Analisa Forex Oleh Fxopen - Page 3
Malaysia Forex Forum | Forex Community Place
Malaysia Forex Forum
Page 3 of 40 FirstFirst 1 2 3 4 5 13 ... LastLast
Results 21 to 30 of 397

Thread: Analisa Forex Oleh Fxopen

  1. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    486
    Thanks
    3
    Thanked 2,878 Times in 378 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Jika anda perasan, harga pada carta pasangan mata wang safe-haven USD/JPY semalam telah membuat kenaikan mencapai paras ketinggian terbaru lagi sejak 2002 apabila mengatasi ketinggian dicapai pada penghujung April lalu.

    Sekiranya diteliti pergerakan harga sejak minggu lalu, harga telah berjaya membuat lonjakan semula di penghujung minggu selepas penurunan harga menguji zon RBS (resistance become support) pada 129.00.

    Pergerakan harga dilihat kekal dipacu oleh US dolar yang lebih mendominasi dengan tumpuan pelabur sejak minggu lalu yang terarah kepada mesyuarat FOMC dan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS).

    Selepas bergerak semula di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam, pelabur menilai harga akan meneruskan trend bullish bersambung pada minggu ini.

    Sesi Asia pada pembukaan dagangan awal minggu ini semalam menyaksikan harga membuat kenaikan bersambung ke awal sesi Eropah mengatasi ketinggian yang dicapai pada 2 minggu lalu, mencatatkan paras tertinggi terbaru sejak 2002 di sekitar 131.300.

    Namun, harga kemudiannya memaparkan terjunan semula sehingga ke penghujung dagangan sesi New York ke paras sekitar 130.200.

    Penurunan harga yang bergerak di bawah paras MA50 semula turut memberikan isyarat untuk perubahan trend bearish selepas harga merekodkan paras ketinggian terbaru.

    Penurunan harga jika diteruskan dilihat akan kembali menguji sekali lagi zon RBS 129.00 seperti situasi pergerakan harga minggu lalu.

    Dan jika penurunan lebih rendah berlaku, harga berkemungkinan akan susut menuju paras 128.00 atau zon sokongan harga sekitar 127.00.

    Namun jika US dolar terus tunjuk belang minggu ini dan melonjakkan harga lebih tinggi, harga akan terus mencatatkan paras tertinggi terbaru 20 tahun.

    Sasaran kenaikan harga seterusnya berkemungkinan menguji paras 132.00 untuk meneruskan pergerakan dalam trend bullish.

    Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.



  2. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    486
    Thanks
    3
    Thanked 2,878 Times in 378 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Suram buat dagangan komoditi emas pada pembukaan pasaran awal minggu ini selepas menyaksikan harga membuat penurunan sejak sesi Asia semalam sehingga ke penghujung sesi New York.

    Sememangnya pergerakan emas masih terus dipengaruhi oleh perubahan nilai US dolar dalam pasaran sejak minggu lalu yang menjadi tumpuan pelabur.

    Walaupun dagangan US dolar dinilai agak bercampur dengan pengukuhan yang sedikit terhad, namun emas tetap menerima tekanan untuk susut ke paras rendah.

    Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat telah memulakan dagangan sekitar paras 1880.000 dan mempamerkan penurunan sepanjang hari sehingga kembali menuju zon support pada 1850.00.

    Pelabur akur untuk kejatuhan lebih rendah nilai emas selepas isyarat bearish harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD semalam.

    Namun bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini (Selasa), harga emas dilihat kembali menunjukkan kenaikan semula setelah penurunan ke zon support 1850.00 tersebut ke paras sekitar 1865.00.

    Kekal berlegar di bawah halangan MA50, kenaikan harga emas dilihat akan menguji rintangan pada paras 1870.00 yang telah membentuk minor zon SBR (support become resistance).

    Sekiranya kenaikan berjaya dilakukan semula melepasi zon 1870.00 tersebut, tumpuan akan terarah pula kepada zon 1900.00 yang dijangka akan diuji harga.

