Pengurusan risiko di perdagangan trend
Perdagangan trend adalah perdagangan berdasarkan kepercayaan bahawa harga akan terus bergerak dalam suatu arah. Jika kepercayaan itu sasar, tidak ada gunanya lagi berpegang kepada sesuatu dagangan itu, jadi para pedagang biasanya memasang Renti Rugi (Stop Loss) yang rapat (kecil).
Anda boleh pindahkan Renti Rugi ke titik pulang modal dengan pantas.
Anda boleh membesarkan skala (scale in, di peringkat awal trend) atau mengecilkan skala (scale out, di peringkat kemudian trend).
Nisbah risiko/ganjaran harus bermula dari 1:2
Tip-tip penting untuk perdagangan trend
- Lukis garisan-garisan trend.
- Analisa trend pada beberapa rangka masa (timeframes).
- Pantau situasi terlebih jual/beli di pasaran.
- Jangan terburu-buru masuk posisi. Tunggu sehingga waktu kemasukan yang baik tiba (rujuk seksyen "Pelan tindakan" di atas).
- Cuba cari pola dan corak – carta, candlestick.
- Jangan ubah pesanan Take Profit anda.
- Gunakan Trailing Stop bersandarkan kepada sejarah lampau carta.