Antara Perkara yang boleh di amalkan untuk mendapatkan konsistensi dalam trading forex
1) Elakkan menggunakan leverage tinggi kerana ia adalah pemusnah trader terutamanya newbie, kerana ia akan membuatkan trader overtrade. Seeloknya gunakan leverage 1:50 - 1:100 sahaja, kerana ia akan mengekang trader daripada open lot gajah / banyak position dalam 1 masa.
2) Teknik 10%, Money Management 30% dan Psikologi mewakili 60% (!) dalam forex trading. Nak menguasai psikologi trading, kena kawal "sahabat karibnya" iaitu Risk @ Money Management.
3) Musuh No 1 dalam forex trading ialah DIRI SENDIRI. Tiada siapa paksa kita untuk klik Buy / Sell. Baik & buruk akaun kita tu adalah akibat tangan kita sendiri. Kena belajar kawal diri melalui penguasan teknik, risk management dan psikologi. Elakkan sindrom “asal buka chart je nak entry, asal buka chart je nak entry, asal nak entry je buka chart”. Kita bukan market marker. Modal USD 50 ada harapan nak gerakkan market USD 5 Trillion ke? Hihi… jadi, follow the flow.
4) Elakkan daripada terlalu fokus kepada wang, fokuslah kepada sistem trading yang berkesan dahulu daripada pembelajaran dan pengalaman. Kalau demo atau real modal usd50 pun lingkup, kita memang tak akan berjaya kalau kita guna modal lebih besar. Kecil tak boleh handle, macam mana nak handle yang besar kan?