Corak kenaikan harga emas sudah dipaparkan pada dagangan awal minggu ini, namun adakah akan menjadi petunjuk untuk lonjakan lebih tinggi nilai logam kuning itu, atau sekadar hanya pembetulan harga yang berlaku?
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas bebanding US dolar pada minggu lalu dilihat telah pamerkan penurunan sepanjang minggu dan setakat Jumaat lalu, harga telah mencecah ke paras 1800.00.
US dolar kekal mendominasi pasaran pada minggu lalu yang turut memberi tekanan terhadap dagangan emas selain mata wang utama lain dalam pasaran.
Namun pada permulaan dagangan awal minggu ini semalam, harga yang berlegar di zon 1800.00 kemudiannya dilihat telah membuat kenaikan semula mengatasi zon pembukaan harga sekitar 1810.00.
Di sesi New York, harga telah meningkat melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi petunjuk awal untuk perubahan trend bullish.
Kenaikan harga harga diteruskan sehingga bersambung pada hari ini (Selasa), namun sehingga setakat awal sesi Eropah harga berlegar di zon rintangan 1830.00.
Jika melepasi zon tersebut, kenaikan lebih tinggi emas dijangka akan menguji zon tumpuan berikutnya sekitar 1850.00 sebelum menuju pula ke sekitar 1870.00.
Namun, waspada sekiranya US dolar kembali mendapat rentah pengukuhannya semula dan kembali memberi tekanan terhadap emas.
Penurunan harga jika berlaku semula dilihat akan kembali menguji zon sokongan sekitar 1800.00.
Menyambung trend bearish seperti dagangan minggu-minggu sebelum ini, harga emas disasarkan untuk mencecah sehingga ke sekitar 1760.00 untuk rekod terendah terbaru harga emas bagi tahun 2022.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.