Analisa Forex Oleh Fxopen - Page 4
Malaysia Forex Forum | Forex Community Place
Malaysia Forex Forum
Page 4 of 41 FirstFirst ... 2 3 4 5 6 14 ... LastLast
Results 31 to 40 of 402

Thread: Analisa Forex Oleh Fxopen

  1. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,290 Times in 427 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Corak pergerakan yang sama dipaparkan pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD semalam seperti yang berlaku pada Jumaat lalu.

    Harga yang membuat penurunan menguji zon support 1.3000 namun kemudiannya gagal untuk meneruskan penurunan lebih rendah dan melantun semula.

    Pada Isnin semalam, harga melantun semula dari zon support 1.3000 ke paras ketinggian sekitar 1.30500 menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

    Harga yang masih gagal melepasi halangan MA50 tersebut kekal memberi petunjuk untuk pergerakan harga dalam trend bearish.



    Pelabur kini sedang menantikan laporan data pekerjaan UK pada sesi Eropah dan data inflasi AS pada sesi New York yang akan bakal mempengaruhi pergerakan bagi mata wang Pound dan US dolar.

    Sekiranya data inflasi AS terus mencatatkan paras tertinggi terbaru 40 tahun, berkemungkinan US dolar akan mengukuh dan menekan harga lebih rendah melepasi zon support 1.3000.

    Penurunan lebih rendah yang akan diteruskan dijangkakan akan mencecah paras sekitar 1.2900 untuk catatkan paras terendah terbaru sejak penghujung 2020.

    Namun jika harga berjaya membuat kenaikan dan melepasi halangan MA50, pelabur akan berhati-hati untuk isyarat perubahan awal trend bullish.

    Kenaikan awal harga dilihat akan menguji rintangan pada paras 1.31000 sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi menuju zon SBR (support become resistance) pada 1.31700-1.32000.

    Selepas laporan data pekerjaan UK hari ini, bakal menjadi tumpuan lebih penting buat Pound adalah laporan data inflasi yang akan diterbitkan pada sesi Eropah pada esok hari (Rabu).

    Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  2. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,290 Times in 427 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Mata wang Yen memulakan dagangan pada awal minggu semalam dengan mempamerkan penyusutan ketara, susut ke paras terendah 7 tahun berbanding US dolar.

    Selain pengukuhan oleh US dolar dalam pasaran, pelabur memberi tumpuan terhadap petunjuk terbaru oleh bank pusat Jepun berkenaan dasar monetarinya.

    Bank of Japan (BOJ) kekal memberi isyarat untuk mengekalkan pelonggaran polisinya walaupun kebanyakan bank pusat utama dunia telah beralih ke fasa pengetatan dasar.

    Gabenor BOJ, Haruhiko Kuroda juga turut memberi amaran tentang ketidakpastian yang tinggi terhadap kesan krisis peperangan Rusia dan Ukraine yang masih berlanjutan sehingga ke hari ini.

    Menilai pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY, harga pamerkan kenaikan pada dagangan Isnin semalam ke paras ketinggian terbaru sekitar 125.700.

    Ini adalah paras tertinggi harga pernah catatkan sejak Jun 2015 yang lalu.

    Kenaikan harga semalam sebenarnya dilihat menyambung trend bullish pada pergerakan minggu lalu dengan harga masih kekal bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY tersebut.

    Tidak mustahil untuk harga meneruskan kenaikan lebih tinggi mengatasi ketinggian yang dicapai semalam yang juga merupakan zon rintangan harga pada dagangan 2015.

    Sekiranya harga kekal melonjak mencapai ketinggian terbaru mengatasi rintangan pada 2015, maka paras harga terbaru yang dicapai adalah tertinggi sejak tahun 2002!

    Sebaliknya jika harga mula membuat penurunan semula di bawah paras sokongan MA50, isyarat untuk perubahan awal trend itu akan buatkan pelabur berhati-hati untuk kejatuhan semula harga.

    Penurunan harga dilihat akan menuju ke paras sokongan sekitar 123.500 sebelum penurunan yang dieruskan bakal menguji pula zon RBS (resistance become support) pada 121.500.

    Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  3. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,290 Times in 427 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Nampaknya emas belum bersedia sepenuhnya untuk didagangkan lebih kukuh apabila kenaikan harga yang dipaparkan pada sesi Eropah kembali kecundang membuat penurunan semula di sesi New York.

    Seperti yang diperhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukir nilai emas berbanding US dolar, harga telah berjaya bergerak melepasi rintangan pada 1950.00 semalam sebelum paras ketinggian dicapai pada 1970.00, menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.

    Pelabur kini sedang berwaspada menantikan terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang dijangka akan mempengaruhi pergerakan emas semasa.

    Penurunan semula harga pada carta XAU/USD semalam walau bagaimanapun masih menunjukkan pergerakan dalam trend bullish yang disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

    Pada dagangan sesi Asia pagi ini (Selasa) juga, harga dilihat kembali bergerak di atas paras 1950.00 namun pada momentum yang lemah.

    Sekiranya harga berjaya melonjak mengatasi zon SBR 1970.00, kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan untuk harga emas mencapai sasaran ke paras 2000.00.

    Namun jika harga emas menjunam lebih rendah selepas gagal bertahan, penurunan di bawah paras sokongan MA50 memberi petunjuk untuk perubahan trend bearish buat emas.

    Kemudiannya harga dijangka untuk susut menuju ke paras support pada 1900.00 setelah beberapa minggu zon tersebut berjaya menghalang kejatuhan emas lebih rendah.

    Penurunan lebih rendah yang masih diteruskan dilihat akan mencecah ke paras 1870.00 untuk menguji pula zon tumpuan tersebut.

    Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  4. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,290 Times in 427 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    US dolar dilihat masih lagi akan mendominasi pasaran walaupun momentum pengukuhan nilainya yang dipaparkan sebelum ini sedikit memudar.

    Petunjuk daripada komen hawkish oleh Federal Reserve (Fed) bakal memacu pengukuhan lanjut raja mata wang itu setelah minit mesyuarat FOMC juga turut diteliti pelabur pada awal pagi tadi.

    Di samping itu juga, pengukuhan US dolar didorong oleh ketegangan konflik perang Rusia-Ukraine semakin tegang susulan pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden untuk sekatan baru ke atas Rusia sementara Eropah pula masih gagal capai persetujuan untuk sekatan arang batu Rusia.



    Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga telah susut di bawah paras rintangan 1.1000 untuk menyambung penurunan harga penghujung minggu lalu.

    Pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) masih memberi isyarat untuk trend bearish.

    Namun momentum US dolar yang sedikit suram pada dagangan Rabu semalam melihatkan penurunan harga ‘berehat’ di zon support 1.09000.

    Penurunan lebih rendah akan dijangkakan menuju zon support pada 1.08000 untuk mencatatkan paras terendah terbaru 4 minggu.

    Jika paras tersebut juga berjaya dilepasi, tumpuan adalah pada zon 1.0700 di mana paras tersebut kali terakhir dicecah harga adalah pada Mac 2020 lalu.

    Sebaliknya jika harga membuat kenaikan di atas paras halangan MA50, isyarat awal untuk perubahan trend bullish tersebut bakal menguji semula rintangan pada paras 1.1000.

    Dan untuk kenaikan lebih tinggi akan kembali mensasarkan pada zon rintangan 1.12000.

    Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  5. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,290 Times in 427 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Dominasi US dolar menuju penghujung minggu dilihat akan terus memberi tekanan terhadap Pound pada pergerakan harga di carta pasangan GBP/USD.

    Minit mesyuarat FOMC yang diterbitkan pada awal pagi tadi memberi petunjuk bahawa Federal Reserve (Fed) agresif untuk bergerak dalam fasa pengetatan dasarnya.

    Ditambah pula sentimen pasaran yang berisiko dengan ketegangan konflik antara Rusia dengan Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, akan mendorong tarikan terhadap US dolar sebagai safe-haven.

    Justeru, Pound dilihat akan bergelut untuk mengekalkan prestasi baik berkemungkinan bersambung pada minggu berikutnya.



    Selepas cubaan kenaikan harga untuk mencapai paras rintangan 1.31700 terbantut pada Selasa lalu, harga kembali susut dan mencecah paras terendah mingguan pada Rabu semalam menguji sekitar 1.30500.

    Namun pada sesi Eropah dan New York semalam, harga dilihat membuat kenaikan tetapi tersekat pada paras 1.31000 yang kini menjadi rintangan buat harga di mana sebelum ini menjadi paras sokongan pada dagangan awal minggu.

    Pelabur masih menerima isyarat untuk pergerakan trend bearish susulan paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD masih menjadi penghalang untuk kenaikan harga.

    Penurunan harga dijangka bersambung lagi pada hari ini untuk menuju ke zon support pada 1.30000 sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru 3 minggu.

    Sebaliknya jika pergerakan harga mula memberi isyarat untuk perubahan trend bullish dengan kenaikan di atas paras 1.31000 melepasi halangan MA50, harga bakal menuju semula ke zon rintangan pada 1.31700-1.3200.

    Zon tersebut akan kembali menjadi tumpuan untuk diuji selepas dagangan pada minggu lalu juga gagal untuk menembusinya.

    Kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut dilihat akan menuju ke sasaran pada ketinggian zon rintangan 1.33000.

    Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  6. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,290 Times in 427 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Pergerakan harga pada kebanyakan carta pasangan mata wang utama dilihat masih mendatar dan belum menunjukkan reaksi yang ketara, tapi kenapa EUR/USD boleh melonjak sampai 150 pips semalam?

    Antara faktor yang dilihat mendorong lonjakan harga pada carta utama itu adalah susulan sentimen positif pasaran yang dipengaruhi oleh perkembangan rundingan damai antara Rusia dan Ukraine.

    Dalam rundingan di Istanbul, Rusia bersetuju untuk mengundurkan tenteranya dari Kyiv, dengan cadangan status neutral oleh Ukraine, dan tidak menyertai NATO.

    Selain faktor perubahan sentimen yang menjangkakan permulaan untuk US dolar akan bergerak lemah, pelabur meneliti juga faktor yang mendorong pengukuhan Euro.

    Perbincangan di antara ahli bank pusat Eropah (ECB) telah meningkatkan keyakinan pelabur terhadap mata wang Euro selepas terdapat petunjuk untuk kenaikan kadar faedah sehingga 60 mata asas menjelang penghujung tahun ini.



    Susulan itu, pelabur telah menyaksikan lonjakan harga pada carta EUR/USD semalam bermula pada sesi Eropah selepas harga bergerak melepasi halangan 1.1000.

    Memberi isyarat bullish, harga telah melonjak dari paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dan mencapai paras ketinggian 1.11300 menguji semula zon yang menjadi rintangan sebelum ini.

    Selepas mencatatkan sekitar 150 pips kenaikan harian, momentum lonjakan harga tersebut gagal dikekalkan pada sesi New York apabila dilihat harga berundur sedikit dari zon ketinggian yang dicapai itu dan bergerak perlahan sehingga penghujung sesi.

    Dengan corak yang dipaparkan, harga berkemungkinan dijangka untuk melanjutkan kenaikannya melepasi zon SBR (support become resistance) 1.11300 sebelum menuju pula ke paras tumpuan 1.1200.

    Namun begitu, pelabur perlu berhati-hati sekiranya US dolar mula paparkan pengukuhan semula dengan tumpuan pada sesi New York akan terarah pada laporan pekerjaan sektor swasta di Amerika Syarikat (AS) untuk petunjuk menjelang laporan NFP pada penghujung minggu.

    Jika US dolar mengukuh dan menekan harga membuat penurunan semula, paras 1.1000 akan kembali menjadi tumpuan dan berkemungkinan akan menjadi support terbaru.

    Sebaliknya jika harga terus sambung menjunam lebih rendah dan memberi isyarat pergerakan bearish, penruunan harga dilihat akan menuju semula ke paras sekitar 1.0900 sebelum menguji zon support pada 1.0800.

    Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  7. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,290 Times in 427 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Kenyataan berjaga-jaga oleh Gabenor Bank of England (BOE), Andrew Bailey yang memberi isyarat untuk memperlahankan pengetatan polisi monetari sebelum ini telah memberi tekanan terhadap dagangan Pound.

    Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam, terdapat cubaan lonjakan harga pada sesi Eropah susulan reaksi pasaran terhadap perkembangan rundingan damai Rusia-Ukraine.



    Pada mulanya penurunan harga dilihat mencecah paras sekitar 1.30500 sebelum pamerkan lonjakan sekitar 100 pips ke paras ketinggian harian mencapai 1.31500.

    Namun, harga kembali membuat penurunan semula di sesi New York dan susut di bawah paras 1.31000 yang kekal menjadi rintangan buat harga bersambung ke sesi Asia pagi ini.

    Paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam masih menjadi rintangan untuk harga membuat kenaikan, memberi isyarat untuk harga terus bergerak dalam trend bearish.

    Sekiranya harga terus gagal untuk melonjak, penganalisis melihat penurunan harga bakal diteruskan untuk menuju sehingga zon support pada 1.3000.

    Namun jika situasi berubah dan harga mula menunjukkan petanda untuk memulakan pergerakan trend bullish, zon rintangan pada 1.32000-1.31700 bakal diuji selepas kenaikan harga berjaya melepasi halangan MA50.

    Untuk kenaikan lebih tinggi yang diteruskan mengatasi zon 1.32000 tersebut, harga bakal mencabar semula paras ketinggian 1.33000 yang gagal ditembusi pada kenaikan yang dilakukan pada dagangan minggu yang lalu.

    Pelabur bakal memberi tumpuan pada terbitan laporan data pekerjaan ADP NFP serta data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat pada sesi New York malam ini untuk menilai pergerakan US dolar yang turut mempengaruhi harga pada carta GBP/USD.

    Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  8. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,290 Times in 427 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Pergerakan mata wang dolar Kanada mendatar sepanjang minggu ini sementara pelabur kekal memberi perhatian terhadap pasaran minyak mentah global yang mempengaruhi mata wang komoditi itu.

    Selain krisis peperangan Rusia-Ukraine yang mengganggu bekalan, pergerakan pasaran minyak mentah juga tidak menentu ekoran isu perjanjian nuklear Iran yang menjadi perhatian.

    Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD menunjukkan corak penurunan dengan lekuk harga ke bawah terbentuk sejak dagangan minggu lalu.

    Susulan reaksi mesyuarat FOMC yang menyaksikan penyusutan US dolar minggu lalu, dolar Kanada turut disokong oleh laporan data inflasi dan jualan runcit Kanada yang positif.

    Harga telah susut di bawah paras 1.26000 pada dagangan awal minggu ini selepas menyambung corak penurunan harga minggu lalu.

    Sehingga dagangan Rabu semalam, penurunan harga telah mencecah sekitar 1.25400 dan berlegar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

    Walaupun isyarat untuk trend bearish dinilai, pelabur tetap waspada dengan pergerakan perlahan harga untuk menantikan petunjuk selanjutnya.

    Untuk penurunan lebih rendah diteruskan, harga dijangka menguji paras sokongan pada 1.25000 untuk catatkan paras terendah terbaru 9 minggu.

    Namun jika US dolar kembali mengukuh untuk melonjakkan harga semula, kenaikan awal bakal menguji zon 1.26000 sebelum kenaikan yang diteruskan dilihat akan ke zon sekitar 1.26800.

    Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  9. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,290 Times in 427 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Peningkatan semula risiko dalam sentimen pasaran menuju penghujung minggu ini telah memberi kesan terhadap kenaikan nilai emas dalam pasaran.

    Laporan berkenaan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang mengeluarkan kenyataan bahawa tentera Rusia sedang melakukan jenayah perang ke atas Ukraine, dilihat akan mengeruhkan lagi suasana.

    Ini boleh mencetuskan ketegangan semula ekoran beberapa pusingan rundingan damai sepanjang tempoh bermula pencerobohan Rusia ke atas Ukraine,masih gagal mencapai persetujuan.

    Justeru, pelabur menyaksikan corak kenaikan semula harga semalam pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.

    Kenaikan harga telah kembali semula ke paras rintangan 1950.00 yang menjadi halangan pada kenaikan emas minggu lalu.

    Lonjakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD telah memberi sinar harapan kepada pelabur sebagai isyarat awal untuk emas bergerak dalam trend bullish selepas ini.

    Sekiranya kenaikan harga berjaya melepasi rintangan 1950.00 dan keluar dari zon mendatar tersebut, jangkaan kenaikan lebih tinggi untuk emas bakal menuju ke sasaran 2000.00 pula.

    Dan untuk kenaikan lebih tinggi yang kekal diteruskan bakal kembali semula mencapai zon 2070.00 bagi mencabar rekod tertinggi sepanjang masa sebelum ini di kawasan tersebut.

    Sebaliknya, jika paras 1950.00 tetap menjadi rintangan harga emas minggu ini juga, penurunan boleh menuju semula sehingga paras support 1900.00.

    Sementara penurunan lebih rendah di bawah paras tersebut bakal menguji pula paras sekitar 1870.00 untuk catatkan paras terendah 5 minggu.

    Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  10. Senior Member
    Join Date
    Feb 2022
    Posts
    454
    Thanks
    620
    Thanked 3,570 Times in 456 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 1
    Analisis manakah yang terbaik untuk dagangan Forex?
    Bagi pedagang jangka pendek dengan hanya maklumat tertunda kepada data ekonomi, tetapi akses masa nyata kepada sebut harga, analisis teknikal mungkin kaedah pilihan. Sebagai alternatif, peniaga yang mempunyai akses kepada laporan berita terkini dan data ekonomi mungkin memilih analisis asas.


    Bagaimana anda berdagang di FXOpen?
    Mulakan dagangan sekarang
    Daftar dengan FXOpen INT dan sahkan akaun anda.
    Buka akaun dagangan dan muat turun Metatrader 4, Metatrader 5 atau TickTrader.
    Membiayai akaun anda menggunakan mana-mana sistem pembayaran yang tersedia.
    Log masuk ke akaun dagangan anda dan mulakan dagangan.

    Though trading on financial markets involves high risk, it can still generate extra income in case you apply the right approach. By choosing a reliable broker such as InstaForex you get access to the international financial markets and open your way towards financial independence. You can sign up here.


  11. The Following 6 Users Say Thank You to Earner For This Useful Post:

    April (21-03-2022), eshu (21-03-2022), Jann (21-03-2022), june (21-03-2022), Mylife (21-03-2022), World (21-03-2022)

Subscribe to this thread: 1

Open

Tags for this thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •