Analisa Forex Oleh Fxopen - Page 8
Malaysia Forex Forum | Forex Community Place
Malaysia Forex Forum
Page 8 of 41 FirstFirst ... 6 7 8 9 10 18 ... LastLast
Results 71 to 80 of 402

Thread: Analisa Forex Oleh Fxopen

  1. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,665 Times in 448 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Sentimen pasaran dinilai kembali berisiko susulan kemerosotan pasaran saham global dengan indeks-indeks utama mengalami penurunan.

    Sementara menjadi tumpuan adalah lonjakan hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) yang turut telah menyokong kenaikan nilai US dolar di samping sentimen risk-off.

    Mata wang pulangan tinggi seperti dolar Australia dan dolar New Zealand pula kembali alami penyusutan nilai pada minggu ini.

    Seperti yang diteliti pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD, pelabur menyaksikan tekanan US dolar ke atas dolar Aussie berbanding minggu sebelum ini.

    Harga telah membuat penurunan dari paras ketinggian 0.73100 yang dicapai Rabu lalu sehingga kembali semula ke zon 0.71800 bersambung pada dagangan hari ini (Rabu).

    Bagi pelabur Aussie, tumpuan bakal terarah kepada laporan data pekerjaan Australia pada sesi Asia esok hari (Khamis) yang berkemungkinan akan memberi kesan terhadap penyusutan nilai ekoran jangkaan penurunan pada angka pertambahan pekerjaan bulan Disember 2021.

    Sekiranya laporan tersebut kurang memuaskan, harga bakal meneruskan penurunan lebih rendah setelah melepasi zon 0.71800 sebagai zon sokongan semasa buat harga.

    Penurunan lanjut yang diteruskan bakal menguji semula zon sokongan pada 0.71100-0.71000 untuk catatkan paras terendah terbaru 4 minggu.

    Namun, jika harga kembali melonjak semula selepas mendatar di atas zon 0.71800, berkemungkinan akan memberi petunjuk awal untuk perubahan trend bullish.

    Zon 0.72300 akan menjadi rintangan bagi kenaikan harga sebelum kenaikan yang diteruskan akan menjadikan sasaran seterusnya pada zon 0.72800 dan zon 0.73100 yang menjadi tumpuan sebelum ini.

    Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  2. The Following 4 Users Say Thank You to scalperfx For This Useful Post:

    Unregistered (4)

  3. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,665 Times in 448 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dilihat lebih mendatar pada minggu ini berbanding corak kenaikan harga yang dipamerkan minggu lalu.

    Sentimen pasaran yang berisiko memberi kelebihan kepada aset pelabur selamat seperti emas untuk mencatatkan peningkatan nilainya.

    Namun, tekanan dihadapi ekoran US dolar juga turut mengukuh dalam pasaran sebagai mata wang safe-haven, disokong oleh lonjakan hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS).

    Zon harga 1830.00 masih menjadi halangan untuk kenaikan harga emas pada carta XAU/USD dengan terdapat petunjuk awal untuk pergerakan menurun harga pada minggu ini.

    Harga telah bergerak mendatar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam, berlegar di sekitar zon 1815.00.

    Harga dilihat lebih cenderung untuk bergerak lebih rendah menuju semula zon tumpuan pada 1800.00.

    Untuk trend bearish harga yang lebih jelas, selepas penurunan harga di bawah paras 1800.00, zon sokongan harga sebelum ini sekitar 1785.00 dan juga 1760.00 akan kembali menjadi tumpuan.

    Sebaliknya, jika harga berjaya melonjak semula selepas ‘berehat’ sejak penghujung minggu lalu, kenaikan dilihat akan menguji zon rintangan 1830.00.

    Reaksi harga pada zon tersebut akan memberi isyarat kepada pelabur sama ada harga mampu meneruskan kenaikan lebih tinggi sekaligus mencatatkan paras ketinggian terbaru 8 minggu.

    Untuk jangkaan pergerakan menaik harga, paras tumpuan akan terarah sekitar zon 1850.00 dan seterusnya pada 1870.00 yang merupakan zon rintangan yang diuji pada dagangan November lalu.

    Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  4. The Following 3 Users Say Thank You to scalperfx For This Useful Post:

    Unregistered (3)

  5. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,665 Times in 448 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Tumpuan bagi pelabur Pound akan terarah pada terbitan laporan pertumbuhan ekonomi UK menerusi data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk November 2021 pada sesi Eropah sebentar lagi.

    Untuk sementara itu, Pound terus pamerkan aksi cemerlang khususnya berbanding US dolar yang memberi ruang ekoran penyusutan yang berlaku selepas reaksi terhadap kadar inflasi AS yang melonjak.



    Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga telah mengekalkan corak kenaikan sehingga dagangan Khamis semalam ke paras ketinggian 1.37400.

    Trend bullish kekal diteruskan untuk beberapa minggu ini dan berkemungkinan boleh bersambung pada minggu hadapan.

    Namun situasi tersebut memerlukan US dolar kekal bergerak lemah dalam pasaran. Jika sebaliknya yang berlaku, penurunan harga bakal disaksikan semula.

    Penurunan harga yang kembali bergerak di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi isyarat untuk perubahan trend bearish.

    Pelabur akan memberi tumpuan pada paras-paras penting sebelum untuk penurunan harga seperti pada zon 1.36000 atau lebih rendah pada 1.35000.

    Namun, sekiranya harga berterusan membuat kenaikan pada penghujung minggu ini, paras ketinggian tebraru 11 minggu akan terus dicatatkan.

    Sasaran kenaikan lebih tinggi dilihat akan menuju zon 1.38300 yang merupakan zon rintangan pernah diuji pada dagangan Oktober 2021 yang lalu.

    Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  6. The Following 6 Users Say Thank You to scalperfx For This Useful Post:

    Unregistered (6)

  7. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,665 Times in 448 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Perubahan trend harga disaksikan pelabur pada carta pasangan mata wang USD/JPY apabila corak kenaikan harga gagal dikekalkan pada dagangan awal Januari 2022.

    Pelabur kekal memantau sentimen pasaran semasa yang terus mempengaruhi pergerakan bagi kedua-dua mata wang safe-haven US dolar dan Yen.

    Jika diperhatikan sebelum ini, harga telah bergerak kukuh sehingga mencapai paras tertinggi 5 tahun pada dagangan penghujung tahun 2021 sehingga bersambung pada minggu pertama pembukaan dagangan tahun 2022.

    Namun, harga mula memperlihatkan corak yang lebih menurun selepas paras ketinggian dicapai pada 116.300.

    Pada mulanya penganalisis melihat berlaku pembetulan harga (correction) pada minggu lalu, namun penurunan lebih rendah berlaku memberi isyarat untuk trend bearish bakal bermula.

    Harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sejak penghujung minggu lalu dan bersambung ke minggu ini.

    Minggu ini menyaksikan harga menjunam lebih parah susulan faktor penyusutan US dolar dalam pasaran dan menamatkan cubaan harga untuk mengekalkan trend bullish sebelum ini.

    Pada dagangan Khamis semalam, harga membuat penurunan sehingga ke paras 114.00, dan bersambung pada dagangan hari ini (Jumaat), penurunan kekal berlanjutan sehingga ke paras sekitar 113.650 setakat sesi Eropah.

    Penurunan harga bakal dijangkakan menuju sehingga ke paras sokongan 113.300 untuk catatkan paras terendah terbaru 4 minggu.

    Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal.


  8. The Following 4 Users Say Thank You to scalperfx For This Useful Post:

    Unregistered (4)

  9. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,665 Times in 448 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    US dolar pada dagangan awal minggu ini dilihat masih belum memberikan arah pergerakan yang jelas selepas laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan penghujung minggu lalu mengecewakan.

    Sementara pelabur menantikan pula laporan data inflasi AS pada Rabu, US dolar dilihat membuat kenaikan dan penurunan pada sesi pasaran yang berbeza-beza.

    Ucapan Jerome Powell akan menjadi tumpuan para pelabur pada acara pencalonan semula Pengerusi Federal Reserve (Fed) di hadapan Jawatankuasa Perbankan Senat untuk petunjuk bagi dasar monetarinya malam ini.

    Justerut, buat masa ini pelabur akan terus berwaspada terhadap perubahan pergerakan arah harga khususnya buat US dolar.



    Meneliti carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga menunjukkan corak penurunan semula pada pembukaan pasaran awal minggu semalam, tidak meneruskan lonjakan yang dilakukan pada Jumaat lalu susulan reaksi terhadap laporan NFP.

    Pada dagangan Isnin semalam, harga dilihat mempamerkan penurunan harian sekitar 70 pips sejak sesi Asia bermula sehingga bersambung ke awal sesi New York, menunjukkan US dolar berjaya memberi tekanan terhadap Euro.

    Namun, menuju ke penghujung sesi New York, harga telah pantul membuat kenaikan semula dari paras terendah harian sekitar 1.12870 ke paras sekitar 1.13250 untuk menutup dagangan di sekitar paras tersebut.

    Kembali memberi isyarat untuk corak kenaikan harga apabila harga mula bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dan menyambung kenaikan pada awal sesi Asia pagi ini (Rabu).

    Masih lagi zon 1.14000 menjadi sasaran bagi kenaikan yang dijangka bakal diteruskan oleh harga sekiranya US dolar kekal lemah.

    Melepasi rintangan tersebut barulah harga akan mencatatkan paras ketinggian terbaru selepas 8 minggu berkemungkinan menuju paras sekitar 1.14500.

    Sebaliknya jika harga menjunam dengan faktor yang mengukuhkan kembali US dolar, zon support harga berada pada zon sekitar 1.12500-1.12400 akan kembali menjadi tumpuan pada penurunan harga.

    Penurunan yang diteruskan masih lagi dijangka untuk menguji zon support utama harga pada tahun 2021 iaitu sekitar 1.12000.

    Lihat gambar carta harga pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  10. The Following 2 Users Say Thank You to scalperfx For This Useful Post:

    Unregistered (2)

  11. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,665 Times in 448 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga masih bergerak dalam trend bullish.

    Kenaikan harga yang dipaparkan sehingga minggu lalu terbatas pada paras rintangan 1.36000 yang merupakan zon tertinggi dicapai harga sejak November.

    Penurunan harga dilihat semalam dari zon 1.36000 sebelum membuat penurunan 70 pips di sesi Eropah sehingga bersambung ke awal sesi New York.

    Selepas turun ke paras sekitar 1.35300, harga meningkat semula di penghujung sesi menuju semula ke zon rintangan 1.36000 bersambung ke sesi pasaran Asia pagi ini (Selasa).

    Pound dijangka akan menantikan terbitan laporan pertumbuhan ekonomi UK pada penghujung minggu untuk reaksi harga yang lebih menarik.

    Sementara itu, tumpuan akan terarah dahulu pada ucapan Jerom Powell hari ini serta laporan data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.



    Sekiranya harga membuat kenaikan lebih tinggi melepasi zon rintangan 1.36000, harga bakal catat paras tertinggi terbaru 10 minggu.

    Sasaran untuk kenaikan lebih tinggi adalah dilihat pada paras sekitar 1.36500 yang sebelum ini dilihat sebagai zon SBR (support become resistance) pada dagangan penghujung tahun lalu.

    Namun jika zon 1.36000 tetap gagal ditembusi dan harga menjunam semula, perubahan trend bearish harga mungkin bakal bermula.

    Paras sokongan harga dilihat pada 1.35000 yang berjaya menyokong kenaikan harga minggu lalu.

    Penurunan yang diteruskan akan menuju paras tumpuan pada 1.34000 dan zon SBR (support become resistance) sekitar 1.33500.

    Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  12. The Following 5 Users Say Thank You to scalperfx For This Useful Post:

    Unregistered (5)

  13. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,665 Times in 448 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    US dolar kembali paparkan pergerakan suram berbanding Yen selepas berjaya berjaya capai paras tertinggi 5 tahun pada minggu lalu.

    Pada carta harga pasangan mata wang USD/JPY, harga telah mula paparkan corak yang lebih mendatar selepas mencapai paras ketinggian 116.300 pada Selasa lalu.

    Pelabur mula melihat harga yang kehilangan momentum mula memberi isyarat untuk penurunan harga, dengan paras sokongan terhampir harga pada 115.500.

    Turut memberi petunjuk awal bagi perubahan trend bearish apabila harga bergerak di bawah paras rintangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

    Namun, harga berkemungkinan boleh kembali meneruskan kenaikan semula sekiranya zon sokongan 115.500 berjaya melonjakkan semula harga lebih tinggi.

    Pelabur akan menilai sentimen pasaran di awal minggu ini dengan memantau beberapa faktor-faktor yang menjadi tumpuan dan boleh mempengaruhi kedua-dua mata wang safe-haven Yen dan US dolar.

    Sekiranya trend bullish harga pada carta USD/JPY bersambung lagi pada minggu ini, paras rintangan 116.300 akan kembali diuji sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi.

    Melepasi rintangan tersebut akan mendorong harga catat paras ketinggian terbaru lagi selepas paras tertinggi pada dagangan sebelum ini adalah sejak Januari 2017 lalu.

    Sebaliknya jika harga menjunam lebih rendah melepasi paras sokongan 115.500, penurunan seterusnya akan menuju pula paras tumpuan pada kenaikan sebelum ini iaitu sekitar 114.700 dan zon 114.300.

    Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  14. The Following 4 Users Say Thank You to scalperfx For This Useful Post:

    Unregistered (4)

  15. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,665 Times in 448 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Pelabur emas menarik nafas lega apabila dagangan pada penghujung minggu lalu menyaksikan emas terselamat daripada mengalami penurunan nilai lebih parah selepas laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diberikan tumpuan.

    Jangkaan untuk melihat laporan yang positif meleset apabila pertambahan pekerjaan di AS pada Disember lebih rendah berbanding jangkaan peningkatan.

    Faktor yang mendorong penyusutan bagi nilai US dolar memberi ruang untuk harga emas kembali melonjak semula pada minggu ini.

    Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar melihatkan harga pada mulanya membuat penurunan awal sekitar 1783.00 susulan reaksi terhadap terbitan laporan NFP.

    Harga kemudiannya meningkat sehingga hampir semula menyentuh paras penting 1800.00 sebelum mendatar perlahan di bawahnya ke penghujung sesi.

    Harga mengalami kesukaran untuk menembusi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sehingga dagangan bersambung pada pembukaan sesi Asia pagi ini.

    Sesi Eropah melihatkan harga sedikit melepasi halangan MA50 yang berkemungkinan menjadi isyarat awal untuk corak kenaikan harga emas semula.

    Sekiranya harga berjaya melepasi rintangan 1800.00, zon-zon rintangan tumpuan sebelum ini sekitar 1815.00 serta zon rintangan 1830.00 bakal beri reaksi menarik pada kenaikan harga.

    Sementara untuk jangkaan penurunan harga jika diteruskan bakal melepasi zon sokongan pada 1785.00 selepas beberapa minggu zon tersebut berjaya menghalang kejatuhan lebih rendah.

    Penurunan yang diteruskan bakal menuju zon support pada 1760.00 untuk mencatatkan paras terendah terbaru 4 minggu.

    Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  16. The Following 2 Users Say Thank You to scalperfx For This Useful Post:

    Unregistered (2)

  17. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,665 Times in 448 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Kedudukan raja matawang USD nampaknya sedikit tersungkur dek kerana sentimen pasaran kembali pulih (risk-on) apabila kebanyakan pakar mendapati bahawa jangkitan Omciron tidak lah begitu serius.

    Aspek berkenaan sama sekali telah pun menyumbang kepada keghairan pasaran untuk meningkatkan permintaan minyak mentah global yang mana ia telah mewarnai dolar Kanada untuk kekal mengukuh.

    Namun dalam pada itu, USD juga mungkin mampu untuk memberi kejutan jika dinilai kepada ucapan hawkish yang disampaikan Federal Reserve (Fed) berkaitan langkah tapering yang ingin disegerakan.

    Pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD kelihatan kembali mempamer penurunan hampir 200 pips untuk mencecah semula ke zon 1.28000 setelah mencatat paras tertinggi terbaharu.

    Yakni harga telah pun berjaya mencatat rekod terbaharu dalam tempoh 13 minggu pada paras sekitar 1.29600 yang mana ia juga merupakan benteng sokongan paling kebal pada tahun 2019 dan 2020 lalu.

    Tetapi pergerakan harga di dagangan awal minggu ini (Isnin) tampaknya seakan sedang menghasilkan rentak kenaikan selepas harga telah mula bergerak di atas paras rintangan Moving Average 50 (MA50).

    Faktor ini tentunya secara tidak langsung akan memberi gambaran awal kepada pelabur untuk harga pada carta USD/CAD kembali mempamer kenaikan agresif yang dijangka akan menguji paras 1.28500.

    Keupayaan untuk pergerakan harga mencapai semula ke paras 1.28500 itu sama sekali bakal memberi keyakinan kepada pelabur untuk sekali lagi mencuba zon 1.29000 dalam mengekalkan corak uptrend.

    Namun sebaliknya zon RBS (resistance become support) 1.28000 berkemungkinan akan terus menjadi tumpuan andai kata harga kembali meneruskan penurunan seperti yang dipaparkan pada minggu lalu.

    Penurunan lebih rendah barangkali bakal menekan harga untuk menjejaki semula ke zon RBS 1.27000 dan jangkaan bahawa pergerakan harga mungkin akan mampu susut sehingga zon sokongan 1.26000.

    Lihat gambar carta harga pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  18. The Following 4 Users Say Thank You to scalperfx For This Useful Post:

    Unregistered (4)

  19. Senior Member
    Join Date
    Mar 2019
    Posts
    3,440
    Thanks
    185
    Thanked 18,614 Times in 2,826 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 1
    Quote Originally Posted by scalperfx View Post
    Matawang Pound terus tidak melepaskan peluang terhidang untuk mengukuh pada dagangan minggu ini di kala matawang safe-haven termasuk Yen makin kurang mendapat permintaan pasaran ketika ini.

    Hal ini berlaku disebabkan sentimen pasaran yang kembali pulih (risk-on) angkara terdapat beberapa kenyataan dari pakar yang menjelaskan bahawa jangkitan varian Omicron tidak begitu menggusarkan.

    Impak daripada kenyataan Bank of England (BOE) yang membuat langkah kenaikan kadar faedah pada mesyuarat sebelum ini mungkin turut boleh diambil kira sebagai asbab kenapa Pound mampu kukuh.

    Pergerakan harga pada carta GBP/JPY tampaknya terus menonjolkan persembahan cemerlang setelah merekod lonjakan mingguan setakat ini melebihi 300 pips selepas susut pada penghujung minggu lalu.

    Lonjakan tersebut juga sama sekali telah kembali menguji paras ketinggian yang dicapai pada minggu lalu sekitar 152.600-152.000 yang mana ia turut dinilai sebagai zon SBR (support become resistance).

    Bukan itu sahaja, pelabur berkemungkinan bakal menilai reaksi lonjakan itu seakan sedang menunjuk isyarat perubahan trend selepas harga telah pun menembusi trendline resistance di timeframe harian.

    Keadaan ini tentunya akan menyokong pelabur dalam membuat sasaran terawal pada zon berikutnya 153.000 untuk kembali diterajui andai kata pergerakan harga terus cemerlang memapar trend bullish.

    Yakni trend bullish lebih jelas kelihatan berikutan harga terus bergerak di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) yang mungkin akan berupaya memacu lonjakan agresif untuk menuju zon 155.000.

    Namun demikian terdapat juga jangkaan bahawa pergerakan harga berkebarangkalian akan menjejaki semula zon RBS (resistance become support) pada 151.000 sekiranya harga kembali papar penurunan.

    Kecenderungan dalam membuat penurunan harga yang lebih rendah dijangka akan mendorong harga mencecah ke zon sokongan yang paling kukuh sepanjang 9 bulan yang diperhatikan pada zon 149.000.

    Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

    penjelasan yang terperinci. teruskan berkongsi analisis tuan

    Though trading on financial markets involves high risk, it can still generate extra income in case you apply the right approach. By choosing a reliable broker such as InstaForex you get access to the international financial markets and open your way towards financial independence. You can sign up here.


  20. The Following 5 Users Say Thank You to Fareez For This Useful Post:

    Unregistered (5)

Subscribe to this thread: 1

Open

Tags for this thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •