Analisa Forex Oleh Fxopen - Page 5
Malaysia Forex Forum | Forex Community Place
Malaysia Forex Forum
Page 5 of 41 FirstFirst ... 3 4 5 6 7 15 ... LastLast
Results 41 to 50 of 402

Thread: Analisa Forex Oleh Fxopen

  1. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,308 Times in 435 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Jom teliti pergerakan harga bagi mata wang safe-haven US dolar dan Yen pula pada minggu ini.

    Sebelum ini kedua-dua mata wang tersebut dipacu oleh krisis perang antara Rusia dan Ukraine yang berlarutan beberapa minggu dan mempengaruhi sentimen pasaran.

    Namun, setelah panik yang tercetus semakin mereda walaupun peperangan masih berlarutan, pelabur mula memberi reaksi dan tumpuan pula terhadap dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) dan Bank of Japan (BOJ) minggu lalu.

    Fed yang memilih pengetatan dasar dengan mengumumkan kenaikan kadar faedah, sementara BOJ pula mengekalkan kadar faedah dan dasar yang longgar, telah memberi arah yang lebih jelas untuk pergerakan harga bagi pasangan mata wang safe-haven USD/JPY.

    Harga telah berjaya memaparkan corak kenaikan untuk beberapa minggu kebelakangan ini dan kenaikan yang berjaya diteruskan pada penghujung minggu lalu telah mengatasi ketinggian dicapai pada Januari 2017.

    Sesi New York pada Jumaat lalu telah menyaksikan kenaikan harga mencapai paras ketinggian sekitar 119.400, iaitu paras tertinggi terbaru sejak Januari 2016!

    Harga masih lagi menunjukkan isyarat untuk bergerak dalam trend bullish disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY, selepas mencapai paras tertinggi terbaru dalam tempoh 6 tahun.

    Jika situasi berterusan bersambung pada minggu ini, harga berkemungkinan boleh melepasi paras 120.00 dan mencapai ketinggian terbaru lagi sekitar 120.500.

    Walaupun begitu, pelabur tetap perlu berwaspada sekiranya harga membuat kejutan dengan menjunam semula ke bawah.

    Paras sokongan terhampir harga dilihat berada di paras 118.00 sebelum penurunan yang diteruskan pada perubahan trend bearish bakal menuju semula sehingga zon 116.300.

    Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  2. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,308 Times in 435 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Dagangan emas bergerak suram pada penghujung minggu lalu selepas corak kenaikan harga yang dipaparkan susulan reaksi terhadap keputusan mesyuarat FOMC gagal dikekalkan.

    Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar minggu lalu telah menyaksikan harga menjunam sehingga ke paras support 1900.00.

    Namun selepas keputusan mesyuarat FOMC, US dolar bergerak lemah dalam pasaran memberi ruang untuk harga emas kembali meningkat semula.

    Walaupun kenaikan harga berlaku, harga terhalang pada paras rintangan 1950.00 sebelum mengakhiri dagangan di penghujung sesi New York minggu lalu sekitar 1920.00.

    Menyambung dagangan pada pembukaan awal minggu ini, harga masih bergerak perlahan di sekitar penutupan harga tersebut sejak sesi Asia bersambung ke sesi Eropah.

    Pelabur mula menilai isyarat bagi perubahan trend bearish selepas harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD.

    Perkembangan krisis perang Rusia-Ukraine akan terus dipantau pada minggu ini yang bakal mempengaruhi pergerakan emas semasa.

    Jangkaan untuk US dolar kembali mengukuh selepas ini juga membuatkan pelabur emas terus berhati-hati dan bersedia jika harga emas susut semula.

    Sekiranya harga membuat penurunan, paras sokongan pada 1900.00 akan kembali diuji pada minggu ini.

    Jika harga berjaya tembusi paras tersebut, paras tumpuan seterusnya pada 1870.00 atau lebih rendah pada 1830.00 akan kembali menjadi tumpuan pula pada penurunan selanjutnya.

    Sebaliknya jika harga berjaya membuat lonjakan dan menembusi rintangan 1950.00, kenaikan harga bakal mensasarkan semula untuk harga emas capai paras 2000.00.

    Seterusnya, ketinggian 2070.00 yang dicapai sebelum ini akan cuba dicapai untuk emas terus mencabar paras ketinggian terbaru sepanjang masa yang direkodkan.

    Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  3. Senior Member
    Join Date
    Feb 2022
    Posts
    454
    Thanks
    620
    Thanked 3,580 Times in 456 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 1
    Adakah FXOpen broker yang bagus?
    Adakah FXOpen selamat atau penipuan. Tidak, FXOpen bukan penipuan, ia dikawal selia oleh pihak berkuasa peringkat atasan seperti FCA dan dianggap sebagai broker berisiko rendah untuk dagangan Forex dan CFD.
    Analisis manakah yang terbaik untuk dagangan Forex?
    Bagi pedagang jangka pendek dengan hanya maklumat tertunda kepada data ekonomi, tetapi akses masa nyata kepada sebut harga, analisis teknikal mungkin kaedah pilihan. Sebagai alternatif, peniaga yang mempunyai akses kepada laporan berita terkini dan data ekonomi mungkin memilih analisis asas.

    Though trading on financial markets involves high risk, it can still generate extra income in case you apply the right approach. By choosing a reliable broker such as InstaForex you get access to the international financial markets and open your way towards financial independence. You can sign up here.


  4. The Following 7 Users Say Thank You to Earner For This Useful Post:

    aminit (21-03-2022), April (20-03-2022), eshu (20-03-2022), Jann (20-03-2022), june (20-03-2022), Mylife (20-03-2022), World (20-03-2022)

  5. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,308 Times in 435 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Menjadi tumpuan pada awal pagi tadi, keputusan mesyuarat FOMC menepati ramalan pasaran apabila Federal Reserve (Fed) telah meningkatkan kadar faedah daripada 0.25% kepada 0.50%.

    Ini menjadi kenaikan kadar yang pertama sejak 2018 dan penggubal polisi melihat beberapa siri kenaikan lagi bakal berlaku sehingga penghujung 2022 berbaki 6 lagi mesyuarat untuk tahun ini.

    Namun, agak mengecewakan pelabur apabila jangkaan untuk US dolar mengukuh selepas kenaikan kadar oleh Fed, meleset. US dolar mengakhiri dagangan sesi New York dengan pergerakan suram.

    Penganalisis melihat situasi ini adalah normal walaupun bertentangan dengan kebiasaan pengukuhan mata wang yang berlaku selepas kenaikan kadar oleh bank pusat.

    Oleh kerana pelabur telah mendapat petunjuk untuk pengetatan polisi yang akan mengukuhkan US dolar untuk tempoh yang lebih panjang, berkemungkinan pengambilan untung (profit taking) berlaku untuk posisi belian US dolar oleh pemain pasaran yang lebih awal sebelum mesyuarat.

    Dan dijangka untuk US dolar kembali mengukuh berkemungkinan seawal minggu hadapan, namun bergantung juga kepada perkembangan isu semasa seperti krisis perang Rusia-Ukraine yang mempengaruhi sentimen pasaran.



    Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, gagal untuk meneruskan penurunan lebih rendah, harga telah pamerkan corak kenaikan yang melepasi paras 1.1000.

    Turut memberikan isyarat untuk bergerak dalam trend bullish, harga kekal disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

    Untuk jangkaan kenaikan lebih tinggi, paras sekitar 1.11200-1.11400zon SBR (support become resistance) bakal diuji sebelum menuju pula ke paras tumpuan berikutnya sekitar 1.12000.

    Namun waspada jika US dolar kembali mendapat rentak untuk memulakan pengukuhannya, perubahan trend harga bakal dijangkakan.

    Penurunan di bawah paras 1.10000 dan juga paras sokongan MA50 akan mendorong jangkaan penurunan lebih rendah harga menuju semula ke zon support pada 1.0800 yang telah menjadi tumpuan pada dagangan awal minggu lalu.

    Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  6. The Following User Says Thank You to scalperfx For This Useful Post:

    aminit (21-03-2022)

  7. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,308 Times in 435 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Walaupun sedikit reda, namun sentimen pasaran kekal berisiko sehingga dagangan bersambung pada awal minggu ini setelah perang antara Rusia dan Ukraine berlarutan selama 3 minggu.

    Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Kyiv dilihat tidak serius untuk mencari penyelesaian bagi kesepakatan bersama.

    Berita ini telah melunturkan harapan untuk rundingan bagi kedua-dua negara itu selepas penasihat Presiden Ukraine memberitahu bahawa mereka yakin perjanjian diplomatik akan dicapai dalam masa beberapa minggu akan datang.

    Dalam perkembangan lain, China mengumumkan langkah sekatan pergerakan yang lebih ketara selepas lonjakan semula kes jangkitan coronavirus di negara itu.

    Sentimen risk-off pasaran buat waktu ini dilihat menyokong pengukuhan US dolar sebagai mata wang safe-haven sementara pelabur sedang menantikan keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis.



    Carta harga pasangan mata wang EUR/USD bergerak mendatar pada awal minggu ini sebelum pelabur jangkakan pergerakan drastik harga bakal berlaku selepas mesyuarat FOMC.

    Bersambung sehingga dagangan Selasa semalam, harga telah menguji paras rintangan pada 1.1000 namun tetap gagal untuk menembusinya lagi.

    Penurunan harga berlaku semula pada sesi New York semalam ke paras sekitar 1.09300 dan berlegar di paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sementara pelabur nantikan isyarat bagi pergerakan harga selanjutnya.

    Untuk jangkaan penurunan yang bakal diteruskan, zon support harga pada 1.0800 bakal menjadi sasaran untuk menguji paras terendah dicecah minggu lalu.

    Penurunan lebih rendah melepasi support tersebut seterusnya dilihat akan menuju pula ke paras terendah terbaru sekitar 1.07000.

    Namun, sebaliknya jika harga berjaya melonjak dan melepasi rintangan 1.1000, harga berkemungkinan akan mula bersedia untuk bergerak dalam trend bullish semula.

    Untuk jangkaan kenaikan lebih tinggi, harga bakal menguji zon SBR (support become resistance) pada 1.11200 yang menjadi rintangan buat harga pada minggu lalu.

    Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  8. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,308 Times in 435 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Laporan data pekerjaan UK yang diterbitkan pada sesi Eropah Selasa semalam sedikit menyokong peningkatan nilai Pound dalam pasaran walaupun masih belum memaparkan prestasi yang meyakinkan.

    Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD semalam, harga telah catatkan kenaikan harian sekitar 80 pips meningkat dari paras support 1.3000 menuju ke paras 1.31000.



    Corak kenaikan yang dipamerkan harga tersebut turut memberi petunjuk positif kepada pelabur untuk lonjakan semula Pound menjelang keputusan mesyuarat bank pusat England pada Khamis.

    Bank of England (BOE) dijangka untuk meningkatkan kadar faedah daripada 0.50% kepada 0.75% untuk mesyuarat kali ini dan bakal memacu pengukuhan Pound.

    Namun halangan yang bakal Pound tempuhi adalah jangkaan untuk pengukuhan US dolar susulan jangkaan untuk kenaikan kadar faedah juga oleh Federal Reserve (Fed) yang boleh mengehadkan lonjakan Pound.

    Dengan jangkaan untuk kenaikan kadar oleh kedua-dua bank pusat tersebut dilihat akan membuatkan pergerakan harga lebih terhad. Namun, reaksi awal susulan keputusan mesyuarat pasti berbeza.

    Sekiranya harga mula memberi isyarat untuk menyambung penurunan, paras sokongan 1.3000 akan ditembusi sebelum harga meneruskan penurunan menuju pula paras sekitar 1.29000.

    Penurunan harga yang diteruskan akan terus mencatatkan paras terendah terbaru lagi sejak dagangan November 2020 lalu.

    Sebaliknya jika harga membuat kenaikan tembusi rintangan pada 1.31000, kenaikan harga dijangka diteruskan untuk menguji pula zon 1.32000 yang menjadi rintangan pada dagangan minggu lalu.

    Untuk kenaikan lebih tinggi, zon SBR (support become resistance) pada 1.33000 akan menjadi sasaran harga selanjutnya yang bakal dituju dalam pergerakan trend bullish.

    Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  9. Senior Member
    Join Date
    Feb 2022
    Posts
    454
    Thanks
    620
    Thanked 3,580 Times in 456 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 1
    GBP/USD dan EUR/GBP Boleh Memanjangkan Penurunan
    GBP/USD memulakan penurunan baru dari jauh di atas tahap 1.3350. EUR/GBP juga menurun dan berdagang di bawah zon sokongan 0.8250

    Though trading on financial markets involves high risk, it can still generate extra income in case you apply the right approach. By choosing a reliable broker such as InstaForex you get access to the international financial markets and open your way towards financial independence. You can sign up here.


  10. The Following 19 Users Say Thank You to Earner For This Useful Post:

    April (11-03-2022), eshu (10-03-2022), Jann (10-03-2022), june (10-03-2022), Mylife (10-03-2022), Unregistered (13), World (10-03-2022)

  11. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,308 Times in 435 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Meneliti pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga meneruskan lagi kenaikan hari ini melepasi rintangan 2000.00 yang dicapai semalam.

    Pergerakan harga agak menarik pada awal minggu ini dengan paras rintangan 2000.00 diuji pada ketiga-tiga sesi semalam namun gagal ditembusi.

    Selepas harga menyentuh paras 2000.00 pada sesi Asia selepas dagangan awal minggu bermula, harga susut semula sebelum kembali menguji kembali paras tersebut pada sesi Eropah.

    Namun bersambung sehingga ke awal sesi Eropah harga susut semula dari paras ketinggian itu namun disokong oleh zon RBS (resistance become support) 1970.00.

    Harga kemudiannya meningkat semula ke paras 2000.00 tersebut pada penghujung sesi New York sebelum lonjakan harga pada sesi Eropah hari ini akhirnya melepasi rintangan tersebut untuk mencatatkan paras ketinggian terbaru.

    Emas dijangka akan terus bersinar dengan situasi pasaran yang kekal berisiko dan meningkatkan permintaan terhadap aset safe-haven.

    Pelabur kini semakin optimis untuk harga menuju semula ke zon ketinggian 2070.00 dan berpotensi untuk mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru yang sebelum ini dicapai pada Ogos 2020 sekitar 2074.00.

    Walaupun kekal bergerak dalam trend bullish, pelabur tetap berwaspada untuk harga membuat penurunan semula jika sentimen pasaran semasa mula berubah.

    Untuk jangkaan penurunan yang boleh berlaku, harga yang susut semula di bawah paras 2000.00 sekali lagi akan menguji zon RBS 1970.00 dan paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam bagi isyarat awal perubahan trend bearish.

    Penurunan lebih rendah akan menguji paras 1950.00 sebelum kembali mensasarkan sehingga ke paras tumpuan 1900.00 untuk penurunan lanjut harga emas.

    Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  12. Senior Member
    Join Date
    Feb 2022
    Posts
    454
    Thanks
    620
    Thanked 3,580 Times in 456 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 1
    FXOpen: Dagangan forex untuk pakar
    Dagangan Forex, pertukaran asing atau dagangan FX, hanyalah penukaran satu mata wang kepada mata wang lain. Sebagai salah satu pasaran yang paling aktif didagangkan di dunia, dengan individu, syarikat dan bank melaksanakan transaksi bernilai trilion dolar setiap hari, ia merupakan pasaran di mana individu berpengalaman datang untuk menguji kemahiran, pengetahuan dan ketabahan mereka.

    Though trading on financial markets involves high risk, it can still generate extra income in case you apply the right approach. By choosing a reliable broker such as InstaForex you get access to the international financial markets and open your way towards financial independence. You can sign up here.


  13. The Following 22 Users Say Thank You to Earner For This Useful Post:

    April (09-03-2022), eshu (08-03-2022), Jann (08-03-2022), june (08-03-2022), Mylife (08-03-2022), Unregistered (16), World (08-03-2022)

  14. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,308 Times in 435 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Eh, kenapa carta harga USD/CAD semalam buat penurunan ke paras terendah terbaru?

    Sebelum ini pergerakan harga bagi mata wang USD dan dolar Kanada agak tidak menentu dan sukar untuk mencari arah yang jelas ekoran kedua-duanya bergerak setara selepas perang antara Rusia dan Ukraine tercetus.

    Ini adalah kerana US dolar akan mengukuh sebagai mata wang safe-haven yang menjadi tarikan pelabur dalam suasana pasaran yang berisiko.

    Sementara kebimbangan terhadap gangguan bekalan minyak mentah global pula mendorong kenaikan harga minyak sekaligus meningkatkan nilai dolar Kanada dalam pasaran disebabkan minyak mentah merupakan eksport utama Kanada.

    Disebabkan faktor tersebut, negara-negara pengeksport petroleum (OPEC+) telah bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran kepada 400,000 tong sehari pada April.

    Namun pada dagangan Rabu semalam, sentimen pasaran yang sedikit mereda daripada risiko sebelum ini telah mendorong penyusutan semula US dolar.

    Sementara menjadi tumpuan pada sesi New York semalam adalah keputusan mesyuarat Bank of Canada (BOC) yang menyaksikan kenaikan kadar faedah kepada 0.50% daripada 0.25% sebelum ini, menyokong pengukuhan mata wang Loonie.

    Justeru, pelabur mendapat isyarat arah yang jelas pada carta USD/CAD untuk meneruskan penurunan bersambung sehingga dagangan hari ini (Khamis).

    Mencatatkan paras terendah terbaru 5 minggu, harga berlegar di zon support 1.26000 pada awal sesi Eropah hari ini dengan jangkaan penurunan harga bakal diteruskan.

    Penurunan melepasi zon 1.26000 dilihat akan mensasarkan kepada zon 1.25000 selepas harga menguji dahulu paras sekitar 1.25600 yang sebelum ini menjadi zon support harga pada dagangan minggu terakhir Januari lalu.

    Namun jika situasi pergerakan harga mula berubah, kenaikan dilihat akan menguji rintangan awal pada zon 1.26700 dan turut menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD untuk mengesan perubahan awal trend.

    Untuk jangkaan bagi pergerakan trend bullish harga semula, zon sekitar 1.27700 akan menjadi tumpuan dahulu sebelum harga dipacu lebih tinggi menuju zon rintangan 1.29000 pula.

    Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


Subscribe to this thread: 1

Open

Tags for this thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •