TUKAR MINDSET; “THINK IN PROBABILITIES”
Dalam Trading, takkan ada satu pun teknik yang boleh menjamin profit 100%. Tiadak ada satu teknik pun yang boleh menjamin profit 100%. Apabila anda rasa teknik anda ialah Holy Grail atau 100% profitable, anda akan overconfident. Akibatnya, anda akan menggunakan saiz lot yang tidak masuk akal AKA lot gajah.
Apabila entry anda profit, anda rasa nak close awal sebab takut harga berpatah balik, dan hilang semua keuntungan yang telah dibuat (lot gajah kan)
Apabila anda floating loss, anda akan tutup awal sebab takut MC atau anda akan biarkan sehingga MC sebab terlalu yakin. Pendek cerita, anda dikuasai emosi. Anda tidak rasional. Anda trade dengan perasaan takut
Trading ialah ‘probability’ atau kebarangkalian. Sebagus mana pun analisis anda, anda tidak mungkin dapat meramal pergerakan yang betul 100%. Ini bermakna, contohnya, daripada 10 entry, mungkin anda profit 6 entry atau 7 entry.
Tapi anda tidak akan tahu mana satu daripada 10 entry yang anda akan profit. Apa yang anda tahu, berdasarkan backtesting dan kajian terhadap teknik anda, selepas 10 entry, anda akan profit.
Jadi anda kena tukar mindset: “Think in probabilities”.