Analisa Forex Oleh Fxopen - Page 37
Malaysia Forex Forum | Forex Community Place
Malaysia Forex Forum
Page 37 of 41 FirstFirst ... 27 35 36 37 38 39 ... LastLast
Results 361 to 370 of 402

Thread: Analisa Forex Oleh Fxopen

  1. #42 You can automatically minimize the read posts in your account in the 'General Settings'
    Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,309 Times in 435 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Tumpuan pada sesi pasaran Asia hari ini adalah terarah pada laporan data pekerjaan Australia yang memacu pergerakan nilai matawang dolar AUD.

    Berdasarkan laporan data yang diterbitkan oleh Biro Statistik Australia (ABS), ekonomi telah kehilangan sebanyak -19,000 pekerjaan pada Oktober. Angka tersebut jauh meleset berbanding jangkaan pertambahan pada anggaran 15,000 bilangan pekerjaan.

    Turut menambahkan lagi kebimbangan apabila kadar pengangguran di Australia pada bulan Oktober mencatatkan peningkatan kepada 5.3%, daripada 5.2% bulan sebelumnya. Kenaikan tersebut merupakan paras tertinggi bagi tahun ini.

    Susulan data pekerjaan dikeluarkan, harga pada carta pasangan matawang AUD/USD telah menjunam sekitar 40 pips dari paras ketinggian 0.68400.

    Penyusutan dagangan Aussie turut didorong oleh data ekonomi China yang menyusul dengan bacaan keseluruhan dilihat lemah.

    Bacaan data tahunan pengeluaran perindustrian serta jualan runcit China masing-masing mencatatkan penurunan lebih rendah berbanding jangkaan pasaran.

    Penurunan harga yang ditunjukkan telah melepasi zon support 0.68100 yang diuji ketika dagangan Oktober lalu. Harga kini menuju ke paras lebih rendah dijangka ke paras sekitar support 0.67800.

    Dengan momentum penurunan harga yang terus dikekalkan, harga bakal turun sekitar 40 hingga 50 pips ke paras lebih rendah, mencatatkan paras terendah yang terbaru.

    Namun jika harga kembali melonjak, garisan halangan Moving Average 50 (MA50) perlu dilepasi harga terlebih dahulu sebelum harga menguji zon SBR (support become resistance) pada 0.68500.

    Though trading on financial markets involves high risk, it can still generate extra income in case you apply the right approach. By choosing a reliable broker such as InstaForex you get access to the international financial markets and open your way towards financial independence. You can sign up here.


  2. The Following 10 Users Say Thank You to scalperfx For This Useful Post:

    Ashraf (15-11-2019), Avery (15-11-2019), Unregistered (3), Broc (15-11-2019), Kuven (15-11-2019), Liya (15-11-2019), Palti (15-11-2019), Siwo (15-11-2019)

  3. #41 You can automatically minimize the read posts in your account in the 'General Settings'
    Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,309 Times in 435 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Walaupun Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyatakan bahawa rundingan dagang bersama China masih berjalan lancar, namun keyakinan pelabur terhadap sentimen pasaran kian pudar.

    Ini adalah disebabkan amaran Trump yang menyatakan jika perjanjian perdagangan bersama China gagal dicapai, Amerika Syarikat akan kembali meningkatkan tambahan tarif terbaru terhadap barangan import China.

    Berhubung isu pembelian produk pertanian oleh China yang didesak Amerika, China dikatakan tidak mahu perjanjian yang memihak kepentingan sebelah pihak sahaja.

    Susulan kebimbangan tersebut, dagangan safe-haven termasuk Yen Jepun Swiss franc mendapat kelebihan untuk mengukuh dalam pasaran semasa.

    Namun, pengukuhan Yen agak terbantut ekoran bacaan data pertumbuhan GDP Jepun untuk suku ketiga mencatatkan penurunan kepada 0.1% daripada 0.3% bacaan susku sebelumnya. Penurunan tersebut merupakan angka pertumbuhan paling lemah untuk tahun ini.

    Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang safe-haven USD/JPY, harga telah menunjukkan corak penurunan pada minggu ini.

    Untuk dagangan semalam, harga yang cuba membuat kenaikan menguji garisan halangan Moving Average 50 (MA50) sebelum turun lebih rendah ke zon support mencecah 108.700 pada sesi pasaran New York. Harga kemudiannya mendatar sehingga sesi berakhir.


    Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga cuba untuk turun lebih rendah pada zon support 108.700 namun Yen gagal memberi tekanan terhadap harga.

    Jika harga berjaya turun lebih rendah melepasi zon support tersebut, jangkaan penurunan harga seterusnya akan menuju ke paras sekitar 108.300.

    Manakala penurunan lebih rendah mampu mencecah zon support pada 107.900 jika sentimen pasaran kekal berisiko.

    Namun jika harga kembali menunjukkan kenaikan semula, harga bakal melepasi garisan MA50 dan juga paras tumpuan pada 109.00.

    Kenaikan seterusnya akan menguji zon SBR pada 109.300 sebelum menuju zon resistance pada paras ketinggian 109.500 yang dicapai pada minggu lalu.

    Though trading on financial markets involves high risk, it can still generate extra income in case you apply the right approach. By choosing a reliable broker such as InstaForex you get access to the international financial markets and open your way towards financial independence. You can sign up here.


  4. The Following 10 Users Say Thank You to scalperfx For This Useful Post:

    Ashraf (15-11-2019), Avery (15-11-2019), Unregistered (3), Broc (15-11-2019), Kuven (15-11-2019), Liya (15-11-2019), Palti (15-11-2019), Siwo (15-11-2019)

  5. #40 You can automatically minimize the read posts in your account in the 'General Settings'
    Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,309 Times in 435 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    XRP / USD
    Dari Khamis lalu apabila harga Ripple mencapai paras tertinggi pada $ 0.31222 diukur ke paras semasa pada $ 0.2703 kita telah melihat penurunan 13.58. Harga masih dalam penurunan dan semakin dekat dengan tahap rendah sebelum dan tahap sokongan mendatar pada $ 0.26617 supaya kami dapat melihat interaksi dengan tahap sebelum peningkatan.



    Pada carta 1 jam, kita dapat melihat bahawa harga berada dalam penurunan selepas pembetulan ABC yang lain berakhir tetapi struktur gelombang menimbulkan impulsif. Dari 26 Oktober ketika harga sedang berada di tahap paling rendah sementara kita telah melihat kenaikan lima gelombang di dalam saluran menaik yang mana dua struktur pembetulan dibangunkan. Ini bermakna kejatuhan semasa boleh menjadi struktur ke-3 daripada pembetulan tahap yang lebih tinggi.

    Sekiranya ini benar, maka selepas kemerosotan berakhir, kita akan melihat kesinambungan arah aliran lanjut dan apabila harga sedang mendekati sokongan mendatar yang penting, kami akan segera mendapatkan pengesahan yang diperlukan.

    Though trading on financial markets involves high risk, it can still generate extra income in case you apply the right approach. By choosing a reliable broker such as InstaForex you get access to the international financial markets and open your way towards financial independence. You can sign up here.


  6. The Following 35 Users Say Thank You to scalperfx For This Useful Post:

    Ashraf (13-11-2019), Avery (13-11-2019), Unregistered (25), Broc (13-11-2019), Fareez (13-11-2019), Haniryhana (13-11-2019), Kuven (13-11-2019), Liya (13-11-2019), Palti (13-11-2019), Siwo (13-11-2019), zafril (13-11-2019)

  7. #39 You can automatically minimize the read posts in your account in the 'General Settings'
    Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,309 Times in 435 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    BTC / USD
    Dari semalam harga dibuka pada $ 9095 harga Bitcoin telah menyusut nilai sebanyak 5.25% kerana ia mencapai $ 8617 pada titik paling bawah di mana harga kini sedang diniagakan hari ini.



    Melihat carta 1 jam kita dapat melihat bahawa harga sedang menguji tahap sokongan segitiga menurun. Oleh kerana harga berada dalam lintasan menurun kita dapat melihat kemerosotan selanjutnya tetapi mengingat bahawa kita telah melihat gelombang impulsif sebelum pembentukan segitiga menurun itu kemungkinan besar pembetulan dalam sifat itulah sebabnya saya akan menjangkakan kesinambungan uptrend selepas penurunan berakhir.

    Kami telah melihat ABC ke arah bawah yang diikuti oleh langkah tiga gelombang ke arah terbalik dan kini gelombang lima bergerak ke bawah lagi yang dianggap sebagai struktur ketiga daripada kiraan tahap yang lebih tinggi yang berkembang dengan cara lima gelombang. Ini membawa struktur pembetulan ini menjadi tahap yang lebih tinggi ABC, sebab itulah saya menjangkakan bahawa harga akan bertahan di atas tahap sokongan segitiga.

    Peningkatan yang dijangkakan boleh sama ada gelombang ke-3 dari langkah lima gelombang ke arah terbalik atau ia boleh menjadi gelombang C dari peningkatan pembetulan yang lain dalam hal ini selepas selesainya kita dapat melihat rendah yang lebih rendah berbanding dengan gelombang Y tahap yang lebih tinggi kiraan yang berakhir pada sekitar $ 7378.

    Though trading on financial markets involves high risk, it can still generate extra income in case you apply the right approach. By choosing a reliable broker such as InstaForex you get access to the international financial markets and open your way towards financial independence. You can sign up here.


  8. The Following 34 Users Say Thank You to scalperfx For This Useful Post:

    Ashraf (13-11-2019), Avery (13-11-2019), Unregistered (24), Broc (13-11-2019), Fareez (13-11-2019), Haniryhana (13-11-2019), Kuven (13-11-2019), Liya (13-11-2019), Palti (13-11-2019), Siwo (13-11-2019), zafril (13-11-2019)

  9. #38 You can automatically minimize the read posts in your account in the 'General Settings'
    Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,309 Times in 435 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Tumpuan pasaran semalam terarah pada mesyuarat dasar monetari bank pusat England untuk keputusan penetapan kadar faedah yang terbaru.

    Bank of England (BOE) seperti yang dijangkakan telah mengekalkan kadar faedah di paras 0.75% selain tidak menyelaraskan kos pinjaman menjelang pilihan raya umum pada bulan hadapan.

    Daripada 9 ahli jawatankuasa BOE (MPC) yang mengundi, 7 daripadanya memilih untuk kadar faedah dikekalkan termasuk Gabenor Mark Carney. Namun, 2 ahli MPC iaitu Saunders dan Haskel mengejutkan pasaran dengan undian untuk kadar faedah diturunkan kepada 25 mata asas.

    Dalam ucapan terbaru Gabenor Carney, beliau turut menyentuh berkenaan risiko terhadap ekonomi global dan memberi amaran bahawa situasi no-deal Brexit akan mendorong kepada kehilangan pekerjaan dan juga kemerosotan perniagaan.

    Dengan kenyataan dovish bank pusat, matawang Pound Sterling didagangkan lemah pada sesi pasaran New York semalam melihatkan penurunan jelas pada carta pasangan matawang utama terutamanya pada GBP/USD.

    Dagangan GBP/USD menunjukkan kenaikan pada sesi sebelumnya, sebelum membuat penurunan sekitar 80 pips lebih rendah mencecah paras 1.28000 pada zon support.

    Penurunan tersebut menjadikan 180 pips penurunan harga dari paras ketinggian yang dicapai penghujung minggu lalu.


    Berbeza berbanding dagangan minggu lalu yang menunjukkan siri kenaikan harga, sepanjang minggu ini harga membuat penurunan secara konsisten bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50).

    Harga bergerak mendatar sehingga penghujung sesi New York dan bersambung pada sesi pasaran Asia pagi ini. Pelabur menantikan perkembangan terbaru Brexit untuk isyarat pergerakan harga yang lebih jelas.

    Jika harga berjaya mengekalkan momentum penurunan, harga akan cuba melepasi zon support dan bergerak lebih rendah dari paras 1.27800 untuk mencatatkan paras terendah terbaru harga.

    Namun jika harga kembali pantul membuat kenaikan, paras halangan pada MA50 perlu ditembusi untuk harga meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.

    Though trading on financial markets involves high risk, it can still generate extra income in case you apply the right approach. By choosing a reliable broker such as InstaForex you get access to the international financial markets and open your way towards financial independence. You can sign up here.


  10. The Following 11 Users Say Thank You to scalperfx For This Useful Post:

    Ashraf (11-11-2019), Unregistered (3), Broc (11-11-2019), Haniryhana (13-11-2019), Kuven (11-11-2019), Liya (11-11-2019), Palti (11-11-2019), Siwo (11-11-2019), zafril (13-11-2019)

  11. #37 You can automatically minimize the read posts in your account in the 'General Settings'
    Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,309 Times in 435 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Pada dagangan Khamis, pelabur mula mengambil langkah berwaspada berikutan sentimen pasaran yang dinilai kembali berisiko ekoran keraguan pada perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

    Matawang safe-haven Yen Jepun mencatatkan pengukuhan setelah Reuters melaporkan pegawai tinggi dalam pentadbiran Presiden AS Donald Trump telah memaklumkan bahawa perjanjian perdagangan fasa pertama bersama China yang dijadualkan akan ditandatangani pada bulan ini bakal ditangguhkan sehingga Disember.

    Sementara dagangan Pound Sterling mula bergerak pasif berikutan pelabur berhati-hati menantikan keputusan mesyuarat polisi monetari bank pusat England edisi November.

    Pasaran menjangkakan tiada perubahan polisi dan kadar faedah akan masih dikekalkan namun kenyataan susulan oleh gabenor akan menjadi tumpuan pelabur untuk isyarat dasar yang lebih jelas ke arah mesyuarat yang seterusnya.

    Di samping itu juga, pelabur turut mengikuti perkembangan tinjauan pilihan raya umum UK pada Disember ini sebelum menunggu tarikh akhir pengunduran Brexit yang terbaru pada 31 Januari 2020 nanti.

    Pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/JPY antara yang menjadi tumpuan pada dagangan minggu ini.


    Setelah mencapai paras ketinggian pada zon resistance 140.700 pada Selasa, harga mula menunjukkan penurunan kembali berikutan risiko yang melanda pasaran menyokong pengukuhan Yen untuk menekan harga ke paras lebih rendah.

    Sehingga setakat sesi pasaran Asia pagi ini, harga telah membuat penurunan lebih 100 pips dan bergerak di paras paras Moving Average 50 (MA50) yang memberi isyarat trend penurunan harga.

    Penurunan lebih rendah harga dijangka akan menguji zon support pada 139.200 dengan tambahan 50 hingga 60 pips lagi penurunan.

    Namun berwaspada jika harga kembali membuat lonjakan dan cuba melepasi garisan MA50, harga akan kembali menguji zon resistance 140.700 sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi mencatatkan paras ketinggian dua minggu terbaru.

    Though trading on financial markets involves high risk, it can still generate extra income in case you apply the right approach. By choosing a reliable broker such as InstaForex you get access to the international financial markets and open your way towards financial independence. You can sign up here.


  12. The Following 22 Users Say Thank You to scalperfx For This Useful Post:

    Ashraf (08-11-2019), Avery (08-11-2019), Unregistered (14), Broc (08-11-2019), Haniryhana (13-11-2019), Kuven (08-11-2019), Liya (08-11-2019), Palti (08-11-2019), Siwo (08-11-2019)

  13. #36 You can automatically minimize the read posts in your account in the 'General Settings'
    Senior Member
    Join Date
    Mar 2019
    Posts
    3,440
    Thanks
    185
    Thanked 12,532 Times in 2,495 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 1
    yang mana nak tahu harga semasa dan jangkaan pergerakan harga matawang kripto boleh rujuk pada thread ni

    Though trading on financial markets involves high risk, it can still generate extra income in case you apply the right approach. By choosing a reliable broker such as InstaForex you get access to the international financial markets and open your way towards financial independence. You can sign up here.


  14. The Following 4 Users Say Thank You to Fareez For This Useful Post:

    Unregistered (3), Haniryhana (13-11-2019)

  15. #35 You can automatically minimize the read posts in your account in the 'General Settings'
    Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,309 Times in 435 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    XRP / USD
    Harga Ripple telah meningkat dari semalam pada $ 0.2903 oleh 5.55% kerana ia mencapai $ 0.3064 pada titik tertinggi hari ini. Pada masa ini, harga sedang diniagakan sedikit di bawah paras $ 0.3 tetapi harganya berada dalam lonjakan keseluruhan secara keseluruhan.



    Pada carta 1 jam, anda dapat melihat bahawa harga membuat pelarian dari segitiga yang terbentuk selepas percubaan kedua harga untuk mengekalkan di atas paras mendatar yang ketara pada $ 0.29405 gagal. Kerana harga telah menunjukkan tanda-tanda kenaikkan selepas ia berjaya memegang di atas 0 Fib tahap peningkatan yang dilihat boleh menjadi tanda pertama bahawa harga adalah untuk memegang di atas sokongan mendatar tetapi kita dapat melihat peningkatan pembetulan yang lain adalah untuk menguji wilayah penjual di atas.

    Memandangkan harga tidak membuat yang lebih tinggi berbanding dengan yang dibuat pada 26 Oktober apabila percubaan kedua telah dibuat kita masih tidak boleh mengatakan bahawa harga memecahkan tahap mendatar yang disebutkan. Jika harga terus bergerak ke arah atas dari sini dan membuat interaksi dengan tahap Fib seterusnya dalam lingkungan sekitar $ 0.325 ia akan menjadi satu petanda yang baik, tetapi jika harga tidak berjaya melebihi $ 0,309 tinggi sebelum jatuh di bawah 0 Fib Tahap sekali lagi ia kemungkinan besar akan menunjukkan kelemahan lebih lanjut untuk harga Ripple dalam tempoh yang akan datang.

    Though trading on financial markets involves high risk, it can still generate extra income in case you apply the right approach. By choosing a reliable broker such as InstaForex you get access to the international financial markets and open your way towards financial independence. You can sign up here.


  16. The Following 19 Users Say Thank You to scalperfx For This Useful Post:

    Ashraf (06-11-2019), Avery (06-11-2019), Unregistered (11), Broc (06-11-2019), Haniryhana (13-11-2019), Kuven (06-11-2019), Liya (06-11-2019), Palti (06-11-2019), Siwo (06-11-2019)

  17. #34 You can automatically minimize the read posts in your account in the 'General Settings'
    Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,309 Times in 435 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    BTC / USD
    Harga rendah pada $ 9160, harga Bitcoin meningkat sebanyak 3.78% diukur kepada penutupan lilin setiap jam pada titik tertinggi hari ini iaitu sekitar $ 9500. Sejak Rabu lepas apabila harga berada tepat di bawah tahap 1 Fib, kita telah melihat pembentukan saluran menaik dan harga semula ujian tahap perlawanan semalam dengan sumbu dari bahagian atas lilin setiap jam. Oleh kerana perlawanan telah membuktikan harga mula bergerak ke arah bawah lagi dan mengulangi sokongan sokongan tahap sokongan di sana yang membuktikan hubungan saluran sekali lagi. Seperti yang anda dapat lihat dari carta sejam sebelum pembentukan saluran menaik, kami telah melihat segitiga simetri dari mana harga membuat penembusan dari kelemahan tetapi tidak berada di bawah paras Fib yang signifikan pada $ 9136 kerana ia berfungsi sebagai sokongan. Kita dapat melihat penyempurnaan pembetulan ABC selepas satu langkah impulsif ke arah terbalik tetapi gelombang C hanya datang sedikit di atas titik akhir gelombang A yang tidak menjamin.



    Satu lagi kemungkinan adalah bahawa saluran menaik adalah struktur ke-2 daripada langkah tiga gelombang ke arah bawah yang mana satu pelarian di bawah tahap 1 Fib akan dilihat dan mengapa tahap berfungsi sebagai titik pivot.

    Though trading on financial markets involves high risk, it can still generate extra income in case you apply the right approach. By choosing a reliable broker such as InstaForex you get access to the international financial markets and open your way towards financial independence. You can sign up here.


  18. The Following 11 Users Say Thank You to scalperfx For This Useful Post:

    Ashraf (06-11-2019), Avery (06-11-2019), Unregistered (3), Broc (06-11-2019), Haniryhana (13-11-2019), Kuven (06-11-2019), Liya (06-11-2019), Palti (06-11-2019), Siwo (06-11-2019)

  19. #33 You can automatically minimize the read posts in your account in the 'General Settings'
    Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,309 Times in 435 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Carta pasangan matawang AUD/USD antara yang menjadi tumpuan pelabur pada sesi pasaran Asia hari ini berikutan fokus terarah pada mesyuarat dasar monetari bank pusat Australia (RBA) sebentar lagi.

    Dengan jangkaan kadar faedah bakal dikekalkan oleh RBA untuk mesyuarat edisi November, para penganalisis pasaran akan memberi tumpuan terhadap kenyataan susulan bank pusat untuk unjuran polisi monetari yang akan datang.

    Dagangan dolar Australia diniagakan lemah sejak semalam, permulaan yang kurang baik buat Aussie ekoran pasaran menyaksikan penurunan bacaan pada data jualan runcit Australia untuk bulan September.

    Dilihat pergerakan harga pada carta AUD/USD sejak semalam, harga membuat penurunan 50 pips dari paras zon resistance sekitar 0.69250 kembali menguji paras support 0.68800 yang juga merupakan zon RBS (resistance become support).

    Penurunan harga tersebut turut didorong oleh pengukuhan dolar USD berikutan laporan pada awal minggu berkenaan perkembangan positif rundingan dagang AS-China yang memulihkan sentimen pasaran semasa.

    Pasaran kini menantikan keputusan mesyuarat dasar monetari RBA sebentar lagi untuk pergerakan harga yang lebih jelas.


    Jika keputusan mesyuarat positif dan berjaya menyokong kembali pengukuhan dolar AUD, harga bakal kembali membuat kenaikan dan melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) sebelum menguji semula zon resistance di bawah paras 0.69300.

    Namun jika sebaliknya yang berlaku, harga bakal meneruskan penurunan lebih rendah dari zon RBS 0.68800 dan berkemungkinan akan menuju paras-paras tumpuan harga yang lebih rendah sekitar 0.68300.

    Penurunan lebih rendah akan menguji zon support pada 0.68100 yang gagal ditembusi harga pada dagangan penghujung Oktober yang lalu.

    Nantikan keputusan mesyuarat polisi RBA dan lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD untuk rujukan teknikal analisis anda.

    Though trading on financial markets involves high risk, it can still generate extra income in case you apply the right approach. By choosing a reliable broker such as InstaForex you get access to the international financial markets and open your way towards financial independence. You can sign up here.


  20. The Following 9 Users Say Thank You to scalperfx For This Useful Post:

    Ashraf (06-11-2019), Unregistered (3), Broc (06-11-2019), Haniryhana (13-11-2019), Kuven (06-11-2019), Liya (06-11-2019), Palti (06-11-2019)

Subscribe to this thread: 1

Open

Tags for this thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •