Analisa Forex Oleh Fxopen - Page 6
Malaysia Forex Forum | Forex Community Place
Malaysia Forex Forum
Page 6 of 41 FirstFirst ... 4 5 6 7 8 16 ... LastLast
Results 51 to 60 of 402

Thread: Analisa Forex Oleh Fxopen

  1. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,309 Times in 435 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Aduh, jatuh balik pula harga emas ni semalam, hari Selasa dah elok pacak tinggi. Apa yang dah jadi ni?

    Pelabur emas semestinya sudah bersedia terhadap pergerakan tak menentu bagi logam kuning tersebut ekoran ketidakpastian krisis peperangan Rusia dan Ukraine berterusan membelenggu pasaran minggu ini.

    Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, dapat diperhatikan harga emas telah melonjak semula mencapai paras ketinggian pada 1950.00.

    Namun momentum positif tersebut gagal dikekalkan semalam apabila harga susut semula ke paras sekitar 1915.00.

    Sementara memantau perkembangan krisis perang, pelabur juga sedang berwaspada terhadap dagangan US dolar menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) di penghujung minggu.

    Pun begitu, pelabur masih optimis untuk emas bergerak dalam trend bullish dengan petunjuk paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD masih menyokong harga daripada susut lebih rendah.

    Berkemungkinan kenaikan harga emas boleh berlaku lagi menuju sekali lagi paras rintangan 1950.00.

    Bagi meneruskan trend bullish, harga bakal menguji semula zon ketinggian yang dicapai minggu lalu sekitar 1974.00 yang telah mencatatkan paras tertinggi sejak September 2020.

    Penurunan harga tetap akan dijangkakan dalam suasana pasaran yang tidak menentu ini selagi krisis Rusia-Ukraine kekal berlarutan.

    Untuk jangkaan penurunan harga emas pula, melepasi bawah paras 1900.00 akan memberi isyarat awal untuk pergerakan bearish harga menuju ke zon RBS (resistance become support) 1870.00.

    Penurunan lanjut harga melepasi zon berikut seterusnya bakal mensasarkan pula sekitar 1850.00 sehingga harga kembali susut semula menuju paras tumpuan 1800.00.

    Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

  2. Senior Member
    Join Date
    Feb 2022
    Posts
    690
    Thanks
    462
    Thanked 4,747 Times in 667 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Kajian Terbuka FX

    Attachment 4074

    Ini adalah broker jenis ECN yang menjalankan perniagaan sejak 2005 di bawah moto "oleh pedagang untuk pedagang". FXOpen adalah telus dengan sejarahnya, menyatakan kemajuan besar untuk setiap tahun, pembaca akan mempunyai gambaran yang lebih baik tentang apa yang mereka lakukan, bagaimana, dan apakah kebimbangan mereka. Domain perniagaan mereka meliputi cawangan Australia dari FXOpen.com.au dan FXOpen.co.uk untuk UK, manakala fxopen.com adalah dari Saint Kitts dan Nevis, negara Carribean tanpa sebarang peraturan.

    Domain UK dan Australia masing-masing mempunyai lesen FCA dan ASIC. Untuk menampung kekurangan peraturan untuk domain Nevis, broker beralih kepada kumpulan "The Financial Commission", sebuah organisasi jawatankuasa pihak ketiga neutral yang menampilkan senarai reputasi broker dan juga Dana Pampasan. Dana Pampasan bertindak sebagai polisi insurans untuk pelanggan ahli. FXOpen membayar untuk menjadi ahli organisasi ini tetapi kami tidak pasti sama ada ia boleh menjadi pengganti ASIC atau FCA.

    Though trading on financial markets involves high risk, it can still generate extra income in case you apply the right approach. By choosing a reliable broker such as InstaForex you get access to the international financial markets and open your way towards financial independence. You can sign up here.

  3. The Following 11 Users Say Thank You to April For This Useful Post:

    Earner (24-02-2022), opp (24-02-2022), pkk (25-02-2022), ROLE (01-03-2022), suni (24-02-2022), toto (25-02-2022), tyer (26-02-2022), Unregistered (4)

  4. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,309 Times in 435 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Perkembangan krisis geopolitik makin tegang, laporan menunjukkan beberapa kawasan di Ukraine telah mula menerima serangan dari Rusia sejak pagi tadi.

    Kesan ketara dapat diperhatikan di seluruh pasaran kewangan dunia termasuk mata wang, saham dan komoditi.

    Emas antara yang mencuri tumpuan dengan lonjakan ketara nilainya sehingga setakat sesi Eropah petang ini (Khamis) ekoran pelabur yang beralih ke arah pelabur selamat dalam suasana pasaran yang berisiko.

    Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, telah menyaksikan harga melonjak sehingga hampir menyentuh paras 1950.00 hari ini!

    Ini adalah paras tertinggi dicatatkan emas untuk tempoh dagangan 13 bulan.

    Sebelum ini harga berlegar di sekitar paras 1900.00 sementara menantikan perkembangan lanjut tentang krisis Rusia dan Ukraine yang bermain tarik tali.

    Namun, peperangan tidak boleh dielakkan lagi dan Rusia memutuskan untuk melancarkan operasi ketenteraan berskala mega dan dilihat sedang memasuki daerah-daerah Ukraine dari setiap penjuru selain turut melancarkan serangan udara.

    Jika situasi perang berterusan, pelabur optimis tiada halangan untuk harga emas mencatatkan kenaikan ke paras lebih tinggi sehingga bersambung pada sesi-sesi berikutnya.

    Kenaikan harga yang berjaya melepasi paras rintangan pada 1950.00 bakal mensasarkan pula kepada paras 2000.00.

    Namun, rintangan 1950.00 yang sebelum ini diuji pada dagangan November 2020 dan Januari 2021 lalu perlu ditembusi dahulu untuk kenaikan selanjutnya.

    Penurunan harga agak sukar untuk berlaku, namun harga boleh menjunam semula jika situasi kembali berubah.

    Penurunan dilihat akan kembali ke paras 1900.00 untuk memberi reaksi bagi isyarat pergerakan selanjutnya harga emas kepada pelabur.

    Dan penurunan lebih rendah akan kembali semula ke zon tumpuan sebelum ini seperti di paras 1850.00 dan 1830.00.

    Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

  5. Senior Member
    Join Date
    Mar 2019
    Posts
    3,440
    Thanks
    185
    Thanked 12,501 Times in 2,495 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 1
    Quote Originally Posted by scalperfx View Post
    Sentimen pasaran sudah kembali berisiko semula?

    Pasaran saham telah alami penurunan ekoran laporan terbaru yang sedikit mengganggu pasaran berkenaan krisis Rusia dan Ukraine yang dilihat kembali hangat.

    Dilaporkan bahawa berlaku serangan mortar dan bom oleh Ukraine di beberapa lokasi LPR (Luhansk People’s Republic) menurut media Rusia, Sputnik.

    Mata wang pulangan tinggi dan sensitif terhadap sentimen seperti dolar Australia dan dolar New Zealand kembali alami tekanan semula sementara US dolar kembali pamer pengukuhan.

    Pada awal sesi Asia, laporan data pekerjaan Australia yang diterbitkan dilihat menyokong dolar Aussie apabila berlaku pertambahan pekerjaan pada Januari walaupun diramalkan tiada kenaikan.

    Namun, sentimen pasaran yang dilihat kembali berisiko telah memberi kesan penyusutan semula dolar Aussie dalam pasaran menuju ke sesi Eropah.

    Pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD, harga telah pamerkan kenaikan 2 hari berturut-turut selepas penurunan harga di awal minggu.

    Kenaikan harga dari paras sokongan 0.71000 telah melepasi rintangan pada 0.71800 dan kenaikan yang diteruskan pada awal sesi Asia pagi ini mencapai paras 0.72100.

    Namun harga telah membuat terjunan semula sekitar 60 pips susulan perubahan sentimen pasaran sehingga susut ke paras 0.71500.

    Namun paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang dicecah kembali menyaksikan harga pantul semula ke sekitar 0.71900 di sesi Eropah.

    Sementara pelabur berwaspada menjelang pembukaan sesi New York pula, penurunan harga bakal dijangkakan untuk menguji semula zon sokongan pada 0.71000.

    Dan penurunan lebih rendah untuk perubahan trend bearish yang lebih jelas dilihat akan menuju paras 0.7000 dan paras support 0.69700.

    Namun jika kenaikan harga diteruskan semula, rintangan pada sekitar 0.72500 akan duji sekali lagi sebelum kenaikan yang diteruskan bakal menuju ke paras jangkaan pada ketinggian 0.72800.

    Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

    pair AU pun ada kesan juga ye dengan peperangan tu

    Though trading on financial markets involves high risk, it can still generate extra income in case you apply the right approach. By choosing a reliable broker such as InstaForex you get access to the international financial markets and open your way towards financial independence. You can sign up here.

  6. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,309 Times in 435 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Sentimen pasaran sudah kembali berisiko semula?

    Pasaran saham telah alami penurunan ekoran laporan terbaru yang sedikit mengganggu pasaran berkenaan krisis Rusia dan Ukraine yang dilihat kembali hangat.

    Dilaporkan bahawa berlaku serangan mortar dan bom oleh Ukraine di beberapa lokasi LPR (Luhansk People’s Republic) menurut media Rusia, Sputnik.

    Mata wang pulangan tinggi dan sensitif terhadap sentimen seperti dolar Australia dan dolar New Zealand kembali alami tekanan semula sementara US dolar kembali pamer pengukuhan.

    Pada awal sesi Asia, laporan data pekerjaan Australia yang diterbitkan dilihat menyokong dolar Aussie apabila berlaku pertambahan pekerjaan pada Januari walaupun diramalkan tiada kenaikan.

    Namun, sentimen pasaran yang dilihat kembali berisiko telah memberi kesan penyusutan semula dolar Aussie dalam pasaran menuju ke sesi Eropah.

    Pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD, harga telah pamerkan kenaikan 2 hari berturut-turut selepas penurunan harga di awal minggu.

    Kenaikan harga dari paras sokongan 0.71000 telah melepasi rintangan pada 0.71800 dan kenaikan yang diteruskan pada awal sesi Asia pagi ini mencapai paras 0.72100.

    Namun harga telah membuat terjunan semula sekitar 60 pips susulan perubahan sentimen pasaran sehingga susut ke paras 0.71500.

    Namun paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang dicecah kembali menyaksikan harga pantul semula ke sekitar 0.71900 di sesi Eropah.

    Sementara pelabur berwaspada menjelang pembukaan sesi New York pula, penurunan harga bakal dijangkakan untuk menguji semula zon sokongan pada 0.71000.

    Dan penurunan lebih rendah untuk perubahan trend bearish yang lebih jelas dilihat akan menuju paras 0.7000 dan paras support 0.69700.

    Namun jika kenaikan harga diteruskan semula, rintangan pada sekitar 0.72500 akan duji sekali lagi sebelum kenaikan yang diteruskan bakal menuju ke paras jangkaan pada ketinggian 0.72800.

    Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

  7. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,309 Times in 435 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat lebih mendatar bergerak dalam zon sama untuk beberapa minggu ini.

    Pound dilihat masih bertahan terhadap tekanan oleh US dolar yang dijangka bakal mendominasi dalam pasaran ekoran sentimen risk-off dengan tumpuan masih terarah kepada krisis Rusia-Ukraine.

    Sesi Eropah pada petang ini bakal memberi perhatian kepada laporan data pekerjaan UK yang bakal dinilai bank pusat sebelum beralih pula kepada terbitan data inflasi UK pada Rabu.

    Meneliti pergerakan harga di awal minggu, harga susut sehingga ke paras 1.13500 yang sekali lagi menjadi paras sokongan buat harga.

    Menguji zon RBS (resistance become support) tersebut, harga pantul semula dan bergerak mendatar di atas paras 1.13500 sehingga ke penutup sesi New York.

    Bersambung pada awal sesi Asia pagi ini, harga menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang bakal memberi isyarat arah selanjutnya.

    Sekiranya US dolar berjaya menambahkan tekanan terhadap Pound, pelabur berkemungkinan melihat harga menjunam lebih rendah melepasi zon RBS 1.35000 untuk trend bearish yang lebih jelas.

    Penurunan lebih rendah dilihat akan menuju sehingga ke paras 1.34000 atau zon support pada 1.33700 jika situasi semasa pasaran berterusan.

    Sebaliknya jika Pound berjaya menyerap tekanan dan mengukuh berbanding US dolar, harga dijangka untuk melepasi rintangan pada 1.35700 sebelum menuju ke paras sekitar 1.36500.

    Bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru 5 minggu sekiranya paras tersebut juga berjaya diatasi dengan jangkaan kenaikan harga seterusnya untuk menuju zon ketinggian sekitar 1.37400.

    Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

  8. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,309 Times in 435 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Sentimen pasaran berisiko yang didorong oleh kebimbangan pasaran terhadap krisis geopolitik Rusia-Ukraine terus memberi impak terhadap pergerakan harga di awal minggu.

    Mata wang safe-haven termasuk Yen Jepun mendapat manfaat dalam situasi sentimen risk-off seperti ini ekoran pelabur beralih kepada pelaburan selamat.

    Jika dinilai pada pergerakan harga carta pasangan mata wang EUR/JPY, corak kenaikan harga pada minggu lalu telah berakhir apabila pengukuhan Yen telah berjaya menekan semula harga lebih rendah pada penutup dagangan penghujung minggu.

    Paras ketinggian sehingga zon 133.00 telah dicapai pada Khamis lalu, namun harga telah menjunam semula ke paras sekitar 130.500 sebelum dagangan minggu lalu berakhir.

    Bersambung pada dagangan awal minggu ini, penurunan harga masih dilihat dengan harga menyentuh paras 130.100 pada Isnin semalam namun harga pantul dan berlegar semula sekitar 130.500 sehingga bersambung pada dagangan hari ini (Selasa).

    Setakat sesi Eropah, harga masih mendatar di bawah paras 130.500 dan pergerakan harga yang kekal di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) turut memberi isyarat bearish.

    Sekiranya sentimen pasaran berisiko terus menyokong pengukuhan Yen, penurunan harga lebih rendah bakal dijangkakan untuk menuju ke zon support 128.400.

    Penurunan lebih rendah pula dilihat bakal mencecah paras 127.400 yang sebelum ini menjadi zon tumpuan harga pada dagangan Disember 2021.

    Sebaliknya jika harga membuat kenaikan semula, zon SBR (support become resistance) pada 131.600 bakal diuji.

    Melepasi paras halangan MA50 pada rangka masa 1 jam pergerakan harga juga akan memberi isyarat awal untuk perubahan trend bullish semula.

    Kenaikan lebih tinggi akan mensasarkan sehingga ketinggian 133.500 yang masih lagi gagal dicapai harga minggu lalu.

    Bagi mata wang Euro, beberapa data ekonomi serta sentimen ekonomi Jerman tinjauan ZEW yang bakal diterbitkan pada sesi Eropah sebentar lagi dijangka mempengaruhi perubahan nilai Euro.

    Lihat gambar carta pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

  9. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,309 Times in 435 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Krisis Rusia-Ukraine yang semakin tegang menjadi tumpuan dunia bersambung pada minggu ini dengan pasaran kewangan turut menerima impak yang ketara.

    Jelas mendapat kelebihan dalam situasi pasaran yang berisiko seperti ini adalah aset-aset selamat dan mata wang safe-haven yang mula mencatatkan peningkatan nilainya ekoran menjadi tarikan kepada para pelabur yang dalam kebimbangan.

    US dolar antara yang dilihat akan mendominasi pada minggu ini sebagai mata wang safe-haven selain disokong oleh terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) minggu lalu yang meningkat ke paras tertinggi 40 tahun.

    Namun pada penutup dagangan minggu lalu, walaupun US dolar dilihat berjaya memberi tekanan terhadap beberapa mata wang utama, sebaliknya yang berlaku terhadap Yen Jepun.

    Yen berjaya mendominasi ke atas raja mata wang tersebut dengan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY menjunam lebih ketara selepas kenaikan yang dicapai sebelumnya.

    Pada Khamis lalu, harga telah berjaya meneruskan kenaikan sehingga ke paras 116.300 mencatatkan paras tertinggi 5 minggu sambil menguji zon rintangan yang telah dicapai pada awal Januari lalu.

    Tetapi pada Jumaat, harga telah membuat penurunan semula hampir mencecah paras sekitar 115.00 sebelum menutup dagangan pada sesi terakhir minggu lalu sekitar 115.500.

    Penurunan harga tersebut juga telah memberi isyarat untuk perubahan trend bearish dengan harga kembali bergerak di bawah paras halangan Moving Aveerage 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta USD/JPY.

    Bersambung pada dagangan pembukaan pasaran minggu ini, harga mendatar di bawah paras 115.500 dengan jangkaan penurunan lebih rendah harga bakal ke paras 114.700 dan support 114.300.

    Sementara itu untuk pergerakan menaik harga pula, paras rintangan pada 116.300 akan kembali menjadi sasaran jika kenaikan harga berlaku.

    Melepasi semula halangan MA50 akan memberi isyarat awal untuk perubahan trend bullish semula.

    Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

  10. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,309 Times in 435 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD menjunam sehingga 130 pips!

    Situasi penurunan harga ini dijangka akan berterusan bersambung sehingga dagangan minggu hadapan selepas pelabur meramalkan pengukuhan lanjut US dolar susulan data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan kukuh ke paras tertinggi 40 tahun.

    Meneliti pergerakan harga pada carta AUD/USD semalam, harga telah memberi reaksi awal pada penerbitan data inflasi AS di mana pengukuhan awal US dolar menekan harga dari paras ketinggian 0.72000 sehingga ke paras 0.71500.

    Namun situasi berubah kemudiannya apabila kejutan penyusutan ketara US dolar yang melonjakkan harga tinggi sehingga mencapai paras ketinggian sekitar 0.72500 dalam masa beberapa jam selepas itu.

    Belum lagi reda dengan pergerakan mengejut harga tersebut, harga sekali lagi berpatah arah untuk menjunam semula di pengujung sesi New York dan penurunan kekal bersambung sehingga sesi Asia dan Eropah pada Jumaat.

    Setakat jam 3 petang waktu tempatan, harga telah susut menuju zon tumpuan pada 0.71000 dengan momentum pengukuhan yang berpihak kepada US dolar.

    Pelabur bakal menjangkakan US dolar bakal mendominasi semula dalam pasaran dengan lonjakan kadar inflasi yang memberi gambaran lebih jelas untuk Federal Reserve (Fed) meneruskan langkah pengetatan polisi.

    Penurunan harga bakal dijangkakan melepasi paras 0.71000 untuk menuju sehingga paras 0.70000 atau paras sokongan 0.69700.

    Sekiranya harga membuat kenaikan pula, zon sekitar 0.71800 dilihat akan menjadi rintangan buat harga.

    Kenaikan harga juga perlu melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang turut berada di zon tersebut untuk memberi isyarat perubahan trend bullish jika berjaya melepasinya.

    Kenaikan lebih tinggi akan kembali menguji puncak harga dicapai semalam sebelum meneruskan kenaikan ke paras tumpuan sekitar 0.72800 hingga 0.73000.

    Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

  11. Senior Member

Subscribe to this thread: 1

Open

Tags for this thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •