Strategi Candle akhir
Ini adalah strategi yang mudah yang tidak memerlukan skill yang tinggi. Walaubagaimanapun, strategi ini lebih sesuai dan akan lebih menguntungkan sekiranya dilakukan dengan peraturan pengurusan kewangan yang betul. Sebarang pasangan matawang boleh digunakan, tetapi dicadangkan pasangan matawang utama, sebagai contoh EUR/USD, GBP/USD, ADU/USD, USD/JPY, USD/CAD.
1. Periksa penutup ‘candle’ pada 4 tempoh masa (timeframes) yang berbeza: M5, M15, M30 dan H1.
2. Sekiranya keempat-empat adalah hijau (Paras bukaan adalah di bawah paras penutup), posisi ‘buy’ seharusnya dibuka.
3. Sekiranya penutup ‘candle’ setiap tempoh masa adalah merah (Paras bukaan di atas paras penutup), posisi ‘sell’ seharusnya dibuka.
Sekiranya sebagai contoh, ‘candle’ pada H1 dan M30 adalah sama warna, tetapi pada M15 – berlainan, pedagang seharusnya menunggu ‘candle’ yang seterusnya.
‘Take-profit’ dan ‘stop-losses’ boleh diletakkan dalam 2 cara:
- Order ‘Stop Loss’ diletakkan 15-20 mata daripada ‘entry point’. Setelah keuntungan ‘floating’ mencapai 15 mata, ‘Stop Loss’ boleh diubah ke zon pulang modal, atau dagangan boleh ditutup sebahagiannya. ‘Trailing Stop’ adalah alat yang sangat berguna dalam kes ini.
- ‘Stop Loss’ diletakkan pada ekstremum berdekatan: di bawah paras terbawah untuk posisi ‘buy’ dan di atas paras tertinggi pada posisi ‘sell’. ‘Take Profit’ seharusnya 2-3 kali lebih besar daripada ‘Stop Loss’.