Apakah itu saham kitaran?
Malaysia Forex Forum | Forex Community Place
Malaysia Forex Forum
Results 1 to 6 of 6

Thread: Apakah itu saham kitaran?

  1. #6 You can automatically minimize the read posts in your account in the 'General Settings'
    Senior Member
    Join Date
    Feb 2022
    Posts
    454
    Thanks
    620
    Thanked 3,860 Times in 456 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 1
    Saham kitaran lebih dimanfaatkan kepada kitaran ekonomi berbanding saham lain. Saham bukan kitaran, sebaliknya, biasanya menewaskan pasaran yang lebih luas pada masa pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan. Bukan kitaran sering mengatasi prestasi dalam kitaran menurun ekonomi, walaupun pulangan mungkin masih negatif.


    Petua: Saham kitaran menjejaki kitaran ekonomi, yang bermaksud ia biasanya mengatasi prestasi apabila ekonomi berada dalam keadaan baik dan berprestasi rendah apabila tidak.


    Apakah Sektor Mempunyai Stok Kitaran?
    Pelabur boleh mengenal pasti syarikat kitaran dengan mencari syarikat yang produk dan perkhidmatannya lebih kebal terhadap kemelesetan ekonomi. Stok kitaran, pada tahap tertentu, biasanya tertumpu dalam sektor/industri tertentu.


    Beberapa contoh industri kitaran ialah restoran dan hotel, perabot, syarikat pembinaan, syarikat penerbangan, peruncit mewah dan pembuat kereta. Syarikat yang beroperasi dalam jenis perniagaan ini mungkin tidak melakukannya dengan baik apabila ekonomi sedang bergelut.


    Syarikat yang memberi perkhidmatan kepada pengguna biasanya boleh diklasifikasikan sebagai Budi Bicara Pengguna atau Ruji Pengguna. Orang ramai cenderung untuk terus membeli barangan keperluan daripada syarikat Consumer Staple, barangan seperti kertas tandas dan barangan runcit, semasa kemelesetan. Pengguna mungkin mengelakkan pembelian mengikut budi bicara pengguna semasa kegawatan ekonomi jika mereka mengekalkan belanjawan yang lebih ketat. Oleh itu, stok Budi Bicara Pengguna pada umumnya lebih kitaran daripada stok Ruji Pengguna.


    Saham Kitaran lwn. Bukan Kitaran
    Seperti yang dinyatakan sebelum ini, saham kitaran berbeza daripada yang bukan kitaran dalam cara memanfaatkannya kepada kitaran ekonomi. Saham kitaran biasanya mengatasi prestasi semasa masa pengembangan ekonomi, tetapi mereka biasanya berprestasi rendah apabila ekonomi menunjukkan kelemahan, atau apabila pelabur menjangkakan kelemahan ekonomi. Sebaliknya, perniagaan bukan kitaran kurang terdedah kepada kitaran ekonomi. Bukan kitaran biasanya mengatasi prestasi semasa penguncupan ekonomi.


    Saham kitaran berprestasi rendah semasa kegawatan ekonomi kerana pengguna dan perniagaan mengurangkan perbelanjaan yang kurang penting. Banyak syarikat kitaran menjual barangan mengikut budi bicara, dan pengguna tidak membelanjakan sebanyak itu apabila mereka berada dalam keadaan terikat, atau bimbang tentang masa depan ekonomi mereka.

    Though trading on financial markets involves high risk, it can still generate extra income in case you apply the right approach. By choosing a reliable broker such as InstaForex you get access to the international financial markets and open your way towards financial independence. You can sign up here.

    Approved

  2. The Following 11 Users Say Thank You to Earner For This Useful Post:

    April (02-03-2022), eshu (02-03-2022), Jann (02-03-2022), june (02-03-2022), Mylife (02-03-2022), Unregistered (5), World (02-03-2022)

  3. #5 You can automatically minimize the read posts in your account in the 'General Settings'
    Senior Member
    Join Date
    Mar 2019
    Posts
    3,440
    Thanks
    185
    Thanked 18,610 Times in 2,826 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 1
    Mengapa anda harus melabur di pasaran saham.

    Saham sering mengalami kemeruwapan tinggi dan anda boleh gunakannya sebagai satu kelebihan. Kemeruwapan tinggi membuka peluang untuk membuat banyak wang. Namun, jangan lupa tentang kerugian besar yang mampu dibawa oleh kemeruwapan yang besar. Untuk berjaya di pasaran saham, anda hanya perlu mengikuti sentimen pasaran, sentiasa maklum dengan maklumat terkini supaya tidak terlepas sebarang perkembangan yang boleh mempengaruhi harga, bertindak balas pantas terhadap berita-berita kritikal dan pastinya menggunakan renti rugi.

    Pasaran saham sangat sinonim dengan nama-nama besar seperti Apple, Amazon, Facebook, Google, dsb. Anda tidak rasa bangga dapat berada lebih dekat dengan gergasi-gergasi ini? Dan pastinya, prospek untuk menjadi otai perdagangan saham sangat menarik, benar?

    Sebagai kesimpulan, kita boleh katakan bahawa berdagang perbezaan harga di pasaran saham adalah opsyen yang mengujakan. Pertama, anda boleh buat duit setiap masa tidak kira jika harga naik atau turun. Kedua, pasaran sangat meruwap, ia memberikan peluang untuk meningkatkan pendapatan anda dengan signifikan. Ketiga, ia pasaran yang sangat menarik dan penuh dengan gergasi-gergasi dunia yang membawa anda lebih hampir kepada Wall Street!

    Though trading on financial markets involves high risk, it can still generate extra income in case you apply the right approach. By choosing a reliable broker such as InstaForex you get access to the international financial markets and open your way towards financial independence. You can sign up here.


  4. The Following 8 Users Say Thank You to Fareez For This Useful Post:

    Ashraf (21-06-2021), Avery (21-06-2021), Broc (21-06-2021), Kuven (21-06-2021), Liya (21-06-2021), Palti (21-06-2021), Siwo (21-06-2021), Unregistered (1)

  5. #4 You can automatically minimize the read posts in your account in the 'General Settings'
    Senior Member
    Join Date
    Mar 2019
    Posts
    2,837
    Thanks
    625
    Thanked 23,862 Times in 2,619 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 2
    Adakah Perdagangan Forex Lebih Baik Daripada Saham

    Sekiranya anda berminat dengan persekitaran yang pantas, forex memberi banyak peluang untuk peniaga jangka pendek - seperti day-trader, scalping a atau swing trader. Sekiranya anda ingin memanfaatkan tren jangka pendek hingga pertengahan, atau kurang turun naik, pasaran saham mungkin sesuai untuk anda.

    Though trading on financial markets involves high risk, it can still generate extra income in case you apply the right approach. By choosing a reliable broker such as InstaForex you get access to the international financial markets and open your way towards financial independence. You can sign up here.


  6. The Following 8 Users Say Thank You to aleeyaa029 For This Useful Post:

    Ashraf (14-06-2021), Avery (14-06-2021), Broc (14-06-2021), Kuven (14-06-2021), Liya (14-06-2021), Palti (14-06-2021), Siwo (14-06-2021), Unregistered (1)

  7. #3 You can automatically minimize the read posts in your account in the 'General Settings'
    Senior Member
    Join Date
    Mar 2019
    Posts
    3,440
    Thanks
    185
    Thanked 18,610 Times in 2,826 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 1
    Contoh saham kitaran

    Industri pelancongan, perhotelan, dan hiburan terjejas akibat sekatan penjarakan sosial di tengah-tengah wabak itu. Oleh kerana kekangan itu sedang mereda, orang ramai kini lebih bersedia dan mampu unutk mengeluarkan wang untuk melancong. Oleh itu, saham seperti Booking, TripAdvisor, Royal Caribbean, Walt Disney, dan Carnival menginci lebih tinggi.

    Syarikat pengeluar kenderaan cenderung jatuh semasa kemelesetan ekonomi kerana pengguna mahu berjimat dan lebih berminat untuk mengekalkan kenderaan lama mereka berbanding membeli yang baru. Sebaliknya, orang ramai lebih terdorong untuk membeli kereta baru ketika ekonomi di fasa pengembangan. Oleh itu, saham seperti Ford, General Motors, dan Ferrari cenderung melonjak pada tahun 2021.

    Bank biasanya tidak untung di zaman kemelesetan. Sebilangan besar pengguna berhenti membuat gadai janji, dan pinjaman atau bahkan bergelut untuk membayar hutang mereka. Selain dari itu, kadar faedah cenderung turun sebelum dan semasa kemelesetan, akibatnya, margin keuntungan bank menurun. JPMorgan, Goldman Sachs, dan Bank of America akan meningkat pada tahun 2021 lantaran dari pemulihan ekonomi global.

    Adalah penting untuk memberikan perhatian kepada trend pasaran kerana kadang-kadang kemelesetan ekonomi boleh mendorong kenaikan saham industri yang biasanya bersifat "kitaran". Sebagai contoh, saham teknologi dilihat sebagai saham kitaran, tetapi rejim perintah berkurung dan berkerja secara jarak jauh di waktu pandemik mendorong permintaan untuk perkhidmatan cloud dan platform striming kandungan hiburan. Oleh itu, saham syarikat-syarikat gergasi teknologi naik dengan banyak dan mengatasi tahap pra-pandemik.

    Though trading on financial markets involves high risk, it can still generate extra income in case you apply the right approach. By choosing a reliable broker such as InstaForex you get access to the international financial markets and open your way towards financial independence. You can sign up here.


  8. The Following 8 Users Say Thank You to Fareez For This Useful Post:

    Ashraf (11-06-2021), Avery (11-06-2021), Broc (11-06-2021), Kuven (11-06-2021), Liya (11-06-2021), Palti (11-06-2021), Siwo (11-06-2021), Unregistered (1)

  9. #2 You can automatically minimize the read posts in your account in the 'General Settings'
    Senior Member
    Join Date
    Mar 2019
    Posts
    3,440
    Thanks
    185
    Thanked 18,610 Times in 2,826 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 1
    Mengapa saham kitaran bagus didagangkan?
    Saham kitaranan berbaloi dipertimbangkan didagangkan kerana beberapa sebab.

    Kemeruapan
    Saham kitaran cenderung meruap. Oleh itu, ia menawarkan pelbagai peluang untuk para pedagang membuka pesanan long dan short. Apabila ekonomi sedang berkembang, saham kitaran naik dan biasanya menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada yang bukan kitaran. Selain itu, pada masa kemelesetan, saham kitaran cenderung turun. Oleh itu, pelabur yang mengetahui perkara tersebut dari awal-awal lagi boleh membuka pesanan jual.

    Khazanah tersembunyi
    Adalah idea yang baik untuk cuba mencari saham kitaran yang terkurang nilai (undervalued) di akhir fasa kemelesetan kerana ketika pemulihan ekonomi tiba, saham dengan potensi pertumbuhan yang lebih tinggi cenderung untuk meroket! Oleh itu, pastilah lebih baik untuk kita mengenal pasti saham-saham ini seawal mungkin.

    Pempelbagaian
    Umum sudah arif bahawa kepelbagaian atau kerencaman portfolio adalah cara yang terbaik untuk meminimumkan potensi risiko. Oleh itu, kebanyakan pedagang yang berpengalaman lebih suka memiliki saham kitaran dan bukan kitaran kerana adakalanya sukar untuk meramalkan kemelesetan atau pengembangan di masa yang akan datang.

    Though trading on financial markets involves high risk, it can still generate extra income in case you apply the right approach. By choosing a reliable broker such as InstaForex you get access to the international financial markets and open your way towards financial independence. You can sign up here.


  10. The Following 8 Users Say Thank You to Fareez For This Useful Post:

    Ashraf (11-06-2021), Avery (11-06-2021), Broc (11-06-2021), Kuven (11-06-2021), Liya (11-06-2021), Palti (11-06-2021), Siwo (11-06-2021), Unregistered (1)

  11. #1 You can automatically minimize the read posts in your account in the 'General Settings'
    Senior Member
    Join Date
    Mar 2019
    Posts
    3,440
    Thanks
    185
    Thanked 18,610 Times in 2,826 Posts
    SubscribeSubscribe
    Subscribed 1

    Apakah itu saham kitaran?

    Apakah itu saham kitaran?

    Mungkin, ada di antara anda yang sudah boleh meneka dari nama "kitaran", bahawa ia berkaitan dengan kitaran. Ya, anda betul! Istilah 'kitaran' merujuk kepada saham syarikat, yang prestasinya secara umumnya mengikuti kitaran fasa-fasa ekonomi: pengembangan, puncak, kemelesetan, dan pemulihan. Bayangkan sebuah roller coaster: saham kitaran naik di waktu ekonomi berkembang, mencapai paras tertinggi ketika ekonomi berada di puncaknya, jatuh semasa kemelesetan dan ketidakstabilan pasaran, dan akhirnya membuat perubahan trajektori dan mula naik semula di waktu pemulihan. Nah, ideanya jelas: saham memimik kitaran ekonomi. Tetapi bolehkah anda memberikan satu contoh dunia nyata atau contoh untuk beberapa segmen? Apa yang cenderung pengguna beli lebih banyak di waktu kemakmuran tetapi di waktu kemelesetan mereka kurang membelinya? Fikirkan selama beberapa saat dan kemudian bandingkan dengan contoh di bawah!

    jadi, saham kitaran biasanya syarikat-syarikat yang menawarkan barang atau perkhidmatan yang bukan keperluan, seperti perkakas elektrik atau elektronik, kereta, dan hiburan. Selain dari itu, saham kitaran cenderung meruap dan menghasilkan pulangan yang lebih tinggi di waktu ekonomi sedang mantap.

    Though trading on financial markets involves high risk, it can still generate extra income in case you apply the right approach. By choosing a reliable broker such as InstaForex you get access to the international financial markets and open your way towards financial independence. You can sign up here.


  12. The Following 8 Users Say Thank You to Fareez For This Useful Post:

    Ashraf (11-06-2021), Avery (11-06-2021), Broc (11-06-2021), Kuven (11-06-2021), Liya (11-06-2021), Palti (11-06-2021), Siwo (11-06-2021), Unregistered (1)

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •