InstaForex di Ekspo Forex Dubai
Sudah tiba masanya untuk mengimbas kembali penyertaan kami dalam edisi ke-7 yang menakjubkan di Ekspo Forex Dubai, salah satu acara dagangan terbesar di dunia yang menghimpunkan lebih daripada 160 broker dan institusi kewangan di Pusat Dagangan Dunia Dubai.
Kami amat berbangga menjadi Penaja Berlian acara tersebut yang mana hanya dalam tempoh 2 hari telah menarik lebih daripada 18,000 pengunjung dari seluruh dunia.
Semua peserta yang mengunjungi gerai InstaForex bukan sahaja berpeluang bertemu dengan pasukan pakar kami serta robot anjing yang mesra, tetapi juga dapat memanfaatkan tawaran istimewa dan hadiah cabutan bertuah. Lebih menarik lagi, setiap orang berpeluang mendapatkan bonus tanpa deposit (NDB) sebanyak 5000 USD!
Kami meneroka peluang kerjasama baharu dan memperkukuhkan hubungan dengan rakan niaga sedia ada. Pavel Shkapenko, Pengarah Pembangunan Perniagaan di InstaForex, berkongsi pandangannya mengenai perkembangan terkini dalam pasaran forex dan peluang pelaburan baharu yang ditawarkan oleh syarikat.
Sebagai kesimpulan serta tambahan kepada acara ini, kami dengan sukacitanya dan rasa terhormat untuk menerima anugerah bagi pencalonan Teknologi Dagangan Terbaik, salah satu pencapaian utama penyertaan InstaForex dalam Ekspo Forex Dubai. Syarikat kami sentiasa menetapkan piawaian yang tinggi dalam kualiti perkhidmatan dan inovasi teknologi. Menerima anugerah ini sekali lagi membuktikan bahawa InstaForex terus berkembang, berinovasi, dan membawa pembaharuan kepada pelanggan dan rakan niaganya!
Teruskan bersama kami dan manfaatkan peluang dagangan baharu!