Pengukuhan US dolar dilihat berterusan menambah tekanan buat dagangan emas pada dagangan Selasa semalam, namun harga emas mula menunjukkan peningkatan semula pada dagangan hari ini (Rabu).
Meneliti pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar semalam, harga pada mulanya paparkan kenaikan ke paras 1830.00 telah kembali susut semula menyambung penurunan pada sesi Eropah bersambung sehingga sesi New York.
Didorong oleh pengukuhan US dolar pada sesi New York, data indeks harga pengeluar (PPI) Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan untuk bulan Mei masih menunjukkan risiko inflasi dengan bacaan mencapai jangkaan 0.8% mengatasi bacaan bulan sebelumnya 0.5%.
Emas yang terus gagal mengintai peluang untuk meningkat terus terperosok lebih rendah sehingga mencecah ke paras sekitar 1805.00 sehingga dagangan penghujung sesi New York berikutan peningkatan hasil bon AS dan pengukuhan US dolar menjelang mesyuarat FOMC.
Diramalkan US dolar akan terus meningkat menjelang mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis, di mana Federal Reserve (Fed) berkemungkinan bakal melaksanakan kenaikan kadar faedah sehingga 75 mata asas.
Harga pada carta XAU/USD di sesi Asia pagi ini telah menunjukkan kenaikan semula namun masih berlegar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat pergerakan harga masih dalam trend bearish buat emas.
Kenaikan harga dilihat akan berdepan rintangan pada zon RBS (resistance become support) 1830.00 yang turut diuji pada Selasa semalam. Kenaikan melepasi paras tersebut akan memberi isyarat awal untuk perubahan trend semula.
Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan seterusnya akan mensasarkan semula pada zon-zon tumpuan sebelum ini seperti pada 1850.00 atau lebih tinggi menuju semula zon rintangan 1870.00.
Sebaliknya, jika penurunan harga emas masih lagi berlaku hari ini, penurunan harga berkemungkinan bakal mencecah zon support pada 1800.00 untuk mencatatkan paras terendah terbaru 4 minggu.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.