan keuntungan. Disebabkan cuti Krismas dan Tahun Baru penghujung tahun yang akan datang, kecairan akan kekal rendah dan pendahuluan terhad.

    Kami telah mengesan corak silang MA5 yang menandakan arah aliran menaik pada hari-hari akan datang. Corak crossover kenaikkan juga dilihat dalam MA100.

    Petunjuk Teknikal:

    Pengayun muktamad: pada 54.75 menunjukkan BELI

    Perbezaan penumpuan purata bergerak (14 hari): pada 54.07 menunjukkan BELI

    Indeks saluran komoditi (14hari): pada 34.51 menunjukkan pasaran NEUTRAL

    Kadar perubahan harga: pada 8.161 menunjukkan BELI

  7. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,309 Times in 435 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Gelora pasaran terus bersambung pada sesi Asia pagi ini selepas persoalan tentang keputusan Federal Reserve (Fed) untuk pengetatan dasarnya terjawab pada mesyuarat polisi awal pagi ini.

    US dolar pamerkan pengukuhan hanya sementara di awal reaksi pasaran selepas mesyuarat FOMC, namun menyusut semula sehingga ke penghujung sesi New York.

    Mata wang dolar Australia pula menjadi tumpuan pada sesi Asia dengan data ekonomi tumpuan menjadi penilaian pelabur.

    Selepas data PMI pembuatan dan perkhidmatan Australia diterbitkan pada awal sesi, tumpuan lebih utama terarah pada laporan data pekerjaan Australia untuk bulan November.

    Pertambahan pekerjaan meningkat kepada 366,100 lebih tinggi berbanding jangkaan 203,000 selepas catatan bulan sebelumnya menyaksikan ekonomi Australia kehilangan 56,000 pekerjaan pada laporan yang telah dikemaskini.

    Lebih positif, kadar pengangguran susut lebih rendah kepada 4.6% berbanding jangkaan menurun 5.0%, daripada 5.2% pada bulan sebelumnya.

    Pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD, harga telah melonjak dari zon sokongan 0.71100-0.71000 selepas mengujinya ketika mesyuarat FOMC sebelum melonjak semula sekitar 80 pips.

    Bersambung pada sesi Asia pagi ini, kenaikan harga dilihat menguji zon rintangan 0.71800 namun gagal untuk menembusinya selepas reaksi suram dolar Australia selepas laporan pekerjaan diterbitkan.

    Namun dagangan yang bersambung pada pembukaan sesi Eropah kembali menunjukkan peningkatan semula harga untuk menguji zon rintangan tersebut sekali lagi.

    Jika rintangan tersebut masih kebal untuk ditembusi, berkemungkinan pelabur akan melihat harga membuat penurunan semula dengan jangkaan untuk US dolar kembali pamer pengukuhan semula.

    Penurunan akan kembali menguji zon sokongan 0.71000 sebelum beri isyarat trend bearish yang lebih jelas untuk mensasarkan penurunan menuju sehingga zon 0.70000.

    Sebaliknya jika kenaikan harga berjaya tembusi zon rintangan 0.71800, kenaikan lebih tinggi dilihat akan ke paras ketinggian 0.72300 untuk mencatatkan paras tertinggi terbaru 3 minggu.

    Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

  8. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,309 Times in 435 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Pelabur kembali menarik nafas lega apabila harga emas berjaya ditutup di paras lebih tinggi semula pada penghujung sesi New York selepas pada mulanya membuat penurunan susulan reaksi terhadap keputusan mesyuarat FOMC.

    Seperti dijangkakan, penurunan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menguji zon support 1760.00, dengan paras terendah mencecah sekitar 1753.00 dengan pengukuhan awal US dolar.

    Namun, US dolar yang kemudiannya mengalami penyusutan nilai telah mendorong peningkatan harga sehingga 270 pips ke paras 1780.00.

    Walaupun situasi tersebut dilihat hanya sementara oleh pelabur, namun penyusutan US dolar tersebut telah memberi ruang untuk harga emas meningkat.

    Kebimbangan terhadap ancaman coronavirus Omicron yang masih berlegar dalam pasaran turut akan mempengaruhi pergerakan emas semasa.

    Selepas lonjakan harga melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD, kenaikan diteruskan pada dagangan hari ini namun pada kadar yang lebih perlahan.

    Zon tumpuan harga bagi kenaikan yang diteruskan bakal menuju ke paras 1800.00 dengan jangkaan reaksi menarik harga akan berlaku pada zon penting tersebut.

    Kenaikan lebih tinggi seterusnya akan menguji pula zon 1810.00 dan berpotensi untuk mencapai sehingga ke paras ketinggian 1830.00 untuk pergerakan trend bullish yang lebih jelas.

    Sebaliknya jika harga kembali papar pergerakan yang mengecewakan untuk pelabur, zon support pada 1760.00 dilihat bakal diuji semula untuk penurunan harga.

    Penurunan lebih rendah akan mencatatkan paras terendah terbaru 11 minggu buat emas dengan sasaran seterusnya adalah pada zon support utama 1700.00.

    Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

  9. Senior Member
    Join Date
    Mar 2019
    Posts
    3,440
    Thanks
    185
    Thanked 12,532 Times in 2,495 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 1
    Quote Originally Posted by scalperfx View Post
    Matawang USD terus memperoleh kesempatan untuk mengukuh sebagai safe-haven berikutan kebimbangan mengenai varian Omicron semakin menggusarkan sentimen pasaran semasa dunia.

    Yakni kebimbangan tersebut serba sedikit mungkin bakal mempengaruhi permintaan minyak global yang di saat ini terus memberikan tekanan kepada pergerakan dolar Kanada untuk kembali melemah.

    Pelabur juga dijangka akan menilai kenyataan yang dilontarkan oleh Menteri Minyak Arab Saudi Abdulaziz Bin Salman mengenai ulasan minyak serta ketegangan geopolitik yang berlaku ketika ini.

    Pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD nampaknya terus menampilkan lonjakan lebih 100 pips di sesi dagangan Isnin sehingga merobek zon RBS (resistance become support) 1.28000.

    Lonjakan itu sama sekali telah menaikkan keyakinan pelabur untuk melihat harga berupaya kembali mencapai paras tertinggi 3 bulan sekitar 1.28500 yang mana ia juga dianggap sebagai zon rintangan.

    Keyakinan tersebut dipertingkatkan lagi selepas pergerakan harga telah kembali didagangkan di atas paras rintangan Moving Average 50 (MA50) dalam memberi gambaran kepada trend bullish.

    Namun pelabur turut berkemungkinan akan membuat penilaian pada zon rintangan 1.28500 setelah zon tersebut boleh diambil kira sering kali menghalang lonjakan sejak daripada awal Januari 2021 lagi.

    Manakala lonjakan yang lebih agresif pula secara tidak langsung bakal menyokong pergerakan harga mencapai ke paras tertinggi terbaharu yang berkemungkinan akan menuju ke zon rintangan 1.29000.

    Andai kata harga kekal meneruskan terjunan seperti yang dipaparkan pada awal sesi Eropah hari ini, harga dijangka akan kembali menguji zon RBS 1.28000 terlebih dahulu sebelum terjun lebih rendah.

    Penurunan seterusnya berkebarangkalian akan menyaksikan pergerakan harga mencecah ke zon RBS 1.27000 yang sekali gus akan mengubah pergerakan trend untuk menterjemah semula trend bearish.

    Lihat gambar carta harga pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

    USD mula mengukuh nampaknya

    Though trading on financial markets involves high risk, it can still generate extra income in case you apply the right approach. By choosing a reliable broker such as InstaForex you get access to the international financial markets and open your way towards financial independence. You can sign up here.

  10. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,309 Times in 435 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Matawang USD terus memperoleh kesempatan untuk mengukuh sebagai safe-haven berikutan kebimbangan mengenai varian Omicron semakin menggusarkan sentimen pasaran semasa dunia.

    Yakni kebimbangan tersebut serba sedikit mungkin bakal mempengaruhi permintaan minyak global yang di saat ini terus memberikan tekanan kepada pergerakan dolar Kanada untuk kembali melemah.

    Pelabur juga dijangka akan menilai kenyataan yang dilontarkan oleh Menteri Minyak Arab Saudi Abdulaziz Bin Salman mengenai ulasan minyak serta ketegangan geopolitik yang berlaku ketika ini.

    Pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD nampaknya terus menampilkan lonjakan lebih 100 pips di sesi dagangan Isnin sehingga merobek zon RBS (resistance become support) 1.28000.

    Lonjakan itu sama sekali telah menaikkan keyakinan pelabur untuk melihat harga berupaya kembali mencapai paras tertinggi 3 bulan sekitar 1.28500 yang mana ia juga dianggap sebagai zon rintangan.

    Keyakinan tersebut dipertingkatkan lagi selepas pergerakan harga telah kembali didagangkan di atas paras rintangan Moving Average 50 (MA50) dalam memberi gambaran kepada trend bullish.

    Namun pelabur turut berkemungkinan akan membuat penilaian pada zon rintangan 1.28500 setelah zon tersebut boleh diambil kira sering kali menghalang lonjakan sejak daripada awal Januari 2021 lagi.

    Manakala lonjakan yang lebih agresif pula secara tidak langsung bakal menyokong pergerakan harga mencapai ke paras tertinggi terbaharu yang berkemungkinan akan menuju ke zon rintangan 1.29000.

    Andai kata harga kekal meneruskan terjunan seperti yang dipaparkan pada awal sesi Eropah hari ini, harga dijangka akan kembali menguji zon RBS 1.28000 terlebih dahulu sebelum terjun lebih rendah.

    Penurunan seterusnya berkebarangkalian akan menyaksikan pergerakan harga mencecah ke zon RBS 1.27000 yang sekali gus akan mengubah pergerakan trend untuk menterjemah semula trend bearish.

    Lihat gambar carta harga pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

  11. The Following 9 Users Say Thank You to scalperfx For This Useful Post:

    Ashraf (15-12-2021), Avery (15-12-2021), Broc (15-12-2021), Dukan (15-12-2021), Kuven (15-12-2021), letiha (15-12-2021), Liya (15-12-2021), Palti (15-12-2021), Siwo (15-12-2021)

Subscribe to this thread: 1

Open

Tags for this thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •