Rezeki Allah dalam forex ni terlampau luas. Dianggarkan lebih kurang 4 -7 Trillion USD didagangkan setiap hari melalui FX ni. Forex ni bukan mcm trading konvensional yang lain. Antaranya client boleh keluar masuk. Pelbagai tawaran yang ditawarkan oleh broker diluar sana. Pilihan di tangan anda. Setiap tawaran atau apa2 promosi yang ditawarkan oleh broker kpd trader ada pro n kontra. Jika lebih di sana pasti kurang di sini. Bagus di situ buruk di sini. Jika anda seorang trader, maka banyak sudut yg perlu anda ketahui dan pastikan ia berbaloi dgn pilihan anda. Bagi saya, dah pelbagai jenis broker yg saya gunakan yang ada kat Malaysia. Dari broker cap 'ayam' sehingga broker yg ternama. Sebutkan shj apa brokernya. Ada keluaran cap luar negara dan ada broker cap orang malaysia. Saya malas nak komen baik buruknya broker tersebut, kerana bagi mereka yg IB gitu2 atau apa sekalilah nama promoter brokernya, pasti mereka mengatakan broker mereka terbaik..terpulanglah. Cuma nasihat saya jgn bandingkan broker anda dengan broker lain secara terbuka dgn cara 'menghudohkan' broker lain. Itu tidak sihat. Apatah lagi mengatakan teknik atau cara kaedah trader atau sipu2 yang lain tidak hebat & bagai. Jangan buat drama Melayu. Be profesional. Tak habis 7 trillion USD sehari. Ingatan untuk diri sendiri.