DAX30
The Deutscher Aktien Index (DAX) adalah representasi 30 syarikat terbesar yang mempunyai kecairan tertinggi. Kejayaan syarikat-syarikat ini sukar diremehkan kerana mereka adalah manifestasi hasil dari "Keajaiban Ekonomi Jerman" - iaitu kebangkitan semula ekonomi Jerman selepas Perang Dunia Ke-2. Syarikat-syarikat ini bersifat multinasional dan ia meliputi pelbagai industri: dari farmaseutikal hinggalah ke automotif dan servis kewangan. Pernahkah anda mendengarkan tentang syarikat seperti Adidas, BMW, Siemens, atau Volkswagen? Jadi, mereka itu cuma sebahagian kecil dari barisan 30 gergasi DAX.