    Namun menjadi kebimbangan buat pelabur sekiranya harga emas terus alami kejatuhan lebih rendah di bawah zon 1850.00.

    Harga boleh mencecah sehingga ke zon tumpuan lebih rendah pada 1830.00 sekiranya penurunan harga emas gagal dibendung lagi minggu ini.

    Data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada Rabu yang akan memberi kesan terhadap US dolar turut dijangka mempengaruhi pergerakan emas semasa.

    Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  3. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    486
    Thanks
    3
    Thanked 2,878 Times in 378 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Kejatuhan sukar dibendung, pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD menyaksikan harga menjunam ke paras terendah terbaru sejak September 2020.

    Pound terus gagal untuk pamerkan sebarang peningkatan malah menerima tekanan oleh pengukuhan lanjut US dolar dengan komen hawkish oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell untuk kenaikan kadar faedah agresif pada mesyuarat minggu hadapan.

    Selain itu juga, sentimen pasaran berisiko didorong kebimbangan langkah sekatan di China turut menyuntik pengukuhan US dolar dalam pasaran sebagai mata wang safe-haven.



    Setelah terjunan harga sehingga 200 pips pada Jumaat lalu, harga menyambung lagi penurunan pada carta GBP/USD semalam dengan penurunan harian sekitar 140 pips dicatatkan.

    Harga telah mencecah paras terendah terbaru 2 tahun ke paras 1.27000 di mana zon tersebut merupakan zon support harga pada dagangan September 2020 yang lalu.

    Setelah menyentuh zon support tersebut pada sesi New York semalam, harga mendatar perlahan dan sedikit meningkat bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini.

    Harga masih dilihat berada dalam trend bearish yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

    Penurunan lanjut harga bakal dijangkakan melepasi support 1.27000 tersebut sekiranya situasi pasaran kekal tidak berubah memihak kepada US dolar.

    Sasaran untuk penurunan yang diteruskan harga berkemungkinan pada 1.26000 atau lebih rendah lagi menuju paras sekitar 1.25000.

    Sebaliknya jika paras support 1.27000 berjaya mengulangi lonjakan pada September 2020 yang lalu, berkemungkinan harga akan kembali meningkat menuju ke paras rintangan awal pada 1.29000.

    Kenaikan yang diteruskan seterusnya akan menguji zon SBR (support become resistance) 1.3000 yang menjadi zon sokongan harga untuk dagangan beberapa minggu lalu.

    Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  4. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    486
    Thanks
    3
    Thanked 2,878 Times in 378 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Sebagai ekonomi kedua terbesar di dunia, umum mengetahui China merupakan antara negara pengguna terbesar minyak di dunia.

    Justeru, disebabkan langkah sekatan yang dilaksanakan di China ekoran penularan Covid-19 telah mencetuskan kebimbangan terhadap permintaan minyak global.

    Disebabkan kejatuhan harga minyak mentah, mata wang sensitif pasaran minyak iaitu dolar Kanada ketara mengalami penurunan sejak penghujung minggu lalu.

    Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD telah memaparkan lonjakan sehingga 300 pips sejak Khamis lalu sehingga bersambung pada dagangan Isnin semalam.

    Selain dolar Kanada yang susut, faktor lonjakan harga turut didorong oleh pengukuhan jelas US dolar dalam pasaran selepas petunjuk kenaikan kadar faedah oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell selain sentimen pasaran yang berisiko turut menyokong mata wang safe-haven.

    Harga telah melonjak dari zon 1.24600 sehingga melepasi zon rintangan 1.26700 pada Jumaat lalu sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi pada dagangan yang bersambung di awal minggu semalam.

    Kenaikan harga pada sesi New York semalam telah mencapai paras ketinggian 1.27770 sebelum mula paparkan penurunan semula di penghujung sesi.

    Bresambung pada dagangan sesi Asia pagi ini (Selasa), harga sedikit menyusut dilihat menuju ke paras 1.26700 pada zon RBS (resistance become support) terbaru itu.

    Penurunan yang sedikit melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD boleh memberi isyarat untuk pernurunan harga selanjutnya.

    Namun, sekiranya harga berjaya mengekalkan pergerakan trend bullishnya, harga dilihat bakal melepasi ketinggian yang dicapai semalam untuk menuju zon ketinggian terbaru pada 1.29000.

    Kenaikan ke paras tersebut juga akan mencatatkan paras ketinggian terbaru untuk tempoh 7 minggu selepas kali terakhir harga menyentuh paras tersebut pada awal Mac lalu.

    Sebaliknya jika harga menjunam semula melepasi zon 1.26700, penurunan lebih rendah harga akan kembali menguji zon-zon tumpuan sebelum ini sekitar 1.26000 atau 1.25000.

    Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  5. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    486
    Thanks
    3
    Thanked 2,878 Times in 378 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY antara yang mencuri tumpuan pada dagangan minggu ini apabila terus memburu rekod tertinggi terbaru 20 tahun!

    Selepas penyusutan sementara US dolar yang menyaksikan harga sedikit susut di bawah paras 126.00, harga telah pamerkan peningkatan semula pada sesi New York semalam bersambung ke sesi Asia pagi ini (Jumaat).

    Sehingga setakat sesi Eropah petang ini, harga sudah mencapai paras ketinggian terbaru sekitar 126.600 setakat jam 3 petang waktu tempatan.

    Ini adalah paras tertinggi dicapai harga sejak Mei 2002.

    Jangkaan untuk pengukuhan US dolar untuk tempoh lebih panjang akan terus mendorong harga terus bergerak lebih tinggi.

    Selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan baru-baru ini mencatat paras tertinggi terbaru 40 tahun, pelabur lebih yakin terhadap tindakan Federal Reserve (Fed) untuk mengetatkan lagi polisi.

    Sementara, bank pusat Jepun (BOJ) pula terus mengekalkan dasar yang longgar mendorong mata wang Yen untuk terus bergerak lemah dalam pasaran.

    Kenaikan lebih tinggi harga berkemungkinan boleh mencecah sehingga ke paras ketinggian terbaru sekitar 128.00 atau lebih tinggi lagi.

    Namun waspada untuk sebarang kemungkinan yang boleh berlaku dalam pasaran dan membuatkan harga kembali susut semula.

    Untuk penurunan harga, paras sokongan awal adalah pada 125.800 yang dilihat bakal diuji sebelum harga memberi isyarat seterusnya bagi perubahan trend bearish.

    Penurunan selanjutnya harga bakal menuju ke paras tumpuan sebelum ini sekitar support 123.500.

    Lihat gambar carta harga USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  6. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    486
    Thanks
    3
    Thanked 2,878 Times in 378 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Corak pergerakan yang sama dipaparkan pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD semalam seperti yang berlaku pada Jumaat lalu.

    Harga yang membuat penurunan menguji zon support 1.3000 namun kemudiannya gagal untuk meneruskan penurunan lebih rendah dan melantun semula.

    Pada Isnin semalam, harga melantun semula dari zon support 1.3000 ke paras ketinggian sekitar 1.30500 menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

    Harga yang masih gagal melepasi halangan MA50 tersebut kekal memberi petunjuk untuk pergerakan harga dalam trend bearish.



    Pelabur kini sedang menantikan laporan data pekerjaan UK pada sesi Eropah dan data inflasi AS pada sesi New York yang akan bakal mempengaruhi pergerakan bagi mata wang Pound dan US dolar.

    Sekiranya data inflasi AS terus mencatatkan paras tertinggi terbaru 40 tahun, berkemungkinan US dolar akan mengukuh dan menekan harga lebih rendah melepasi zon support 1.3000.

    Penurunan lebih rendah yang akan diteruskan dijangkakan akan mencecah paras sekitar 1.2900 untuk catatkan paras terendah terbaru sejak penghujung 2020.

    Namun jika harga berjaya membuat kenaikan dan melepasi halangan MA50, pelabur akan berhati-hati untuk isyarat perubahan awal trend bullish.

    Kenaikan awal harga dilihat akan menguji rintangan pada paras 1.31000 sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi menuju zon SBR (support become resistance) pada 1.31700-1.32000.

    Selepas laporan data pekerjaan UK hari ini, bakal menjadi tumpuan lebih penting buat Pound adalah laporan data inflasi yang akan diterbitkan pada sesi Eropah pada esok hari (Rabu).

    Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  7. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    486
    Thanks
    3
    Thanked 2,878 Times in 378 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Mata wang Yen memulakan dagangan pada awal minggu semalam dengan mempamerkan penyusutan ketara, susut ke paras terendah 7 tahun berbanding US dolar.

    Selain pengukuhan oleh US dolar dalam pasaran, pelabur memberi tumpuan terhadap petunjuk terbaru oleh bank pusat Jepun berkenaan dasar monetarinya.

    Bank of Japan (BOJ) kekal memberi isyarat untuk mengekalkan pelonggaran polisinya walaupun kebanyakan bank pusat utama dunia telah beralih ke fasa pengetatan dasar.

    Gabenor BOJ, Haruhiko Kuroda juga turut memberi amaran tentang ketidakpastian yang tinggi terhadap kesan krisis peperangan Rusia dan Ukraine yang masih berlanjutan sehingga ke hari ini.

    Menilai pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY, harga pamerkan kenaikan pada dagangan Isnin semalam ke paras ketinggian terbaru sekitar 125.700.

    Ini adalah paras tertinggi harga pernah catatkan sejak Jun 2015 yang lalu.

    Kenaikan harga semalam sebenarnya dilihat menyambung trend bullish pada pergerakan minggu lalu dengan harga masih kekal bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY tersebut.

    Tidak mustahil untuk harga meneruskan kenaikan lebih tinggi mengatasi ketinggian yang dicapai semalam yang juga merupakan zon rintangan harga pada dagangan 2015.

    Sekiranya harga kekal melonjak mencapai ketinggian terbaru mengatasi rintangan pada 2015, maka paras harga terbaru yang dicapai adalah tertinggi sejak tahun 2002!

    Sebaliknya jika harga mula membuat penurunan semula di bawah paras sokongan MA50, isyarat untuk perubahan awal trend itu akan buatkan pelabur berhati-hati untuk kejatuhan semula harga.

    Penurunan harga dilihat akan menuju ke paras sokongan sekitar 123.500 sebelum penurunan yang dieruskan bakal menguji pula zon RBS (resistance become support) pada 121.500.

    Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  8. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    486
    Thanks
    3
    Thanked 2,878 Times in 378 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Nampaknya emas belum bersedia sepenuhnya untuk didagangkan lebih kukuh apabila kenaikan harga yang dipaparkan pada sesi Eropah kembali kecundang membuat penurunan semula di sesi New York.

    Seperti yang diperhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukir nilai emas berbanding US dolar, harga telah berjaya bergerak melepasi rintangan pada 1950.00 semalam sebelum paras ketinggian dicapai pada 1970.00, menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.

    Pelabur kini sedang berwaspada menantikan terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang dijangka akan mempengaruhi pergerakan emas semasa.

    Penurunan semula harga pada carta XAU/USD semalam walau bagaimanapun masih menunjukkan pergerakan dalam trend bullish yang disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

    Pada dagangan sesi Asia pagi ini (Selasa) juga, harga dilihat kembali bergerak di atas paras 1950.00 namun pada momentum yang lemah.

    Sekiranya harga berjaya melonjak mengatasi zon SBR 1970.00, kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan untuk harga emas mencapai sasaran ke paras 2000.00.

    Namun jika harga emas menjunam lebih rendah selepas gagal bertahan, penurunan di bawah paras sokongan MA50 memberi petunjuk untuk perubahan trend bearish buat emas.

    Kemudiannya harga dijangka untuk susut menuju ke paras support pada 1900.00 setelah beberapa minggu zon tersebut berjaya menghalang kejatuhan emas lebih rendah.

    Penurunan lebih rendah yang masih diteruskan dilihat akan mencecah ke paras 1870.00 untuk menguji pula zon tumpuan tersebut.

    Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  9. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    486
    Thanks
    3
    Thanked 2,878 Times in 378 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    US dolar dilihat masih lagi akan mendominasi pasaran walaupun momentum pengukuhan nilainya yang dipaparkan sebelum ini sedikit memudar.

    Petunjuk daripada komen hawkish oleh Federal Reserve (Fed) bakal memacu pengukuhan lanjut raja mata wang itu setelah minit mesyuarat FOMC juga turut diteliti pelabur pada awal pagi tadi.

    Di samping itu juga, pengukuhan US dolar didorong oleh ketegangan konflik perang Rusia-Ukraine semakin tegang susulan pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden untuk sekatan baru ke atas Rusia sementara Eropah pula masih gagal capai persetujuan untuk sekatan arang batu Rusia.



    Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga telah susut di bawah paras rintangan 1.1000 untuk menyambung penurunan harga penghujung minggu lalu.

    Pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) masih memberi isyarat untuk trend bearish.

    Namun momentum US dolar yang sedikit suram pada dagangan Rabu semalam melihatkan penurunan harga ‘berehat’ di zon support 1.09000.

    Penurunan lebih rendah akan dijangkakan menuju zon support pada 1.08000 untuk mencatatkan paras terendah terbaru 4 minggu.

    Jika paras tersebut juga berjaya dilepasi, tumpuan adalah pada zon 1.0700 di mana paras tersebut kali terakhir dicecah harga adalah pada Mac 2020 lalu.

    Sebaliknya jika harga membuat kenaikan di atas paras halangan MA50, isyarat awal untuk perubahan trend bullish tersebut bakal menguji semula rintangan pada paras 1.1000.

    Dan untuk kenaikan lebih tinggi akan kembali mensasarkan pada zon rintangan 1.12000.

    Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  10. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    486
    Thanks
    3
    Thanked 2,878 Times in 378 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Dominasi US dolar menuju penghujung minggu dilihat akan terus memberi tekanan terhadap Pound pada pergerakan harga di carta pasangan GBP/USD.

    Minit mesyuarat FOMC yang diterbitkan pada awal pagi tadi memberi petunjuk bahawa Federal Reserve (Fed) agresif untuk bergerak dalam fasa pengetatan dasarnya.

    Ditambah pula sentimen pasaran yang berisiko dengan ketegangan konflik antara Rusia dengan Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, akan mendorong tarikan terhadap US dolar sebagai safe-haven.

    Justeru, Pound dilihat akan bergelut untuk mengekalkan prestasi baik berkemungkinan bersambung pada minggu berikutnya.



    Selepas cubaan kenaikan harga untuk mencapai paras rintangan 1.31700 terbantut pada Selasa lalu, harga kembali susut dan mencecah paras terendah mingguan pada Rabu semalam menguji sekitar 1.30500.

    Namun pada sesi Eropah dan New York semalam, harga dilihat membuat kenaikan tetapi tersekat pada paras 1.31000 yang kini menjadi rintangan buat harga di mana sebelum ini menjadi paras sokongan pada dagangan awal minggu.

    Pelabur masih menerima isyarat untuk pergerakan trend bearish susulan paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD masih menjadi penghalang untuk kenaikan harga.

    Penurunan harga dijangka bersambung lagi pada hari ini untuk menuju ke zon support pada 1.30000 sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru 3 minggu.

    Sebaliknya jika pergerakan harga mula memberi isyarat untuk perubahan trend bullish dengan kenaikan di atas paras 1.31000 melepasi halangan MA50, harga bakal menuju semula ke zon rintangan pada 1.31700-1.3200.

    Zon tersebut akan kembali menjadi tumpuan untuk diuji selepas dagangan pada minggu lalu juga gagal untuk menembusinya.

    Kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut dilihat akan menuju ke sasaran pada ketinggian zon rintangan 1.33000.

    Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


Subscribe to this thread: 1

Open

Tags for this thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •