Analisa Forex Oleh Fxopen - Page 3
Malaysia Forex Forum | Forex Community Place
Malaysia Forex Forum
Page 3 of 41 FirstFirst 1 2 3 4 5 13 ... LastLast
Results 21 to 30 of 402

Thread: Analisa Forex Oleh Fxopen

  1. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,290 Times in 427 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Corak kenaikan harga emas sudah dipaparkan pada dagangan awal minggu ini, namun adakah akan menjadi petunjuk untuk lonjakan lebih tinggi nilai logam kuning itu, atau sekadar hanya pembetulan harga yang berlaku?

    Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas bebanding US dolar pada minggu lalu dilihat telah pamerkan penurunan sepanjang minggu dan setakat Jumaat lalu, harga telah mencecah ke paras 1800.00.

    US dolar kekal mendominasi pasaran pada minggu lalu yang turut memberi tekanan terhadap dagangan emas selain mata wang utama lain dalam pasaran.

    Namun pada permulaan dagangan awal minggu ini semalam, harga yang berlegar di zon 1800.00 kemudiannya dilihat telah membuat kenaikan semula mengatasi zon pembukaan harga sekitar 1810.00.

    Di sesi New York, harga telah meningkat melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi petunjuk awal untuk perubahan trend bullish.

    Kenaikan harga harga diteruskan sehingga bersambung pada hari ini (Selasa), namun sehingga setakat awal sesi Eropah harga berlegar di zon rintangan 1830.00.

    Jika melepasi zon tersebut, kenaikan lebih tinggi emas dijangka akan menguji zon tumpuan berikutnya sekitar 1850.00 sebelum menuju pula ke sekitar 1870.00.

    Namun, waspada sekiranya US dolar kembali mendapat rentah pengukuhannya semula dan kembali memberi tekanan terhadap emas.

    Penurunan harga jika berlaku semula dilihat akan kembali menguji zon sokongan sekitar 1800.00.

    Menyambung trend bearish seperti dagangan minggu-minggu sebelum ini, harga emas disasarkan untuk mencecah sehingga ke sekitar 1760.00 untuk rekod terendah terbaru harga emas bagi tahun 2022.

    Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  2. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,290 Times in 427 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Momentum pengukuhan US dolar dijangka akan kembali semula selepas kadar inflasi Amerika Syarikat (AS) masih lagi berlegar di paras tertinggi 40 tahun berdasarkan bacaan data yang diterbitkan di sesi New York semalam.

    Reaksi yang agak bercampur oleh US dolar selepas data diterbitkan, namun mengakhiri dagangan ke penghujung sesi dengan corak pengukuhan walaupun tidak begitu ketara.

    Mata wang Euro pula kekal bergerak suram sepanjang minggu dengan tekanan ekonomi ekoran isu sekatan minyak Rusia dan ketidaktentuan rundingan Brexit yang terus memberi impak terhadap Eropah.

    Namun, pelabur mendapat petunjuk yang positif buat Euro apabila Presiden European Central Bank (ECB), Christine Lagarde menyatakan bahawa bank pusat bakal menaikkan kadar faedah seawal Julai ini untuk mengikuti jejak bank-bank utama lain yang telah pun beralih ke fasa pengetatan dasar.



    Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga kekal berlegar dalam zon sideway sejak minggu lalu sehingga ke dagangan Rabu semalam.

    Penurunan harga yang berlaku sekadar menguji zon support 1.0500 yang merupakan zon terendah harga bagi tempoh 5 tahun, dan masih menyokong harga sejak penghujung April lalu.

    Isyarat awal untuk pergerakan bearish selepas harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD membuka jangkaan untuk harga turun lebih rendah menembusi support 1.0500.

    Penurunan lebih rendah dilihat akan menuju ke zon 1.0400 iaitu zon support harga pada dagangan Disember 2016 lalu sekaligus terus mencatatkan paras terendah 5 tahun terbaru.

    Sebaliknya jika harga memaparkan corak kenaikan harga pula, zon rintangan yang bakal diuji adalah pada 1.0600 yang telah menjadi tumpuan minggu lalu.

    Kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut akan memberi isyarat bullish yang lebih positif dengan sasaran harga seterusnya adalah menuju paras 1.0700 atau zon tumpuan 1.0800 semula.

    Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  3. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,290 Times in 427 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Itu dia! Harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD jatuh ke paras terendah terbaru lagi sejak Mei 2020.

    Apa yang berlaku?

    Kesan penurunan harga yang diteruskan pada dagangan Rabu semalam adalah didorong oleh pengukuhan US dolar yang memberi tekanan terhadap Pound susulan data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada sesi New York.

    Bacaan inflasi tahunan AS untuk bulan April sedikit menurun berbanding Mac, namun angka yang mengatasi jangkaan itu masih dilihat berlegar di zon tertinggi 40 tahun. Ini menyokong keyakinan pelabur terhadap pengukuhan US dolar bagi pergerakan tempoh lebih panjang.

    Justeru, turut memberi tekanan tambahan buat Pound selepas bank pusat England (BOE) telah memberi amaran risiko kemelesetan ekonomi Britain pada mesyuarat polisi minggu lalu.



    Terdapat kenaikan awal harga sekitar 120 pips di awal sesi New York semalam dari paras support 1.22800 menyentuh paras rintangan 1.24000.

    Namun harga membuat penurunan semula susulan pengukuhan US dolar menuju penghujung sesi mempamerkan penurunan sekitar 160 pips ke paras terendah terbaru mencecah 1.22400.

    Walaupun pergerakan perlahan pada dagangan bersambung pada sesi Asia pagi ini (Khamis), namun masih memperlihatkan corak penurunan dengan isyarat bearish harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.

    Penurunan yang bakal dilanjutkan dijangka akan menuju ke paras sasaran terbaru pada sekitar 1.2100 iaitu zon support harga pada Mei 2020 yang lalu.

    Penganalisis mengekalkan jangkaan untuk kecenderungan harga meneruskan penurunan, namun kekal waspada sekiranya perubahan arah harga boleh berlaku di penghujung minggu.

    Sekiranya harga membuat kenaikan semula, rintangan pada 1.2400 akan terus menjadi tumpuan harga untuk diuji.

    Melepasi rintangan tersebut akan mendorong kenaikan harga yang lebih tinggi unuk menuju zon 1.2600 yang menjadi tumpuan pada dagangan minggu lalu.

    Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  4. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,290 Times in 427 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Dolar Kanada pada dagangan minggu ini berlegar di paras terendah 2 tahun berbanding US dolar dipengaruhi oleh sentimen pasaran minyak mentah.

    Harga minyak susut 1% pada Khamis ekoran kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi global yang boleh mendorong kepada kemerosotan permintaan bekalan.

    Selain itu, turut menambah tekanan adalah ketegangan geopolitik di Eropah dan juga kebimbangan langkah sekatan pergerakan di China yang merupakan antara pengguna terbesar minyak di dunia.

    Pada carta harga pasangan mata wang USD/CAD, harga dilihat telah membuat kenaikan pada minggu ini dan berlegar di zon ketinggian 1.3000, iaitu zon tertinggi harga sejak penghujung 2020.

    Sementara dolar Kanada dibayangi oleh pasaran minyak yang merosot, US dolar masih mengekalkan pengukuhannya walaupun momentum sedikit terjejas berbanding minggu lalu.

    Terdapat penurunan harga yang berlaku pada dagangan Rabu semalam, susulan reaksi yang bercampur pelabur selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan.

    Namun, pengukuhan semula US dolar yang beranjak ke penghujung sesi New York telah mendorong kenaikan semula harga dari zon RBS (resistance become support) 1.29000 ke zon 1.3000.

    Harga yang mengekalkan pergerakan di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) akan memberi isyarat untuk pergerakan bullish pada carta USD/CAD.

    Kenaikan perlahan harga dilihat pada sesi Asia pagi ini bersambung ke pembukaan sesi Eropah dengan harga kembali bergerak semula di atas paras 1.3000 dan melepasi paras MA50.

    Kenaikan lebih tinggi boleh dijangkakan untuk meneruskan trend bullish sebelum ini berkemungkinan ke paras ketinggian terbaru sekitar 1.31000.

    Namun jika harga menjunam semula, zon RBS 1.2900 sekali lagi akan menjadi tumpuan yang bakal diuji dan jika zon tersebut gagal membendung penurunan, pelabur akan bersiap sedia untuk perubahan trend harga.

    Penurunan lanjut harga bakal menuju ke zon sokongan pda minggu-minggu sebelum ini sekitar 1.27300.

    Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  5. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,290 Times in 427 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Mata wang Eropah dilihat mendapat ruang untuk sedikit peningkatan pada pembukaan pasaran awal minggu ini ekoran dagangan yang bercampur oleh US dolar selepas momentum yang lemah pada terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) penghujung minggu lalu.

    Justeru, dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD berjaya memaparkan kenaikan harian sekitar 140 pips semalam walaupun masih belegar pada zon terendah 2 tahun.

    Keyakinan pelabur terhadap Pound walau bagaimanapun kekal suram selepas amaran kemelesetan ekonomi di Britain oleh bank pusat England (BOE) pada mesyuarat polisi minggu lalu.



    Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam, harga membuat penurunan sekali lagi menguji zon support 1.22800 di sesi Asia semalam, setelah penurunan pada Jumaat lalu ke zon tersebut untuk rekod terendah harga dalam tempoh dagangan 2 tahun itu.

    Namun lonjakan semula harga berlaku pada sesi Eropah bersambung pada awal sesi pasaran New York ke paras 1.24000 iaitu zon SBR (support become resistance) terbaru pada carta harga.

    Namun harga gagal memberi isyarat untuk perubahan trend bullish selepas penurunan semula harga dari zon SBR tersebut ke bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sebelum pergerakan harga perlahan di sekitar 1.23400 ke penghujung sesi New York.

    Bersambung pada dagangan Selasa, harga dilihat masih mencari-cari arah yang lebih jelas dengan pelabur berwaspada menjelang laporan data inflasi AS yang akan diterbitkan pada Rabu.

    Jika kenaikan harga berlaku, zon SBR 1.24000 akan diuji sekali untuk untuk ditembusi ke paras lebih tinggi.

    Memberi isyarat awal untuk perubahan trend, kenaikan harga yang diteruskan dilihat boleh melepasi paras 1.25000 sebelum menuju zon rintangan pada sekitar 1.26000 yang menjadi tumpuan pada dagangan minggu lalu.

    Namun jika trend bearish diteruskan lagi pada minggu ini, zon support 1.22800 akan ditembusi dan pelabur perlu bersedia untuk kejatuhan harga yang lebih parah.

    Sasaran untuk penurunan seterusnya adalah menuju zon sekitar 1.21000 yang pernah menjadi zon sokongan harga pada dagangan Mei 2020.

    Selain memberi tumpuan terhadap data inflasi AS pada Rabu, pelabur juga akan memberi tumpuan terhadap terbitan laporan data pertumbuhan ekonomi UK untuk suku pertama pada Khamis yang akan mempengaruhi pergerakan mata wang Pound.

    Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.



  6. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,290 Times in 427 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Jika anda perasan, harga pada carta pasangan mata wang safe-haven USD/JPY semalam telah membuat kenaikan mencapai paras ketinggian terbaru lagi sejak 2002 apabila mengatasi ketinggian dicapai pada penghujung April lalu.

    Sekiranya diteliti pergerakan harga sejak minggu lalu, harga telah berjaya membuat lonjakan semula di penghujung minggu selepas penurunan harga menguji zon RBS (resistance become support) pada 129.00.

    Pergerakan harga dilihat kekal dipacu oleh US dolar yang lebih mendominasi dengan tumpuan pelabur sejak minggu lalu yang terarah kepada mesyuarat FOMC dan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS).

    Selepas bergerak semula di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam, pelabur menilai harga akan meneruskan trend bullish bersambung pada minggu ini.

    Sesi Asia pada pembukaan dagangan awal minggu ini semalam menyaksikan harga membuat kenaikan bersambung ke awal sesi Eropah mengatasi ketinggian yang dicapai pada 2 minggu lalu, mencatatkan paras tertinggi terbaru sejak 2002 di sekitar 131.300.

    Namun, harga kemudiannya memaparkan terjunan semula sehingga ke penghujung dagangan sesi New York ke paras sekitar 130.200.

    Penurunan harga yang bergerak di bawah paras MA50 semula turut memberikan isyarat untuk perubahan trend bearish selepas harga merekodkan paras ketinggian terbaru.

    Penurunan harga jika diteruskan dilihat akan kembali menguji sekali lagi zon RBS 129.00 seperti situasi pergerakan harga minggu lalu.

    Dan jika penurunan lebih rendah berlaku, harga berkemungkinan akan susut menuju paras 128.00 atau zon sokongan harga sekitar 127.00.

    Namun jika US dolar terus tunjuk belang minggu ini dan melonjakkan harga lebih tinggi, harga akan terus mencatatkan paras tertinggi terbaru 20 tahun.

    Sasaran kenaikan harga seterusnya berkemungkinan menguji paras 132.00 untuk meneruskan pergerakan dalam trend bullish.

    Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.



  7. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,290 Times in 427 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Suram buat dagangan komoditi emas pada pembukaan pasaran awal minggu ini selepas menyaksikan harga membuat penurunan sejak sesi Asia semalam sehingga ke penghujung sesi New York.

    Sememangnya pergerakan emas masih terus dipengaruhi oleh perubahan nilai US dolar dalam pasaran sejak minggu lalu yang menjadi tumpuan pelabur.

    Walaupun dagangan US dolar dinilai agak bercampur dengan pengukuhan yang sedikit terhad, namun emas tetap menerima tekanan untuk susut ke paras rendah.

    Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat telah memulakan dagangan sekitar paras 1880.000 dan mempamerkan penurunan sepanjang hari sehingga kembali menuju zon support pada 1850.00.

    Pelabur akur untuk kejatuhan lebih rendah nilai emas selepas isyarat bearish harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD semalam.

    Namun bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini (Selasa), harga emas dilihat kembali menunjukkan kenaikan semula setelah penurunan ke zon support 1850.00 tersebut ke paras sekitar 1865.00.

    Kekal berlegar di bawah halangan MA50, kenaikan harga emas dilihat akan menguji rintangan pada paras 1870.00 yang telah membentuk minor zon SBR (support become resistance).

    Sekiranya kenaikan berjaya dilakukan semula melepasi zon 1870.00 tersebut, tumpuan akan terarah pula kepada zon 1900.00 yang dijangka akan diuji harga.

    Namun menjadi kebimbangan buat pelabur sekiranya harga emas terus alami kejatuhan lebih rendah di bawah zon 1850.00.

    Harga boleh mencecah sehingga ke zon tumpuan lebih rendah pada 1830.00 sekiranya penurunan harga emas gagal dibendung lagi minggu ini.

    Data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada Rabu yang akan memberi kesan terhadap US dolar turut dijangka mempengaruhi pergerakan emas semasa.

    Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  8. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,290 Times in 427 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Kejatuhan sukar dibendung, pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD menyaksikan harga menjunam ke paras terendah terbaru sejak September 2020.

    Pound terus gagal untuk pamerkan sebarang peningkatan malah menerima tekanan oleh pengukuhan lanjut US dolar dengan komen hawkish oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell untuk kenaikan kadar faedah agresif pada mesyuarat minggu hadapan.

    Selain itu juga, sentimen pasaran berisiko didorong kebimbangan langkah sekatan di China turut menyuntik pengukuhan US dolar dalam pasaran sebagai mata wang safe-haven.



    Setelah terjunan harga sehingga 200 pips pada Jumaat lalu, harga menyambung lagi penurunan pada carta GBP/USD semalam dengan penurunan harian sekitar 140 pips dicatatkan.

    Harga telah mencecah paras terendah terbaru 2 tahun ke paras 1.27000 di mana zon tersebut merupakan zon support harga pada dagangan September 2020 yang lalu.

    Setelah menyentuh zon support tersebut pada sesi New York semalam, harga mendatar perlahan dan sedikit meningkat bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini.

    Harga masih dilihat berada dalam trend bearish yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

    Penurunan lanjut harga bakal dijangkakan melepasi support 1.27000 tersebut sekiranya situasi pasaran kekal tidak berubah memihak kepada US dolar.

    Sasaran untuk penurunan yang diteruskan harga berkemungkinan pada 1.26000 atau lebih rendah lagi menuju paras sekitar 1.25000.

    Sebaliknya jika paras support 1.27000 berjaya mengulangi lonjakan pada September 2020 yang lalu, berkemungkinan harga akan kembali meningkat menuju ke paras rintangan awal pada 1.29000.

    Kenaikan yang diteruskan seterusnya akan menguji zon SBR (support become resistance) 1.3000 yang menjadi zon sokongan harga untuk dagangan beberapa minggu lalu.

    Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  9. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,290 Times in 427 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Sebagai ekonomi kedua terbesar di dunia, umum mengetahui China merupakan antara negara pengguna terbesar minyak di dunia.

    Justeru, disebabkan langkah sekatan yang dilaksanakan di China ekoran penularan Covid-19 telah mencetuskan kebimbangan terhadap permintaan minyak global.

    Disebabkan kejatuhan harga minyak mentah, mata wang sensitif pasaran minyak iaitu dolar Kanada ketara mengalami penurunan sejak penghujung minggu lalu.

    Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD telah memaparkan lonjakan sehingga 300 pips sejak Khamis lalu sehingga bersambung pada dagangan Isnin semalam.

    Selain dolar Kanada yang susut, faktor lonjakan harga turut didorong oleh pengukuhan jelas US dolar dalam pasaran selepas petunjuk kenaikan kadar faedah oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell selain sentimen pasaran yang berisiko turut menyokong mata wang safe-haven.

    Harga telah melonjak dari zon 1.24600 sehingga melepasi zon rintangan 1.26700 pada Jumaat lalu sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi pada dagangan yang bersambung di awal minggu semalam.

    Kenaikan harga pada sesi New York semalam telah mencapai paras ketinggian 1.27770 sebelum mula paparkan penurunan semula di penghujung sesi.

    Bresambung pada dagangan sesi Asia pagi ini (Selasa), harga sedikit menyusut dilihat menuju ke paras 1.26700 pada zon RBS (resistance become support) terbaru itu.

    Penurunan yang sedikit melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD boleh memberi isyarat untuk pernurunan harga selanjutnya.

    Namun, sekiranya harga berjaya mengekalkan pergerakan trend bullishnya, harga dilihat bakal melepasi ketinggian yang dicapai semalam untuk menuju zon ketinggian terbaru pada 1.29000.

    Kenaikan ke paras tersebut juga akan mencatatkan paras ketinggian terbaru untuk tempoh 7 minggu selepas kali terakhir harga menyentuh paras tersebut pada awal Mac lalu.

    Sebaliknya jika harga menjunam semula melepasi zon 1.26700, penurunan lebih rendah harga akan kembali menguji zon-zon tumpuan sebelum ini sekitar 1.26000 atau 1.25000.

    Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


  10. Senior Member
    Join Date
    Jun 2019
    Posts
    488
    Thanks
    3
    Thanked 3,290 Times in 427 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 0
    Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY antara yang mencuri tumpuan pada dagangan minggu ini apabila terus memburu rekod tertinggi terbaru 20 tahun!

    Selepas penyusutan sementara US dolar yang menyaksikan harga sedikit susut di bawah paras 126.00, harga telah pamerkan peningkatan semula pada sesi New York semalam bersambung ke sesi Asia pagi ini (Jumaat).

    Sehingga setakat sesi Eropah petang ini, harga sudah mencapai paras ketinggian terbaru sekitar 126.600 setakat jam 3 petang waktu tempatan.

    Ini adalah paras tertinggi dicapai harga sejak Mei 2002.

    Jangkaan untuk pengukuhan US dolar untuk tempoh lebih panjang akan terus mendorong harga terus bergerak lebih tinggi.

    Selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan baru-baru ini mencatat paras tertinggi terbaru 40 tahun, pelabur lebih yakin terhadap tindakan Federal Reserve (Fed) untuk mengetatkan lagi polisi.

    Sementara, bank pusat Jepun (BOJ) pula terus mengekalkan dasar yang longgar mendorong mata wang Yen untuk terus bergerak lemah dalam pasaran.

    Kenaikan lebih tinggi harga berkemungkinan boleh mencecah sehingga ke paras ketinggian terbaru sekitar 128.00 atau lebih tinggi lagi.

    Namun waspada untuk sebarang kemungkinan yang boleh berlaku dalam pasaran dan membuatkan harga kembali susut semula.

    Untuk penurunan harga, paras sokongan awal adalah pada 125.800 yang dilihat bakal diuji sebelum harga memberi isyarat seterusnya bagi perubahan trend bearish.

    Penurunan selanjutnya harga bakal menuju ke paras tumpuan sebelum ini sekitar support 123.500.

    Lihat gambar carta harga USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.


Subscribe to this thread: 1

Open

Tags for this thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •